Saturday, April 15, 2017

Fiesta Islamic 2017, Mengumpul Dana Untuk Pembinaan Masjid Jorak Elahi.


Baru-baru ni saya berpeluang ke Batu Pahat lagi sekali, setelah sekian lama tak ke Batu Pahat. Bagi yang tak tahu, dulu saya belajar dekat Batu Pahat. So rasanya kali terakhir saya ke Batu Pahat, Johor adalah ketika majlis graduasi. Bertahun dah. Kali ni saya ke Batu Pahat bersama beberapa rakan untuk menghadiri Fiesta Islamic 2017 yang bertempat di tapak pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Secara jujurnya, saya ni nama je pernah belajar kat Batu Pahat selama hampir 4 tahun, tapi tak banyak tempat yang saya tahu di daerah Batu Pahat. Budak baik katakan, study je memanjang. Kahkah, sila percaya.

Fiesta Islamic 2017, Batu Pahat

Fiesta Islamic yang diadakan selama 4 hari bermula 6 April sehingga 9 April ni adalah bersempena pelancaran Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi. Program yang penuh dengan pelbagai pengisian ini merupakan hasil kerjasama penduduk setempat dengan Majlis Agama Islam Johor dan kerajaan Negeri Johor. Terdapat pelbagai gerai jualan dan pameran yang disediakan untuk pengunjung. Aktiviti lain yang turut diadakan seperti perlbagai pertandingan (pertandingan mewarna, pertandingan azan, dan lain-lain), persembahan fesyen busana pengantin muslimah, ceramah, dan konsert islamik, Antara beberapa artis yang turut tampil di Fiesta Islamic ini bagi membantu meraih sumbangan derma dan wakaf bagi pembinaan Masjid Jorak Elahi seperti kumpulan nasyid Devotees, Heliza Helmi, Atu Zero, dan Syuk SYJ. Bukan setakat itu sahaja, turut disediakan aktiviti sukan lasak seperti memanah oleh Panah Warisan dan Sunnah (Tok Jani), permotoran ATV (JX Sport & Fishing), Flying Fox (Selat Official) dan Mini Petting Zoo.

Pertandingan mewarna kanak-kanak



Persembahan nyanyian oleh pelajar Sekolah Khas Masalah Pendengaran Batu Pahat

Peluang dah depan mata, rugilah kalau tak cuba kan? Ini merupakan kali pertama saya mencuba sendiri pengalaman ber'Flying Fox'. Untuk sukan bermotor ATV dan memanah pula, ini merupakan kali kedua bagi saya. Yang menariknya, Panah Warisan dan Sunnah Tok Jani ini merupakan traditional archery. Sempat mendengar penerangan yang diberikan, rupa-rupanya ada perbezaan modern archery dengan traditional archery ni. Traditional archery lebih simple jika dibandingkan dengan modern archery, namun memerlukan pemanah mengikut gerak hati dalam memanah. Senang kata, sukan memanah ni mampu melatih diri agar lebih fokus. Selepas balik dari Fiesta Islamic ni, hati makin tertarik dengan sukan memanah. Untuk sukan ATV tu tak perlu diperkatakan lagi, memang kesukaan walaupun agak nervous setiap kali nak mula. Keesokannya habis sakit-sakit badan main ATV, hahah.

bersedia untuk Flying fox





Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi

Majlis pelancaran yang diadakan sekitar 4.30 petang pada hari terakhir Fiesta Islamic 2017 telah dirasmikan oleh Dato Puad Zarkashi. Projek pembangunan Masjid Jorak Elahi yang melibatkan kos RM14 juta dengan keluasan tanah 2.3 hektar itu merupakan salah satu usaha untuk menaiktaraf kemudahan bagi kegunaan penduduk dan generasi akan datang. Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir akan didirikan di tanah wakaf Majlis Agama Islam Johor yang terletak bersebelahan Tasik Merdeka dan Taman Tema Air Wet World Batu Pahat. Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir merupakan masjid yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti perpustakaan, koperasi, pusat pembelajaran, dan beberapa kemudahan lain lagi. Masjid yang akan menerapkan konsep yang agak lain berbanding masjid sedia ada di sekitar Batu Pahat ini akan ditampilkan dengan senibina yang lebih unik dan indah. Sehingga berlangsungnya majlis pelancaran, jumlah sumbangan terkumpul adalah sebanyak RM2 juta.

Credit imej : www.khirkhalid.com


Sumbangan Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi

Antara amal jariah yang pahalanya tetap mengalir walaupun kita telah meninggalkan dunia ini adalah bersedekah. Pemberian yang dimanfaatkan penggunaannya sehingga ke generasi akan datang. Sama-sama la kita semua menyokong niat murni warga setempat Batu Pahat dalam usaha membina Masjid Jorak Elahi. Tak dapat menyumbang banyak, menyumbanglah sekadar termampu. Terdapat 3 jenis sumbangan yang boleh disalurkan iaitu wakaf, derma, dan kupon derma.

Wakaf : Saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot – 1kps.
Derma : Wang tunai seikhlas hati.
Kupon Derma : Kupon derma RM10, RM50 dan RM100 disalurkan kepada AJK yang dilantik.


Segala jenis sumbangan boleh disalurkan kepada :

Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat Johor (PERMAS)

CIMB Bank - 8008 3977 49
Bank Islam - 0103 2010 0560 99


13 comments:

  1. I always wish to participate in this kind of event for a good clause. I hope those children are happy via this event and will get lots of donation.

    ReplyDelete
  2. Fiesta macam ni baru nampak menarik. Satu family boleh join.

    ReplyDelete
  3. rasa teringin nk joij kerja2 amal rupa ni tapi sejak dah jadi emak ni, macam terkejar2 je sana-sini.. btw.. perkongsian yang bagus entri ini

    ReplyDelete
  4. Great CSR Project. Will inform my friends on this fund raising.

    ReplyDelete
  5. bagusnya event ni...selain beramal dapat join aktiviti kan..semoga diberkati

    ReplyDelete
  6. What a wonderful event that involved everyone in the family. I hope they received much donations to build the mosque.

    ReplyDelete
  7. What a great idea... Hope that the masjid got its funds... All the best...

    ReplyDelete
  8. Haritu ingat nak datang jugak, tapi jauhnya sampai Johor. Agak-agak kat KL deorang buat tak?

    ReplyDelete
  9. Ooo byk activity2 yang best nest yerrr..

    ReplyDelete
  10. Nice and meaningful activity!!! I wish to join next time!!

    ReplyDelete
  11. hope to see more meaningful event like this in future! keep it coming!

    ReplyDelete
  12. Such a great cause you are doing for! Hope the children are happy=]

    ReplyDelete
  13. Adventurous'nya! I love how you're stepping out of yoru comfort zone by being outdoors. Keep it up! We really should have more events like this in the future.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.