Mee Udang Batu Pahat. - emilinda

Monday, April 17, 2017

Mee Udang Batu Pahat.


Hai, kalau perasan (for those yang follow Instagram saya), saya ada post a few pictures yang menunjukkan saya berada kat Batu Pahat, Johor seminggu yang lepas. Even in my previous blog post pun ada saya ceritakan tentang tujuan saya ke Batu Pahat - baca kat SINI. Dah alang-alang kat tempat orang, saya dan beberapa rakan tentunya tercari-cari tempat makan yang best di Batu Pahat. Biasanya kalau ke Batu Pahat, orang akan cari nasi bariani dekat Nasi Bariani Power atau Mee Racun. Yang ni dua-dua saya dah pernah cuba. Memang tak dinafikan sedap. Tapi kali ni saya nak cerita tentang tempat makan Mee Udang yang best dekat Batu Pahat.


Kedai yang diberi nama Mee Udang Batu Pahat ni terletak di Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat. Kedai kampung je, tapi mee udang dia memang terbaik. Saiz udang memang besar, dan udang yang digunakan tu masih lagi segar. Memang puas hati bila makan. Selain mee udang, ada juga menu lain seperti mee ketam dan lain-lain. Tapi memandangkan penduduk kat situ sarankan makan mee udang sebab katanya mee udang kat situ memang terbaik, makanya kitorang order je mee udang. Nama kedai pun tulis Mee Udang Batu Pahat, so secara logiknya mee udang adalah menu paling sedap kat kedai tu.


Kedai ni dia attached sekali dengan rumah pemilik kedai kalau tak silap. Sebab nampak macam kat bahagian belakang kedai tu adalah rumah pemilik kedai. Bagi yang tak tahu Kampung Jorak Elahi ni kat mana, ianya berdekatan Tasek Merdeka dan Taman Tema Air Wet World Batu Pahat. Memang dekat, boleh jalan kaki je kalau rajin. Memang saya dan rakan-rakan pun berjalan kaki je ke kedai ni dari Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi. Memang dekat.



Masa tengah taip entry ni pun, masih teringat-ingat mee udang Batu Pahat ni. Jauh pulak nak ke sana, hahah. Ada rezeki kalau ke Batu Pahat lagi, mesti mau repeat makan Mee Udang ni lagi.

Mee Udang Batu Pahat
Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat
Landmark : Berdekatan Tasek Merdeka dan Wet World Batu Pahat
Waktu Operasi : 5 petang - 12 malam (Isnin tutup)
Nombor untuk dihubungi :
019-7571408
013-7335116


16 comments:

  1. wah.. nampak menyelerakan.. huhu.. tapi sedih.. TB tak boleh amkan udang.. elergik..

    ReplyDelete
  2. wah the prawns are really huge! And there are many pieces. So generous and not stingy. Don't know when I will be in Batu Pahat but definitely keeping this in view for the future.

    ReplyDelete
  3. wa looks so delicious! How much a bowl cost?

    ReplyDelete
  4. Banyaknya udang! Berapa harga tu? Nak try kalau sampai ke Batu Pahat.

    ReplyDelete
  5. Udang tu dia goreng dulu eh? Macam best je.

    ReplyDelete
  6. Wehhh nampak sedap gila kot! Nanti nak kena pergi dengan Encik Suami ni :D

    ReplyDelete
  7. wow...so many prawn!!!looks so yummy!!

    ReplyDelete
  8. Ok set! next trip to batu pahat nak makan mee udang ini pulak

    ReplyDelete
  9. I used to not eat prawns because of allergy. But I can't help eating it because it is so delicious! Until I noticed that my allergy was gone. I got immuned with eating prawns :)

    ReplyDelete
  10. Sooooo.... many Udang~ 100% mee udang, look so delicious the "kuah"/ soup.

    ReplyDelete
  11. Wow mee udang dia, udang besar2! Walaupun i akan keluar jerawat kalau makan udang, tapi untuk mee macam ni, sanggup!

    ReplyDelete
  12. looks delicious... have not quite been to batu pahat.. would love to give it a try though

    ReplyDelete
  13. This looks so appetizing, sudah lapar wei ;)

    ReplyDelete
  14. look delicious <3 thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Nampaknya lepas Raya baru ada peluang cari Mee Udang Batu Pahat ni Emi..
    Last time cari mee racun pun tak jumpa..
    Hutang 2 makanan popular di Batu Pahat.. hehehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.