Hai, kalau perasan (for those yang follow Instagram saya), saya ada post a few pictures yang menunjukkan saya berada kat Batu Pahat, Johor seminggu yang lepas. Even in my previous blog post pun ada saya ceritakan tentang tujuan saya ke Batu Pahat - baca kat SINI. Dah alang-alang kat tempat orang, saya dan beberapa rakan tentunya tercari-cari tempat makan yang best di Batu Pahat. Biasanya kalau ke Batu Pahat, orang akan cari nasi bariani dekat Nasi Bariani Power atau Mee Racun. Yang ni dua-dua saya dah pernah cuba. Memang tak dinafikan sedap. Tapi kali ni saya nak cerita tentang tempat makan Mee Udang yang best dekat Batu Pahat.
Kedai yang diberi nama Mee Udang Batu Pahat ni terletak di Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat. Kedai kampung je, tapi mee udang dia memang terbaik. Saiz udang memang besar, dan udang yang digunakan tu masih lagi segar. Memang puas hati bila makan. Selain mee udang, ada juga menu lain seperti mee ketam dan lain-lain. Tapi memandangkan penduduk kat situ sarankan makan mee udang sebab katanya mee udang kat situ memang terbaik, makanya kitorang order je mee udang. Nama kedai pun tulis Mee Udang Batu Pahat, so secara logiknya mee udang adalah menu paling sedap kat kedai tu.
Kedai ni dia attached sekali dengan rumah pemilik kedai kalau tak silap. Sebab nampak macam kat bahagian belakang kedai tu adalah rumah pemilik kedai. Bagi yang tak tahu Kampung Jorak Elahi ni kat mana, ianya berdekatan Tasek Merdeka dan Taman Tema Air Wet World Batu Pahat. Memang dekat, boleh jalan kaki je kalau rajin. Memang saya dan rakan-rakan pun berjalan kaki je ke kedai ni dari Tapak Pembinaan Masjid Jorak Elahi. Memang dekat.
Masa tengah taip entry ni pun, masih teringat-ingat mee udang Batu Pahat ni. Jauh pulak nak ke sana, hahah. Ada rezeki kalau ke Batu Pahat lagi, mesti mau repeat makan Mee Udang ni lagi.
Mee Udang Batu Pahat
Kg Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat
Landmark : Berdekatan Tasek Merdeka dan Wet World Batu Pahat
Waktu Operasi : 5 petang - 12 malam (Isnin tutup)
Nombor untuk dihubungi :
019-7571408
013-7335116