Potong rambut dengan cepat di salon Dream Cut, Sunway Velocity Mall. - emilinda

Thursday, May 25, 2017

Potong rambut dengan cepat di salon Dream Cut, Sunway Velocity Mall.


Sekitar dua minggu lepas, berkesempatan ke Sunway Velocity Mall dekat Cheras. Actually this is my first time jejak kaki ke Sunway Velocity Mall sejak mall ni dibuka. I'm not really familiar pun kawasan sekitar Cheras tu. Dulu masa stay dengan Kak Na, selalu la jugak jalan-jalan area Cheras dengan dia. Nowadays dah sangat jarang ke Cheras. Oh ye, tujuan ke Sunway Velocity Mall tu pun untuk memenuhi undangan bersempena majlis pembukaan Salon Dream Cut. Ini merupakan cawangan pertama salon Dream Cut, dan cawangan-cawangan lain bakal menyusul kemudian di lokasi yang berlainan. Rushing ke sana tak sempat nak melawa pun sebab dah terlambat. Baju pun main capai je mana yang tak perlu iron, lelz. So clumsy. Sampai kat sana tiba-tiba rasa macam "Okayyyyyy...i should wear something nicer" sebab nampak Risteena Munim segak pulak. Risteena Munim merupakan salah seorang artis undangan pada hari tersebut.

Senyum lebar ye Halim




By the way, salon Dream Cut ni mengetengahkan konsep quick hair cutting services dan juga organic hair color quick tints. Kiranya salon Dream Cut ni menawarkan servis potong rambut dengan kadar yang cepat. Produk yang digunakan untuk mewarnakan rambut adalah produk organik dari Korea dan Europe. Produk yang digunakan bebas dari Ammonia, Parabenes, dan Benzophenone. Yang bestnya, kadar bayaran untuk servis yang ditawarkan adalah flat rate. Dah la boleh siap dengan cepat, harga pun memang flat rate. Takdelah lari budget pulak kan.


Servis potong rambut hanya RM18 sahaja tak kira rambut tu panjang atau pendek. Harga untuk servis warnakan rambut pula flat rate bergantung pada panjang rambut (refer gambar kat atas). Pembayaran untuk servis di salon Dream Cut ni menggunakan mesin (refer gambar kat bawah). Alah, macam korang beli air guna mesin tu. Masukkan duit secukupnya, lepas tu keluar resit. Then bagi resit tu dekat staff salon tu. Nanti dorang akan proceed potong or warnakan rambut korang. Jangan pulak korang fikir robot yang potong rambut korang. No, no. Bayar je pakai mesin. Tukang potong rambut tu manusia macam korang jugak.

Bayar guna mesin ni.

Produk yang digunakan oleh salon Dream Cut

Salon Dream Cut ni turut juga menawarkan peluang perniagaan franchise kepada orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan salon rambut. Kenapa perniagaan salon rambut ni merupakan investment yang baik? Haaa kalau fikir secara logiknya, hampir semua orang memerlukan khidmat potong rambut. Rambut memang cepat panjang, so kerap nak kena potong. Betul tak? Senang cakap, servis potong rambut memang high demand la dalam kalangan orang ramai. Dari yang muda sampai tua, lelaki dan perempuan semua perlukan servis potong rambut. Dengan franchise salon Dream Cut, korang tak perlu jadi professional hair stylist baru boleh bukak salon. No! Takde skill potong rambut pun takpe. Why? Sebab semuanya pihak franchise akan uruskan dan bantu dalam usaha korang nak uruskan salon rambut korang tu. In fact, dorang akan bagi satu bulan training.



Sempat aje bergambar dengan Risteena Munim

Cawangan pertama salon Dream Cut ni terletak di tingkat 3 Sunway Velocity Mall.  Bagi yang berminat untuk peluang buka franchise salon Dream Cut, boleh dapatkan info lebih lanjut dengan menghantar email ke info@dreamcuthairtints.com .


Dream Cut Saloon
Lot 3-85 3rd Floor, Sunway Velocity Mall Lingkaran SV,
Sunway Velocity, Taman Maluri Cheras, 55100 KL.
info@dreamcuthairtints.com

15 comments:

  1. wow ^^ kalau ada dekat negeri I, nak pergi juga try especially organic hair colour tu.

    ReplyDelete
  2. Thinking to cut my hair too. Will visit them this weekend.

    ReplyDelete
  3. I think this kind of concept suit for todays lifestyle. Everything quick and convenient even for a simple haircut.

    ReplyDelete
  4. I've really love to visit this salon to get my hair done. I like the flat rate and quick service. I don't enjoy sitting at the salon for loooong hours. Of course, the fact that organic products are used is a bonus.

    ReplyDelete
  5. Murah la tu RM18 tak kira rambut panjang mana. Tapi yang potong tu professional ke tak?

    ReplyDelete
  6. I am more interested kat hair dye tu.. organic..
    coz sekarang pregnant , plus saya potong rambut dha jadi sangat pendek, sekarang nak grow balik tak cantik dan lambat ... sedih sial... dye untuk cantik boleh consider

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan juga harga untuk potong rambut... tapi kalau dapat result memuaskan hati, memang berbaloi sangat2... Sebab selalu pergi mesti tak memuaskan hati dengan potongan yang diberikan

    ReplyDelete
  8. The hair cut price is cheap. I need a hair cut now, just the right time to know.

    ReplyDelete
  9. The hair cut price is really cheap, will let my friends know about it hehe

    ReplyDelete
  10. I was just considering a hair cut... and this is definitely a good idea....

    ReplyDelete
  11. kalau dekat dah laam TB ke sana sebab nak trim rambut TB yang dah tersalah potong hari tu.. hahaha

    ReplyDelete
  12. This is interesting, would like to have my hair cut there next time :)

    ReplyDelete
  13. This is murah and cepat, i think its suitable for busy guys.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.