2017 - emilinda

Friday, December 29, 2017

Buat Tempahan Spa Melalui www.idospa.my

December 29, 2017 26
Buat Tempahan Spa Melalui www.idospa.my

Sebagai penutup untuk tahun 2017 yang penuh dugaan, pancaroba, onak duri segala bagai ni, niat dihati memang nak belanja diri pergi spa la hujung-hujung tahun ni. Orang kata nak manjakan diri sekali sekala setelah berpenat lelah struggle di tahun 2017 ni. Badan pun asyik sakit sana sini je, kalah orang tua. Biasalah, masa masih muda ni la nak kerja keras cari rezeki untuk kesenangan dihari mendatang. Rasanya salah satu faktor badan selalu lenguh-lenguh dan sakit belakang, sebab saban hari kerjanya duk kat ofis menghadap laptop dari pagi sampai petang. Most of the time duduk je kat kerusi menghadap skrin, posture badan pun lupa nak betulkan. Pastu duk merungut sakit-sakit badan. Makcik-makcik sangat! Pernah mengadu kat mak cakap belakang dan bahu asyik sakit je, lepastu mak cakap "Muda-muda dah sakit sana sini macam orang tua. Tak jaga kesihatan la tu!". Haaa kau, ambik setepek mak bagi. Dia taktau anak dia ni kat KL sehari-harian hidup tak berapa nak produktif dikelilingi bangunan konkrit, lepas tu asyik stres memanjang, tak macam suasana dia kat kampung yang tenang & mendamaikan tu.


Tak tahu nak pergi spa mana. Jujurnya bukanlah tahu sangat bab spa bagai ni. Nak cari spa terdekat pun macam nak cari kat mana pulak ye? Google pun macam leceh sikit nak kena buka satu persatu website. Dah la tak semua spa ada website. Sorang kawan ni recommend suruh buat tempahan spa melalui www.idospa.my . Katanya kat situ ada macam-macam spa yang disenaraikan berserta senarai servis yang ditawarkan bagi setiap spa. Kira macam one stop centre for spa la kot, something like that. Search punya search kat Idospa, end up saya pilih pakej Pamper Yourself di Akma Spa Melawati. Mudah pulak booking spa treatment melalui idospa ni. Cuma browse atau search perkhidmatan yang kita nak, atau boleh jugak search spa terdekat dengan kita, lepastu pilih servis mana yang kita nak. Then boleh pilih tarikh dan slot, lepastu buat pembayaran. Siap!


So saya booking untuk tarikh sekitar 2 minggu lepas. Sampai kat Akma Spa Melawati setengah jam awal dari waktu yang dijanjikan. Sementara nak tunggu slot saya, staf dia ada hidangkan air. Suasana kat Akma Spa Melawati tenang je, ada ruang menunggu yang cukup selesa. Macam hari tu kebetulan tengok ada sorang husband ni tengah tunggu wife dia kat situ. Bagusnya, sporting husband dia. Oh ye, lokasi Akma Spa Melawati ni sangatlah dekat dengan Melawati Mall. Boleh jalan kaki je ke Melawati Mall.


Pakej Pamper Yourself yang saya ambil tu merangkumi back massage, body scrub & wrap, hair spa and scalp massage. Berdurasi selama 60 minit, pakej ni sesuai untuk kurangkan stres, nak tanggalkan sel kulit mati, dan nak kasi kulit rasa lebih fresh gitu. Tak lama menunggu, staf dia dah panggil dan bawa ke satu bilik kecil untuk memulakan sesi. Suka bunyi alunan music menenangkan yang dipasang sayup-sayup, siap ada bunyi kicauan burung lagi. Rasa macam dikelilingi alam semulajadi. Eh by the way staf kat situ semua baik-baik, soft-spoken pulak tu. Receptionist dia dah la cantik dan lemah lembut, bila dengar dia cakap alahai lembutnya. Sejuk je hati customer ni.


For some reason, i'm actually quite shy to expose my body to the masseur. Almaklum body tak semenggah tak lawa macam model. Malu weyh, tak confident sebab takut orang kutuk atau judge kita hahah. Tapi sebenarnya kat mana-mana spa pun, dorang takdenya nak kepohchi sangat pi tilik body customer pastu nak judge bagai. Hahah takde kerja lah dorang nak buat semua tu. Dorang dah biasa dah dengan semua tu, dan sebenarnya kalau ikutkan etika kerja dorang memang takkan buat customer rasa inferior ke rasa tak selesa ke. Even masa nak kita balikkan badan pun dorang akan hadang dengan kain tinggi-tinggi dan pandang tempat lain. They're very professional actually. 



Sebab sesi ni satu jam je, so masa back massage tu kejap je tak lama pun. I think i need a longer session for massage, maybe next time boleh pilih sesi yang lebih lama. Terutamanya bahagian bahu dan belakang. Paling suka masa dia scrub badan kita. Rasa best pulak orang tolong scrub the whole body. Overall the price is worth it! RM160 for the package that i choose.


Korang kalau nak senang boleh book spa treatment atau servis lain dekat www.idospa.my . Masa nak check out jangan lupa masukkan referral code "IDSEMI" untuk dapatkan discount RM10.

Monday, November 27, 2017

Bawa Qaseh pergi Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang.

November 27, 2017 2
Bawa Qaseh pergi Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang.

Beberapa hari sebelum Karnival Upin & Ipin pada minggu lepas, saya dah bagitahu kakak sesiap yang saya nak bawa anak dia, Qaseh ke Karnival Upin & Ipin tu. Karnival Upin & Ipin 2017 berlangsung selama 3 hari dari Jumaat 24 November 2017 sehingga Ahad 26 November 2017, bertempat di MAEPS, Serdang. Memandangkan saya sudah ada arrangement lain pada hari Sabtu, jadi saya bercadang untuk bawa Qaseh ke Karnival Upin & Ipin pada hari Jumaat. Lagipun pergi hari pertama karnival, mesti orang tak ramai sangat macam hari Sabtu dan Ahad. Itulah logiknya. Qaseh pun selalu cakap sejak cikmie kerja, cikmie dah sibuk tak ada masa untuk Qaseh dah. Alahai, rindu nak bermanja dengan cikmie la tu. Makanya takpe lah, saya apply cuti untuk hari Jumaat tu, bawa dia ke Karnival Upin & Ipin. Just the two of us, kira macam bonding time lah. Almaklum, Qaseh ni membesar depan mata saya. Saya pernah tinggal dengan dia sejak dia baby sehingga usia 2 tahun lebih. Memang dalam ramai-ramai anak saudara, dia yang paling rapat dengan saya. Saya ni la teman bermain dia masa dia kecil. Now dah 4 tahun dah usia Qaseh. Qaseh tanya kenapa tak bawak adik dia sama? Haha maaflah, adik awak tu kecik lagi. Nanti dia menangis cari mama, kelam-kabut cikmie awak ni nanti. Risau jugak nak bawak anak orang keluar jalan-jalan tanpa mama papa dia ni. Mama papa nya pulak awal-awal lagi duk pesan macam-macam. Risau sangat takut kita tertinggal anak dia kat mana-mana, hahaha.


Pada pagi hari kejadian, lepas ambil Qaseh berdekatan ofis mamanya, saya terus panggil Uber untuk ke sana. Kalau bergerak bersendirian, most probably saya akan naik KTM je kot untuk ke Serdang. Dari KTM Serdang baru naik Uber. Tapi memandangkan bawa kanak-kanak, saya naik Uber jela senang. Excited betul Qaseh. Berkali-kali tanya kenapa cikmie buat surprise kat Qaseh sorang je? Sebab cikmie sayang awak laaa. Senyum lebar dia bila saya cakap macam tu. Sampai kat MAEPS, kami naik tram/bas kecil untuk ke Dewan A dan Dewan C (tempat berlangsungnya karnival). Ya Allah suka betul Qaseh, senyum lebar sepanjang jalan. Selalu naik kereta dengan mama papa je. Mana pernah naik bas pun. Lepas turun dari tram, kena jalan kaki sikit baru sampai ke Dewan A dan Dewan C. Nampak tak betapa lebar dia senyum?

Naik tram untuk ke dewan


Dah sampaiii


Harga Tiket Karnival Upin & Ipin 2017

Masa kami sampai tu belum ramai orang lagi. Beratur dapatkan tiket pun tak lama. Harga tiket Karnival Upin & Ipin untuk dewasa adalah RM40 (RM10 untuk Dewan A + RM30 untuk Dewan C). Nak beli tiket untuk satu dewan sahaja pun boleh. Tapi dah alang-alang ke sana, masuk jela dua-dua dewan. Untuk Qaseh pula, tiket percuma sebab Qaseh baru berusia 4 tahun. Kalau tak silap, Karnival Upin & Ipin ni memang diadakan setiap tahun sebab dulu masa Qaseh kecik kami pernah pergi ke Karnival Upin & Ipin. Tapi masa tu tak best sangat sebab Qaseh masih baby lagi, haha.


Boleh pilih nak masuk Dewan A dahulu atau Dewan C dahulu. Dewan A boleh masuk dan keluar banyak-banyak kali dalam hari yang sama, selagi tiket kat pergelangan tangan tu masih ada. Tapi untuk Dewan C, sekali masuk je. Kalau dah keluar tak boleh masuk dah. Kami masuk Dewan C dahulu.



Dewan C (Dewan Magik)

Kat Dewan C ni kita boleh tengok sendiri disebalik tabir pembikinan Upin & Ipin, set penggambaran Rumah Opah, Alam Dino, Rumah Nenek Kebayan dan macam-macam lagi. Kat sini ada banyak tempat best untuk tangkap gambar. Dalam Dewan C, ada 2 bilik studio untuk kita rakam suara kita menyanyi lagu Upin & Ipin. Dengan bayaran RM15, kita boleh dapatkan hasil rakaman tu yang dimasukkan ke dalam pendrive Upin & Ipin. Saya punya la excited nak Qaseh menyanyi, tapi Qaseh ni pemalu sangat. End up makcik Qaseh ni ha yang menyanyi sorang-sorang.
Lepas tu kami proceed bergambar dekat Tadika Mesra dan Rumah Opah.


Nasib kami baik sebab kebetulan maskot Opah dan Tok Dalang ada kat situ. Kemain lagi suka si Qaseh ni. Masa kecik dulu dia takut bila tengok maskot, tapi sekarang bila nampak maskot dia yang laju pergi peluk.


Dalam Rumah Opah tu, kita boleh masuk dan tengok sendiri keadaan rumah tempat Upin & Ipin membesar. Ruang tamu, bilik tidur, meja belajar Upin & Ipin, dapur. Ada pekerja kat situ boleh tolong kita tangkapkan gambar. Tapi pekerja yang ada masa tu semua lelaki. Si Qaseh ni pemalu lebih-lebih pulak, so dia cepat-cepat ajak keluar haha. Dia segan bila brader tu tengok dia bergambar. Adoii, anak sedaranya pun pemalu sangat. So sempat bergambar kat ruang tamu dan kat tangga je.


Ruang tamu rumah opah

Bila jalan sikit lagi, ada beberapa ekor dinosaur besar. Dinosour ni siap ada sound effect dan kepala bergerak-gerak. Qaseh ni dah la penakut. Penat nak yakinkan dia untuk bergambar. Sempat bergambar kejap je, lepas tu dia buat muka cuak nak menangis bila kepala dinosaur tu bergerak-gerak macam nak makan dia. Hahahaha omg, kelakar Qaseh ni.


Kat sebelah tu ada Rumah Nenek Kebayan. Kalau Dinosour tu Qaseh dah takut, jangan kata dia berani la nak dekat dengan Rumah Nenek Kebayan. Tak nak pergi dekat langsung! Jalan ke belakang sikit ada macam mini stage, ada robot kecik menari-nari. Ralit Qaseh tengok robot tu menari. Habis robot menari, dia laju je pergi ke dinding tempat mewarna. Mewarna ni memang hobi dia. Kalau jalan sikit lagi, ada persembahan wayang kulit. Tapi masa tu persembahan belum mula lagi, Qaseh dah ajak jalan. Macam-macam aktiviti boleh buat kat Dewan C ni. Itu antara beberapa aktiviti yang kitorang sempat buat.






Dewan A (Dewan Utama)

Dekat Dewan A, ada persembahan pentas dengan LCD besar, tempat jualan, tempat bergambar, beberapa permainan &, aktiviti menarik, dan tempat makan. Kebetulan masa kami masuk ke Dewan A, maskot Upin & Ipin serta rakan-rakan tengah buat persembahan kat pentas. Selain persembahan Upin & Ipin, ada juga persembahan Ultraman Ribut, Puteri Limau, dan Pada Zaman Dahulu. Tapi kami sempat tengok persembahan Upin & Ipin je. Untuk persembahan lain tu, kami tak tunggu pun, sebab Qaseh nampak dah penat masa tu. Kang dibuatnya penat sangat, nanti dia mengantuk dan tak mau jalan memang terpaksa berdukung la jawabnya. Tidak ku sanggup, hahahha Qaseh berat kot. Tapi banyak jugak persembahan Upin & Ipin yang sempat kami tengok. Suka betul Qaseh, lagi-lagi bila dapat bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Bukan setakat dapat bergambar, dia siap peluk & salam lagi dengan maskot-maskot yang ada.



Video ni je lepas nak upload ke sini. 

Lepas habis persembahan sesi pagi, aktiviti pentas break untuk memberi laluan untuk solat Jumaat. Masa tu la kami berjalan pusing sekitar Dewan A. Ada pelbagai aktiviti dan permainan. Tapi Qaseh ni lebih berminat nak bergambar dan nak beli barangan Upin & Ipin. Bawak Qaseh pusing-pusing tengok gerai jualan. Banyak jugak yang dibeli. Tapi nasib baik dia dah banyak patung Upin Ipin kat rumah, jadinya dia banyak beli barangan Puteri Limau. Kakak yang baik betul Qaseh ni, siap bagitahu sesiap kalau nak beli, mama pesan suruh beli 2 yang sama. Satu untuk Qaseh, satu untuk adik. Kalau beli tak sama, nanti berebut! Penuh jugak la tangan nak bawak barang-barang yang dibeli. Tapi yang bagusnya Qaseh ni tiap kali berkenan nak sesuatu, dia tanya dulu boleh tak nak beli yang tu? Kiranya dia takde la mengamuk mintak belikan juga kalau kita tak bagi. Ada gerai jualan makanan, tapi Qaseh tak nak. Masih kenyang katanya sebab pagi sebelum datang, dia dah makan nasi sesiap.

Persembahan Upin & Ipin



Tanya dia, Qaseh kita dah boleh balik ke? Mula-mula dia taknak balik lagi, tapi pujuk sikit then dia setuju nak balik. Bukan apa, muka dia nampak penat dah masa tu. Keluar dari Dewan, ada lagi gerai jualan aiskrim, dan beberapa gerai jualan lain. Ya Allah baiknya si Qaseh ni. Bila kita pelawa nak belikan dia aiskrim, dia jawab “Mama cakap Qaseh tak boleh makan aiskrim, nanti Qaseh batuk”. Haha ikut betul ye cakap mama. Mama bukan ada pun kat situ.

Nampak maskot Grolier, laju dia suruh ambik gambar

Kami balik pun naik Uber jugak. Sekitar pukul 3, dah sampai area ofis mama Qaseh. Masa dalam Uber tu, tersengguk-sengguk si Qaseh ni. Dalam pada mengantuk tu, ada hati lagi tak nak balik. Sembang-sembang dengan dia tak nak dia tertidur. Sebelum serah kat mama dia, bawak dia pergi makan KFC dulu. Berkali-kali dia duk cakap “Thank you cikmie, Qaseh suka keluar dengan cikmie. Tengok, Qaseh tak menangis pun takde mama. Qaseh kan dah besar. Lain kali cikmie bawak Qaseh jalan-jalan lagi tau. Hari ni seronok sangat!”.  Nasib baik Qaseh behave elok sangat hari tu. Puas hati dapat buat kanak-kanak happy macam ni. Sesekali apa salahnya gembirakan hati kanak-kanak. Polos sangat kanak-kanak ni. Bila dorang gembira, memang ketara la betapa gembiranya dia. Nampak betul dia gembira hari tu dapat pergi Karnival Upin & Ipin. Mama Qaseh cakap, sampai aje kat ofis mama terus dia lena. Penat sangat tu, haha. Balik rumah kemain bercerita dekat si adik. Si adik pun happy je bila tengok kakak belikan barang Upin Ipin untuk dia.


Setakat tu jela nak cerita pasal pengalaman kali pertama pergi Karnival Upin & Ipin berduaan dengan Qaseh. Dalam erti kata lain, a day out with Qaseh untuk kali pertama berjalan dengan lancar. Lain kali boleh la cikmie kidnap Qaseh bawak pergi tengok wayang dan shopping pulak! Oh ye, dengar kata nanti akan ada taman tema Upin Ipin kat Malaysia ni. Masih dalam perancangan. Seronok la kanak-kanak sekalian.

Tuesday, November 14, 2017

Makan Malam Romantik di Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL.

November 14, 2017 10
Makan Malam Romantik di Bintang Revolving Restaurant, Federal Hotel KL.

Apa yang mampu menggembirakan hati ketika makan malam selain kelazatan juadah yang terhidang? Suasana yang tenang, dan pemandangan yang indah. Ye, suasana yang tenang dan pemandangan yang indah bukan sahaja dapat menggembirakan hati, tetapi juga dapat buat selera makan bertambah. Almaklum, selalu sangat lepas penat bekerja seharian, kita hadap je juadah ringkas yang dimasak dirumah. Atau makan di restoran berdekatan yang penuh dengan hiruk-pikuk orang ramai yang berkongsi tujuan yang sama iaitu mahu bersantap, kenyangkan perut. Sesekali dapat makan malam di restoran yang agak fancy dan lain sedikit dari kebiasaan, tentulah seronok. Lagi-lagi kalau dapat makan malam bersama  yang tersayang. Romantic dinner gitu! Ouchh, siapa je tak suka kan? Makan malam dalam suasana tenang, tak bising, ditemani pemandangan yang cantik serta juadah yang enak. Sekali-sekala apa salahnya.

Hari ni nak cerita tentang pengalaman makan malam di Bintang Revolving Restaurant sekitar minggu lepas. Bintang Revolving Restaurat terletak di tingkat 18 Hotel Federal Kuala Lumpur ini sememangnya sangat sesuai untuk korang yang mencari tempat makan dengan view yang cantik. Tak semestinya untuk romantic dinner dengan pasangan sahaja, bahkan sesuai untuk makan malam keluarga, makan malam korporat, atau reunion bersama teman-teman.

View dari Bintang Revolving Restaurant pada waktu petang

Fakta menarik tentang Bintang Revolving Restaurant : Bintang Revolving Restaurant dibuka semenjak 1963 dan merupakan restoran berputar yang pertama di Malaysia. Tengok keadaan restoran yang masih gah dan cantik, tak sangka pulak restoran ni dah berusia 54 tahun. Dibuka seawal jam 5 petang hingga 12 tengah malam, restoran ini mengambil masa 45 minit untuk memenuhi satu putaran lengkap.



Dia berputar takde la laju pun, tapi putarannya boleh dirasai. Seronok betul bila view berubah-ubah. Boleh nampak KLCC, Menara KL, dan bangunan-bangunan lain sekitar Bukit Bintang. Maaflah, sis jakun first time makan kat restoran berputar, hiks! Memandangkan restoran ini sentiasa berputar, makanya lokasi pintu pun berubah-ubah. Kalau korang pilih meja yang berhadapan dengan pintu, jangan terkejut pulak bila tiba-tiba pintunya hilang. Lepas 45 minit nanti pintu tu ada balik. Satu floor restoran ni memang luas, boleh menampung sekitar 160 tetamu pada satu masa.


Tetamu boleh memilih dari set 2 hidangan sehingga set 4 hidangan makan malam, atau boleh pilih menu ala carte. Okay, jom nak tunjuk antara menu yang menarik di Bintang Revolving Restaurant ni.

Bintang Revolving Caeser Salad RM33

Avocado Crab Meat Salad RM30

Wild Mushroom Soup RM23

Provencal Creamy Lobster Bisque RM28

Mushroom soup di Bintang Revolving Restaurant ni memang kena dengan tekak saya. Rasa sedap sangat, macam tak cukup satu portion. Antara mushroom soup yang sedap pernah saya makan. Provencal Creamy Lobster Bisque tu dalam bahasa mudahnya, macam lobster soup la kot. Ini kali pertama saya makan sup berperisa lobster. Penggemar lobster pasti suka.

 Bintang Revolving Chicken Maryland RM45

Charcoal Chicken Burger Deluxe RM30

Salmon Fillet on  Barley Seeds & Baby Spinach Quick Seared with Extra Virgin Olive Oil & Coulis De Mare RM68

I'm not really into salmon, tapi makan jugak la. Tak lupa juga, Charcoal Chicken Burger tu sedap sangat. Patty dia lembut.

Grilled Mustard Rack of lamb RM65

Spaghetti with Prawn Creamy Salted Egg RM45

Doughnut with Single Scoop Ice Cream & Chocolate topping RM22

My personal favorite here is Spaghetti with Prawn Creamy Salted Egg. Bagi la apa pun yang ada salted egg, memang tekak ni layan je. Biasanya makan salted egg pasta kat tempat lain, rasa agak plain. Yang ni bertambah sedap sebab ada rasa pedas! Huih, terbayang-bayang ni.

Biila dah ada suami nanti, mungkin boleh ajak suami makan malam kat Bintang Revolving Restaurant pada malam tahun baru. Boleh tengok bunga api lebih jelas, sekitar Kuala Lumpur. Itu kalau dapat pasangan yang sportinglah! Lol. Seronok berangan-angan ye? Entahnya ajal dulu yang menjemput. Kalau nak buat tempahan meja di Bintang Revolving Restaurant, boleh call 03-21489166.

Wednesday, November 8, 2017

Enchanteur Paris Petite Parfum.

November 08, 2017 10
Enchanteur Paris Petite Parfum.

Kaum hawa dan wangian terpisah tiada. Rata-rata kaum wanita kebiasaannya memiliki lebih dari satu jenis wangian. Tak dapat disangkal lagi, saya sendiri pun memang suka beli wangi-wangian. Setiap wangian ada aura tersendiri. Dan setiap wangian mewakili mood yang berbeza-beza. Sebab tu it's okay for us to buy lots of perfumes, hiks! Motif sangat kan? Hahah. Nasib belum ada suami. Kalau tak kena bebel sebab asyik beli perfume, lotion, dan sewaktu dengannya.


Percaya la kalau disuruh mana-mana kaum wanita keluarkan semua koleksi wangian yang dorang ada, tentu ada macam-macam jenis dan macam-macam saiz. Silap-silap hari bulan ada yang dah expired tapi sayang nak buang, hahah! Eh wait, macam salah je. I think bukan kaum wanita je yang gemarkan wangi-wangian, lelaki pun ramai yang gemarkan wangi-wangian. Siap buat koleksi lagi!


Salah satu jenis wangian yang menjadi satu kemestian bagi kaum wanita adalah roll-on perfume yang bersaiz kecil. Ini memang wajib ada kat dalam handbag orang perempuan. Almaklum, nak wangi sentiasa. Takkan nak usung botol perfume spray yang besar tu kan? Jenuh la nak oiii! Maka sebab tu la wujudnya perfume kecil-kecil ni. Handy size, mudah nak usung.

Enchanteur yang sememangnya pakar wangian Perancis memahami keperluan para wanita. Sebab itu, Enchanteur memperkenalkan wangian terbaru Enchanteur Paris Petite Parfum. Didatangkan dalam saiz kecil 9ml, rangkaian ini sangat sesuai untuk gadis feminin yang memiliki gaya hidup aktif dan bertenaga. Terdapat 4 variasi wangian Enchanteur Paris Petite Parfum iaitu Belle Amour, Adore, Cheri, dan Jolie.



Koleksi Enchanteur Paris Petite Parfum dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Enchanteur Paris Petite Parfum boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur boleh layari :-


Tuesday, November 7, 2017

Let’s Make 11.11 Fly with Traveloka!

November 07, 2017 12
Let’s Make 11.11 Fly with Traveloka!

Dah tak lama dah nak berakhir tahun 2017. Kejap je rasa kan? Rasa macam baru je lagi duk buat azam tahun baru 2017, sekarang dah boleh fikir azam 2018 pulak. Penghujung tahun macam ni memang kebiasaannya ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kenapa? Haa sebab cuti sekolah makanya para ibu ayah sekalian boleh bawa anak-anak pergi bercuti. Lagi? Sebab banyak SALE!! Omg haha that is so me. Tak payah nak nafikan lah, korang pun suka bila ada sale kan? I am not the only one who loves sale. Semua orang pun suka, especially kaki shopping! Serious banyak jualan murah dan tawaran-tawaran menarik secara offline dan juga secara online bila penghujung tahun ni. Kalau pergi jalan-jalan ke mall, boleh diperhatikan banyak betul butik mengadakan promosi jualan murah sempena hujung tahun. Kalau nak shopping online pun, banyak laman sesawang yang buat promosi bila dah penghujung tahun ni. It is such a great time for shopping! Tak perlu nak tunggu bulan Disember baru nak shopping hujung tahun pun. Sekarang dah masuk bulan November, banyak sangat dah yang buat promosi. For me saya memang suka shopping waktu promosi macam ni. Be it a dress, book, accessories, flight tickets, hotels, mostly akan beli waktu promosi. Jangan tanya kenapa. Mestilah sebab mahukan penjimatan yang maksima. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni memang nak tak nak kena la jadi pengguna yang lebih bijak. Cara saya? Saya perhatikan pola jualan murah untuk tahun-tahun yang lepas. Take note tarikh-tarikh yang kebiasaannya ada jualan murah atau promosi. Jadi saya boleh la get ready & plan kewangan saya untuk shopping pada waktu promosi tu.


Selain musim perayaan, tarikh yang selalu menjadi pilihan untuk promosi adalah pada tarikh-tarikh yang cantik. Contohnya, tarikh 11.11. Kalau diperhatikan, setiap tahun banyak betul promosi yang diadakan pada 11.11. So I am really looking forward for lots of great deals on this date, for this year. And as expected, tawaran untuk flight ticket pun ada jugak! Wehuuuu, ini yang kita nanti-nantikan. Since everybody knows 11/11 there is always a SALE happening everywhere, so Traveloka will also launch a special campaign for Flight.  Bersempena 11.11, pihak Traveloka juga tak melepaskan peluang untuk menggembirakan hati orang ramai dengan cara melancarkan kempen khas untuk pembelian tiket penerbangan. Apa yang menariknya tentang Traveloka Flight Campaign? Haaaa, semestinya dengan tawaran-tawaran harga runtuh yang sangat berbaloi dari Traveloka. Sebenarnya saya merupakan salah seorang pelanggan tetap Traveloka. Memang kalau nak beli tiket penerbangan atau nak tempeh hotel, saya lebih suka beli kat Traveloka. Kenapa? Sebab dekat Traveloka ni kalau tak ada promosi istimewa bersempena perayaan sekalipun, pihak Traveloka selalu tawarkan kod promosi untuk pembelian tiket penerbangan dan juga hotel. Kebiasaannya boleh dapat diskaun dari 5% sehingga 25%, bergantung kepada kod semasa. Kod promosi tu biasanya ada dipaparkan kat bahagian atas laman sesawang Traveloka.


Ni ha, kod promosi Traveloka yang saya maksudkan tu (rujuk gambar kat atas). Kat bahagian banner bergerak-gerak tu kalau diperhatikan memang ada kod promosi untuk hotel, dan juga penerbangan. Saya perasan memang most of time pihak Traveloka akan sediakan free promotion code. Siapa tak gembira, kan? Pandai Traveloka nak tawan hati customer macam saya ni. Inilah sebenarnya salah satu punca kenapa saya asyik booking flight ticket & hotel melalui Traveloka. Terus jadi pelanggan tetap. Keep it up Traveloka!

Berbalik kepada kempen tawaran harga jimat tiket penerbangan di Traveloka bersempena 11.11 ni, kempen ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 November dan berakhir pada 12 November. Yang gaji awal bulan tu, dah boleh la rancang siap-siap dan simpan duit gaji tu untuk tawaran istimewa ni. Selain nak beli tiket percutian, sebenarnya saya nak usha tiket balik kampung jugak. Almaklum la kalau nak balik jenguk mak ayah waktu cuti hujung minggu, memang penat la kalau naik bas. Naik kapal terbang tak rasa penat pun, masa bersama mak ayah pun akan jadi lebih panjang. Harap-harapnya promosi tawaran istimewa bersempena 11.11 kali ni, turut merangkumi tiket penerbangan domestik. Kesian mak ayah kita, rindu kita. Hihi, padahal kita yang homesick, rindu mak ayah. Dengar kata promosi tiket penerbangan kali ni adalah untuk semua destinasi. Harap-harapnya betul la seperti yang diperkatakan.

Setiap hari saya gigih duk buka laman sesawang Traveloka semata nak pastikan Traveloka dah keluarkan senarai destinasi untuk promosi 11.11 ni, tapi nampaknya Traveloka betul-betul nak buat surprise kali ni. Kalau ada rezeki, boleh booking tiket penerbangan untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan sekali. Sebenarnya belum decide lagi nak ke mana untuk next vacation, tapi memang ada dalam planning la untuk bercuti bersama lagi. Waktu masih bujang ni la kalau nak travel bersama pun, bila dah kahwin nanti dah susah dah nak bercuti bersama. Oh ye, korang kongsi la destinasi percutian mana yang best. Boleh saya jadikan panduan dalam memilih destinasi percutian seterusnya.


10 November nanti, pagi-pagi hari lagi nak buka laman sesawang Traveloka. Semangat gitu, haha. Bukan apa, tak nak la nanti kalau lambat banyak yang dah sold out. Almaklum, semua orang pun nak rebut tawaran istimewa macam ni. Bagi yang belum pernah buat pembelian dengan Traveloka, saya nasihatkan korang sign up akaun Traveloka awal-awal sebelum 10 November. So that masa tengah promosi 11.11 nanti, takde la korang baru terkedek-kedek nak sign up Traveloka. Boleh terus beli je masa tu, senang & lebih cepat. Jangan tunggu bila nak buat pembelian baru nak sign up. Nak lagi senang, install je aplikasi Traveloka kat telefon pintar korang tu. Sambil-sambil baring nak tidur pun boleh usha tiket penerbangan kat Traveloka apps.

Rasa macam panjang pulak membebel kali ni. Kasilah can sis nak membebel panjang lebar sekali-sekala, haha. Kalau dilihat pada kalendar, promosi tiket penerbangan Traveloka bersempena 11.11 tahun ni jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari minggu, lagi la banyak masa korang untuk rancang percutian, dan booking flight ticket. Nasib baik jatuh pada hari minggu. Kalau jatuh pada hari bekerja, susah juga nak curi masa teliti harga-harga runtuh yang ditawarkan tu. So korang semua, jangan lupa pulak ye nanti. Jom serbu Traveloka Flight Campaign bersempena 11.11. Semestinya tawaran harga rendah yang amat berbaloi untuk semua destinasi!

Nah link laman sesawang Traveloka! - https://www.traveloka.com/en-my/

Sweet Royale Stevia Sweetener, Pengganti Gula.

November 07, 2017 20
Sweet Royale Stevia Sweetener, Pengganti Gula.

Bila usia dah makin meningkat ni, secara perlahan-lahan kita akan mula ada kesedaran tentang penjagaan kesihatan. Almaklum la, kadang nampak sihat pun dalam diam rupanya ada penyakit. Dengan peningkatan kos sara hidup zaman sekarang ni, kos perubatan pun makin mahal. Kadang-kadang terfikir jugak kalau ditakdirkan tiba-tiba Tuhan nak bagi penyakit yang datang disebabkan kecuaian kita dalam menjaga kesihatan, mesti sedikit sebanyak rasa terkilan. Duit memang boleh diusahakan untuk kos perubatan tu, tapi itu pun kalau la penyakit tu masih mampu diubati. Kalau dah terlambat? Haaa, fikirlah sendiri. Nyawa dan nikmat kesihatan ni kalau Tuhan dah tarik, nak menyesal pun tak guna dah.

Sebab makin ada kesedaran tentang penjagaan kesihatan ni la, akhir-akhir ni saya dah mula rajinkan diri bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Antara inisiatif yang sedang saya laksanakan adalah mendisiplinkan diri pergi ke gym beberapa kali seminggu (selepas waktu kerja), dan juga rajinkan diri turut serta aktiviti larian dan hiking bersama kawan-kawan. Tapi rasanya tak guna jugak duk bersenam bagai kalau pemakanan tak jaga kan? Sebab tu la sejak beberapa bulan kebelakangan ni saya kurangkan minum minuman bergula. Banyakkan minum air kosong. Tapi nak cut terus pengambilan minuman manis ni agak susah sebenarnya. Dugaan tengok kawan-kawan minum air sedap-sedap, haha. Nak jugak minum minuman manis sekali-sekala kan.


Dah lama jugak duk usha pasal stevia. Ada terbaca pasal kebaikan stevia ni, katanya boleh menggantikan gula. Tapi kebanyakan stevia yang dijual kat pasaran harganya boleh tahan jugak mahal. Lepastu risau kalau-kalau stevia tu tiruan. Fikir banyak kali nak beli. Asyik tunda je nak beli. Lastly tak terbeli jugak sampai la baru-baru ni Syiqin introduce Sweet ROYALE, pemanis stevia keluaran Pharmaniaga. Sebab yang ni produk dari Pharmaniaga, so yakinlah sikit bahawasanya memang original. Katanya stevia ni dalam bentuk serbuk, dan dipaketkan dalam sachet kecil-kecil. Terus rasa berminat sebab nanti senang la nak bawak ke mana-mana. Boleh selit je dalam poket beg. Stevia lain yang ada kat pasaran kebanyakannya dalam bentuk cecair dan dijual dalam botol. Agak leceh jugak nak dibawa ke mana-mana. 


Kat ofis pun makin rajin nak buat air sejak ada stevia ni. Pagi-pagi buat air milo untuk breakfast pun dah tak guna gula atau creamer, tapi manisnya tetap ada. Satu sachet Sweet Royale stevia ni memang ngam-ngam manisnya untuk satu gelas air. 


Memandangkan stevia lain kat pasaran semuanya boleh tahan mahal, so my expectation terhadap Sweet Royale ni mestilah mahal jugak. Tapi sangkaan meleset sama sekali. Masa Syiqin bagitahu harga stevia Sweet Royale ni, serious rasa tak percaya. Kenapa murah sangat ni? Sangat-sangat berbaloi! Mula-mula ingat Syiqin tersalah bagi info. Suruh dia check balik betul ke harganya macam tu? Dia cakap memang harganya macam tu. Harga tak sampai RM20 sekotak. Sekotak ada 40 sachet. Setiap sachet tu mengandungi 2g pemanis stevia. Sangat-sangatlah affordable!


Cadangnya nanti sebelum balik kampung nak beli lagi beberapa kotak, nak bagi dekat mak ayah. Nak minta mak ayah kurangkan pengambilan gula jugak, almaklum dah makin tua ni risau kalau ada penyakit-penyakit yang tak terduga datang (mintak jauh sangat-sangat). Pemanis Stevia Sweet Royale ni boleh dibeli di mana-mana farmasi Royale Pharma, atau boleh juga dibeli secara online di website Royale Pharma, di Lazada, Shopee, dan 11street.


Harga
RM17 (pembelian secara offline di farmasi Royale Pharma)
RM15 ( pembelian secara online tidak termasuk postage)