Korang Ramadhan tahun ni banyak berbuka di luar, atau banyak masak kat rumah? For me most of the time berbuka dirumah tapi takde la masak sangat pun. Kadang-kadang masak, kadang-kadang beli lauk kat kedai atau bazaar. Balik rumah tinggal masak nasi je. Bukan pemalas ye, cuma bila masak untuk sorang makan ni, tak seronok pulak rasanya. Masak banyak, tak habis. Masak sikit, hmmm serba salah pulak. Almaklum, orang bujang macam ni lah. Kadang teringin nak makan masakan sendiri, so masak la. Tapi lauk tu nanti simpan sama untuk sahur sebab memang tak habis pun. Berbanding beli kat bazaar, masak sendiri lebih sedap dan puas hati sebenarnya. Berbuka dekat luar tu sometimes jela sambil spend time dengan rakan-rakan. Hari tu teringin nak makan asam pedas. Bulan puasa ni duk craving asam pedas, kau rasa? Nak masak asam pedas entah jadi ke tak walaupun ikut resepi kat internet. Almaklum, tak pernah pulak try masak sendiri asam pedas. Nak pergi Melaka? Tak gigih la pulak kan nak pergi Melaka semata nak makan asam pedas. Kawan suggest satu kedai ni kat Kampung Baru. Katanya asam pedas kat situ sedap, memang resepi dari Melaka. Maka gigih la ajak si Nad tu temankan berbuka kat sana. Nasib baik ada Nad, layankan tekak mengada ni.
Boleh tahan banyak order menu berbuka untuk hari tu. Tamak katakan, kekeke. Takpe, tak dikira membazir kalau kita mampu habiskan. Almaklum, kitorang ni nampak aje kecik tapi nafsu makan kemain haa. Order nasi putih dengan a few lauk pauk : asam pedas ikan jenahak, sup daging tetel, daging salai masak lemak, udang goreng kunyit, dan telur dadar berserta sedikit ulam.
Asam pedas ikan jenahak - RM11
Disebabkan tekak ni memang craving asam pedas, so wajiblah order asam pedas. Actually boleh pilih nak asam pedas ikan pari / jenahak / kembung / daging tetel / ekor. But for me i prefer makan asam pedas ikan jenahak. Sedap oii, time duk menaip ni pun teringat-ingat lagi ha. Rasa dia tu cukup kaw! Selalunya kalau makan asam pedas, memang nak kena stand by air banyak-banyak sebab memang tak tahan pedas. Tapi kali ni, tahap kepedasan asam pedas dia tu just nice. Takde la tak pedas, tapi pedas dia tu pedas yang masih boleh diterima oleh lidah ni.
Sup daging tetel - RM7
Daging salai masak lemak - RM11
Sup daging tetel kat sini boleh tahan sedap. Suka kuah sup dia tu. As for daging salai masak lemak tu tak nak komen lebih-lebih la sebab saya bukanlah penggemar masak lemak. Tapi makan jugak la hari tu alang-alang dah order. Oh ye, harga yang saya mention ni actually harga satu set sekali dengan nasi. Tapi untuk hari tu memandangkan saya pergi berdua dengan Nad je, tapi tamak order banyak jenis lauk so nasi kitorang mintak untuk dua orang makan aje la.
Udang goreng kunyit - RM7
Lokasi kedai ni terletak di Medan Selera Jln Hj Hashim, Kg Baru. Kalau tak pasti kat mana medan selera ni, landmark dia berdekatan Setia Sky Residence. Nama kedai ni Orde Heritage Recipes. Tapi kedai ni masih pakai signboard nama lama iaitu Asam Pedas Kampong-Kampong/Pondok. Dulu itu la nama kedai ni, tapi sekarang dah rebrand jadi Orde Heritage Recipes.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, pihak Orde Heritage Recipes ada buat program infaq buka puasa. Orang ramai yang bermurah hati menyumbang sejumlah wang, dan pihak Orde Heritage Recipes akan tolong memasak juadah berbuka untuk dihantar kepada insan-insan yang memerlukan. Biasanya juadah dihantar kepada rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Alhamdulillah, suka tengok orang berusaha buat kebaikan sesama manusia ni.
Ya Allah, ni dah datang balik rasa mengidam nak makan asam pedas. Tapi petang nanti dah nak gerak balik kampung dah. Tak sempat dah nak pergi berbuka kat kedai tu. Tapi takpelah, lepas raya nanti nak order asam pedas ni mintak dorang hantar ke ofis, untuk lunch. Pihak Orde Heritage Recipes memang ada buat delivery service untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur. Minimum kena order 5 set baru dorang hantar. Ye la, takkan nak order satu set yang berharga RM11 tu je, pastu expect rider dorang datang hantar kat kita? Kesian la kat rider tu. Tempahan boleh dibuat melalui whatsapps 2 jam sebelum penghantaran.
Orde Heritage Recipes
No 8 & 9, Pusat Penjaja Selera Muda,
Jln Hj Hashim, Kampung Baru
53100 Kuala Lumpur.
016-2073499
Facebook : Orde Heritage Recipes
Instagram : orde_mealbox
Lepas raya nanti, boleh memburu kat sini... nampak menarik sangat-sangattt
ReplyDeleteYes, dah pernah pergi restaurant ni, tapi hari tu tak order Asam Pedas dia sebab sy memang asal melaka, so selalu jugak makan asam pedas ni. Kalau makan kat luar, order benda lain pula :D
ReplyDeleteieyra h. | beauty blog
♥
Waduhh sedapnyaaa.. dah lama anjang tak buat asam pedas ni..
ReplyDeleteJemput singgah ke blog MamaJue
Sedap sedap
ReplyDelete