May 2017 - emilinda

Sunday, May 28, 2017

Butterfly Turns 4 Yellow Themed Birthday Party with Jerlynn'L.

May 28, 2017 14
Butterfly Turns 4 Yellow Themed Birthday Party with Jerlynn'L.
Pejam celik pejam celik, dah sekitar dua tahun join Butterfly Project. Not sure when is the exact date join this community, tapi yang pastinya sekitar dua tahun macam tu la. And this is my first time join celebrating their birthday. This year, Butterfly Project turns 4Yeayyy!! Last year kita segan-segan lagi nak join their birthday party. Diorang semua cecantik pandai make up and all. Kita je noob lagi, tak reti nak berhias sangat. This year baru buat muka tak malu sikit, beranikan diri keluar jumpa all those gorgeous butterflies. Kekeke. Actually Butterfly Project ni founded by one of beauty blogger, mamasan Tammy to gather bloggers and youtubers that basically passionate in beauty thingy (cosmetics, skincare, etc). Butterfly Project help us blogger to create content on our blog. Ah, skip the explanation and jom kita cerita pasal party yang diadakan di Hello Deer Space, Damansara Utama.




Memandangkan party kali ni ditaja oleh brand Jerlynn'Lso yellow is the theme for that party. And we must wear floral headband! Honestly speaking, i don't really have nice yellow dress. Because i think yellow makes me look so fugly and dull, hahah! Fikir punya fikir, end up pakai very casual & simpleAs for the floral headband, sebenarnya dah ada koleksi a few floral headband tapi semua macam very simple and tak kena dengan tema. Since takde dress yang very yellow and i might show up wearing all black from head to toe, so gigih la pergi kedai cari headband warna kuning. Kira nak highlight jugak warna kuning tu dengan pakai a slightly big & bold yellow floral headband, taknak lari tema lah. Soooo, here's my humble & simple outfit for the partayyy...



Any comment about my outfit? Yeah, i know it's too simple, right? But heyyy, i won one of the best dress of the day. Ada 10 winners hari tu, and i am one of them. Tak sangka my very simple outfit pun boleh menang. Rezeki la kot. At first bila sampai tu, rasa macam awkward & rendah diri tengok orang lain semua cecantiks! Tapi kena la confident, tak gitu? Hahah. Acah confident, padahal i'm a very nervous kind of person when in crowdSo normally end up i will be very quiet and sometimes people mistaken me as 'sombong' or anti-social. I hear that a lot, haha. Maybe it's because of my not-so-friendly face. Lahir-lahir dah memang muka cenggitu nak buat camno, hahah. Padahal bila dah kenal dan dah selesa, i am such a chatterbox sebenarnya. Potpetpotpet. I'm just nervous bila dikelilingi ramai orang.



Me and my naturally not-so-friendly face hahah




Nampak tak kotak-kotak kat meja tu? That is the surprise birthday box for each of us butterflies! Siapa tak suka surprise dan hadiah kan? So lepas dah bergambar & catching up with each others, we take our seat first and listen to our mamasan welcoming speech. Meet Tammy, the founder of The Butterfly Project (refer gambar kat bawah).


And then one of Jerlynn'L representative, Chin Yee give some introduction about Jerlynn'L brand & products. Anyone pernah guna produk Jerlynn'L tak? Jerlynn'L is one of the brand yang bernaung di bawah company yang sama dengan jenama Shizens. Beauty geeks mesti tahu jenama Shizens sebab barang make up & skincare dia awesome. Me myself own a few of Shizens productsFor me, pernah dengar tentang jenama Jerlynn'L tapi tak pasti what their brand is all about. Oh rupanya Jerlynn'L ni merupakan satu rangkaian jenama yang menawarkan produk kegunaan harian yang berasaskan bahan semulajadi dan bebas dari Paraben. Sumber bahan yang digunakan memang strictly supervised. Diformulasikan bukan sahaja membantu memperbaiki tahap kesihatan kulit, tapi juga untuk melindungi kulit dari sebarang masalah. Sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur, satu family boleh guna. One brand fits for all. Soft enough for the babies and rich enough for the adults. 




Jeng jeng jeng!! And the most exciting part that we're waiting for, time to unbox our birthday surprise box! Semua orang excited nak tengok apa kat dalam. Happy me after discover what's inside the box (refer below images) , terus senyum manis. Happy kot dapat produk Jerlynn'L. Finally i have my own Jerlynn'L product. Selama ni tengok je kawan-kawan upload dekat social media cakap produk Jerlynn'L best. Dalam surprise box tu ada Body Wash, Hair Wash Scalp Care, Moisture Lotion, Hair Conditioner & Detangler, Face Moisture Soothing Cream, dan Bug No More Herbs Extract.






Dah puas belek-belek hadiah, then we go for the foods pulak. It's time to mingle around, but i'm a bit shy & not confident to express myself in the middle of so many butterflies. Omg i'm so nervous, i don't know what the hell is wrong with me. So what i do is pergi ambik makanan, duduk balik dan makan sambil chit chat with few butterflies who sits nearby. Suka makanan yang disediakan, not too heavy. Sesuai la untuk hi-tea party. Oh by the way this party starts on 3pm until 5pm. So before ke party ni, dah lunch dengan kakak kat rumah.




Final agenda yang ditunggu-tunggu, to announce which butterfly win the best outfit for the day. Ada 10 winners, and each winners will win RM1000 worth hamper from Jerlynn'L. And yeayyyy i am one of the winner. Tak sangka. I guess my floral headband is way too big, bold and yellow. That's why boleh menang. Me accepting my prize (refer below image)! Nampak je kotak kecik, tapi dalam tu ada a few produk Jerlynn'L berserta vouchers. I'm a happy butterfly!



Refer gambar kat bawah for the 10 best dressed of the day.Yang kat tengah tu Tammy the founder. Kat kanan Chin Yee from Jerlynn'L , dan yang kanan tu our emcee for the day, Dee Leonard. The rest is the winners.



Among all the butterrflies who comes for the party, paling suka dekat outfit dua butterfly kat bawah ni. Nice sangat! Gigih sangat both of them pakai so fancy for the party. They put so much effort for the party, memang sporting habis.

Rawlin & Grace Myu

Here's our group photo for the day. Everyone was so yellow.

Selamat ulang tahun ke 4 untuk The Butterfly Project. Kewujudan The Butterfly Project ni sebenarnya dah banyak membawa perubahan kepada dunia blogging, banyak memberi peluang kepada kitorang untuk lebih actif berblog, and at the same time having some fun time with fellow butterflies. Here's for more upcoming wonderful years with Butterfly Project! Balik je dari party ni, terus mandi guna Jerlynn'L Body Wash, Shampoo & Scalp Care. So excited haha. And surprisingly i'm so in love with the smell of the products! Sangat refreshing dan wangi.  My skin memang agak allergic dengan produk yang ada too much chemical ingredients. Kawan-kawan rapat & keluarga memang tahu la how sensitive my skin is, sejak kecil. Jadi memang kena hati-hati pilih produk. Obviously i need more products with natural ingredients, macam Jerlynn'L ni. Yes, produk yang berasaskan natural ingredients ni mostly bila guna, tak menghasilkan buih yang banyak. Some people thought that the more bubbles, the merrier & fun. But for someone who have sensitive skin like me, we go for natural products. Lagi takde buih lagi bagus sebenarnya. That indicates that the product contains less chemical ingredients. Lagi selamat untuk kulit kita. 

Lagi satu, paling suka dekat Jerlynn'L Bug No More Herbs Extract. Sangat berguna for me. Sebab kulit memang overly sensitive, so kalau kena gigit nyamuk pun dah merah teruk dan tinggal parut. Apatah lagi kalau digigit serangga lain. Jadi produk ni memang berguna, boleh spray je kat bahagian kulit yang terdedah bila nak ke tempat yang banyak serangga, untuk elakkan dari digigit serangga. Okay, rasanya entry kali ni dah cukup panjang. Dah boleh stop mengarang for now i guess.

Oh wait, for those yang nak tahu lagi detail about Jerlynn'L products, boleh refer kat website Jerlynn'L.


Credit most of the photos to Eros.

Thursday, May 25, 2017

Potong rambut dengan cepat di salon Dream Cut, Sunway Velocity Mall.

May 25, 2017 15
Potong rambut dengan cepat di salon Dream Cut, Sunway Velocity Mall.

Sekitar dua minggu lepas, berkesempatan ke Sunway Velocity Mall dekat Cheras. Actually this is my first time jejak kaki ke Sunway Velocity Mall sejak mall ni dibuka. I'm not really familiar pun kawasan sekitar Cheras tu. Dulu masa stay dengan Kak Na, selalu la jugak jalan-jalan area Cheras dengan dia. Nowadays dah sangat jarang ke Cheras. Oh ye, tujuan ke Sunway Velocity Mall tu pun untuk memenuhi undangan bersempena majlis pembukaan Salon Dream Cut. Ini merupakan cawangan pertama salon Dream Cut, dan cawangan-cawangan lain bakal menyusul kemudian di lokasi yang berlainan. Rushing ke sana tak sempat nak melawa pun sebab dah terlambat. Baju pun main capai je mana yang tak perlu iron, lelz. So clumsy. Sampai kat sana tiba-tiba rasa macam "Okayyyyyy...i should wear something nicer" sebab nampak Risteena Munim segak pulak. Risteena Munim merupakan salah seorang artis undangan pada hari tersebut.

Senyum lebar ye Halim




By the way, salon Dream Cut ni mengetengahkan konsep quick hair cutting services dan juga organic hair color quick tints. Kiranya salon Dream Cut ni menawarkan servis potong rambut dengan kadar yang cepat. Produk yang digunakan untuk mewarnakan rambut adalah produk organik dari Korea dan Europe. Produk yang digunakan bebas dari Ammonia, Parabenes, dan Benzophenone. Yang bestnya, kadar bayaran untuk servis yang ditawarkan adalah flat rate. Dah la boleh siap dengan cepat, harga pun memang flat rate. Takdelah lari budget pulak kan.


Servis potong rambut hanya RM18 sahaja tak kira rambut tu panjang atau pendek. Harga untuk servis warnakan rambut pula flat rate bergantung pada panjang rambut (refer gambar kat atas). Pembayaran untuk servis di salon Dream Cut ni menggunakan mesin (refer gambar kat bawah). Alah, macam korang beli air guna mesin tu. Masukkan duit secukupnya, lepas tu keluar resit. Then bagi resit tu dekat staff salon tu. Nanti dorang akan proceed potong or warnakan rambut korang. Jangan pulak korang fikir robot yang potong rambut korang. No, no. Bayar je pakai mesin. Tukang potong rambut tu manusia macam korang jugak.

Bayar guna mesin ni.

Produk yang digunakan oleh salon Dream Cut

Salon Dream Cut ni turut juga menawarkan peluang perniagaan franchise kepada orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan salon rambut. Kenapa perniagaan salon rambut ni merupakan investment yang baik? Haaa kalau fikir secara logiknya, hampir semua orang memerlukan khidmat potong rambut. Rambut memang cepat panjang, so kerap nak kena potong. Betul tak? Senang cakap, servis potong rambut memang high demand la dalam kalangan orang ramai. Dari yang muda sampai tua, lelaki dan perempuan semua perlukan servis potong rambut. Dengan franchise salon Dream Cut, korang tak perlu jadi professional hair stylist baru boleh bukak salon. No! Takde skill potong rambut pun takpe. Why? Sebab semuanya pihak franchise akan uruskan dan bantu dalam usaha korang nak uruskan salon rambut korang tu. In fact, dorang akan bagi satu bulan training.



Sempat aje bergambar dengan Risteena Munim

Cawangan pertama salon Dream Cut ni terletak di tingkat 3 Sunway Velocity Mall.  Bagi yang berminat untuk peluang buka franchise salon Dream Cut, boleh dapatkan info lebih lanjut dengan menghantar email ke info@dreamcuthairtints.com .


Dream Cut Saloon
Lot 3-85 3rd Floor, Sunway Velocity Mall Lingkaran SV,
Sunway Velocity, Taman Maluri Cheras, 55100 KL.
info@dreamcuthairtints.com

Wednesday, May 24, 2017

Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya.

May 24, 2017 14
Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya.

Remember last year i did share about my experience of iftar at Cafe Lavista, Hotel Bangi-Putrajaya? Boleh refer to this entry : Berbuka puasa di Hotel Bangi - Putrajaya. Baru-baru ni ada dapat jemputan dari pihak Hotel Bangi-Putrajaya untuk Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Funtasia. Initially i thought it was another restaurant that is located at the same hotel. Rupanya restoran yang sama, cuma diberi wajah dan nama baru bersempena ulang tahun Hotel Bangi-Putrajaya yang ke 20 tahun. Majlis perasmian itu diadakan pada 1st May 2017, yang merupakan public holiday - Hari Pekerja. Memandangkan memang tiada sebarang urusan lain pada hari berkenaan, so i was there with a friend pada hari tersebut.


Sampai kat sana around 11am, tengok suasana dah meriah dengan ramai orang dan decoration yang agak colorful. Dekat reception counter pun ada diletakkan lollipop yang berwaran-warni. Memang menarik perhatian kanak-kanak. Jangan kata kanak-kanak, yang tua ni pun excited tengok lollipop banyak-banyak. Bila masuk ke ruang restoran, dah nampak perbezaan berbanding tahun lepas. Ruang restoran lebih besar, siap ada stage. Oh ye, sebenarnya konsep yang ingin diketengahkan oleh pihak Hotel Bangi-Putrajaya adalah konsep ala-ala funfair. Mula-mula masuk dah boleh nampak ada mini Ferris Wheel. Tapi Ferris Wheel ni kecik je, tak boleh naik. Ambil feeling je tau. Dekat Ferris Wheel ni diletakkan pelbagai menu appetizer untuk dipilih. Suasana yang ingin disampaikan adalah suasana karnival yang riang dan berwarna-warni.

Credit this photo to http://www.eyzamiel.com


Credit this photo to http://www.eyzamiel.com

Funtasia Restaurant ni merupakan restoran berkonsepkan buffet. Ada pelbagai hidangan yang disediakan. Boleh berjalan dari satu gerai ke satu gerai untuk mengambil makanan yang kita nak. Sesetengah menu seperti nasi goreng, pasta dan pizza, menu dihidangkan dalam keadaan masih panas lagi. Kiranya bila ada customer request, baru tukang masak mula memasak dengan cepat dan tangkas.



Swimming pool yang terletak betul-betul berhadapan restoran

Credit this photo to http://www.eyzamiel.com
Ini kalau kanak-kanak, confirm happy tengok benda alah ni.

Ramadhan dah tak lama dah. Pihak Funtasia Restaurant juga tak juga terkecuali turut menyediakan buffet Ramadhan.  Buffet Ramadhan di Funtasia Restaurant yang bertemakan ”Warna Warni Ramadhan” ini akan berlangsung mulai 27 – 29 Mei 2017 & 22 – 24 Jun 2017 dengan harga RM90/dewasa, dan RM45/kanak-kanak. Untuk buffet Ramadan pada tarikh 30 Mei – 21 Jun 2017, harga adalah RM100/dewasa, dan RM50/kanak-kanak.







Waktu operasi Funtasia:
Buffet Sarapan Pagi (6.30 am – 10.30 am)
Buffet Makan Tengahari - Isnin sehingga Ahad, Sabtu tutup (12.00 pm – 2.30 pm)
Buffet Makan Malam Dinner - Isnin sehingga Ahad (7.00 pm – 10.00 pm)
Buffet Hi-Tea - Sabtu (12.00 pm – 3.30 pm)
Ala Carte - Monday to Sunday (6.30 am – 1.00 am)

Untuk maklumat lanjut atau tempahan
Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya
Tempahan: 03-8210 2222