December 2016 - emilinda

Friday, December 16, 2016

#MyTravelokaEscapade - I need a holiday lah, and my destination is South Korea!

December 16, 2016 29
#MyTravelokaEscapade - I need a holiday lah, and my destination is South Korea!

Kalaulah travel tu free, confirm sekarang ni aku kat pelusuk dunia mana entah. Yang pasti merata tempat dah aku pergi, takde kat Malaysia sekarang ni. Siapa tak suka travel, ye tak? Lebih-lebih lagi time masih muda dan masih larat ni la kalau boleh nak berjalan sakan. Tapi tu la, hakikatnya sebelum travel ke mana-mana, memang nak kena kerja keras kumpul duit dulu. Kalau tak, makanya mereputlah kau kat Malaysia ni. Travel ain't free. It cost a lot. Kalau memang lahir-lahir je dah mewah takpe la, itu lain cerita. But as for me yang bukan dari family yang senang, nak apa-apa pun memang kena usaha sendiri. Sama la jugak kalau nak travel pun, kena usaha kumpul duit sendiri.

Sembang pasal travel ni, ada banyak tempat yang aku teringin nak pergi. Pendek kata kalau boleh seluruh dunia aku nak pergi. But of course ada a few places yang memang berada di top list aku. Selain Turki, salah satu tempat percutian yang paling aku teringin nak pergi adalah Korea Selatan. Tengok tajuk entry pun dah tahu memang aku teringin nak bercuti ke Korea. Yang ni aku tak kira, memang aku kena pergi jugak nanti. Lambat atau cepat je, but for sure memang akan aku pastikan sampai jugak ke sana. Suka tau baca pengalaman orang lain pergi bercuti ke Korea. Pastu mula la berangan nak pergi sama. InshaAllah andai dipanjangkan usia, akan sampai jugak ke sana. Aku ni sejak sekolah rendah lagi duk layan drama Korea, so memang dari dulu duk berangan nak ke Korea. Banyak perkara yang buat aku teruja sangat nak ke Korea. Antaranya ialah..

1. Beauty products!
Korea memang terkenal dengan produk kosmetik dan skincare yang berkualiti dan bagus. Aku sendiri sememangnya pengguna barangan kosmetik Korea. Macam-macam brand ada macam Skinfood, Face Shop, Laneige, Nature Republic, Mamonde, Tony Moly, Cremorlab, etc. Produk-produk tu semua brand yang memang berasal dari Korea. Boleh dapatkan kat Malaysia, tapi normally harga lagi mahal la. All this while aku beli semua tu dari satu website yang memang jual produk Korea dan memang shipping pun direct dari Korea. Tapi teringin weyy nak pergi beli sendiri kat Myeongdong sebab member-member yang dah pergi cakap kat situ memang syurga beauty products. Macam-macam brand ada, dan of course harga jauh lagi murah. Yang penting, confirm original! Kalau dah pergi sana nanti nak borong facial mask banyak-banyak.



2. Makanan.
Kalau korang layan rancangan realiti TV Korea macam Running Man dan Family Outing, confirm korang pun tergoda dengan makanan yang dorang duk makan tu. Semua nampak sedap weyh, haha. Aku bab makan ni memang mudah tergoda. Odeng (fish cake), Hotteok, Gyeranppang, Bungeoppang, Tteobokki, Kimchi, Bibimbap, etc. Tengok geng-geng Running Man tu makan nampak best gila kot. Soal halal tu, aku pernah terbaca orang cakap kat sana tak susah pun nak cari makanan halal. Kalau rasa ragu-ragu tu tak payah la makan, kan?

Gyeranppang
Tteobokki

3. Pakaian Tradisional Korea
Kalau pergi Korea, aku akan make sure untuk pakai pakaian tradisional dorang, Hanbok. Pastu posing sakan, feeling-feeling macam gadis koreaa zaman Joseon. Pengaruh drama sangat ni!

Ruginya kalau ke Korea tapi tak try pakai Hanbok

4. Melawat tempat-tempat menarik
Bila aku cakap melawat tempat menarik ni, sebenarnya banyak kot tempat menarik kat Korea ni. Nak feeling-feeling macam Winter Sonata, boleh ke Nami Island. Kalau rasa nak buat kunci mangga yang ada nama dengan cinta hati, boleh ke Namsan Tower. Namsan Tower ni femes gak tengok dalam drama Korea. Nak bergambar ala-ala zaman Joseon, boleh pergi Bukchon Hanok Village. Nak shopping sakan boleh ke Dongdaemun. Kalau nak merasa pergi theme park kat Korea, boleh pergi ke Lotte World. Banyak tempat menarik kat Korea ni sebenarnya. Mana yang aku tahu tu adalah hasil layan drama Korea dan hasil pembacaan dekat blog orang lain yang dah pergi situ.

Padlock. Kuncilah cintahati korang tu kat sini. 
Nami Island


Travel memang bukan free. Tapi berangan free je. So sebelum tercapai impian nak ke sana, apa salahnya berangan dulu. Tak gitu? Hehe. Nak pergi bercuti banyak benda jugak kena fikir. Fyi, sekarang ni Traveloka ada menganjurkan You Need a Holiday lah Traveloka Online Contest. Why not korang try? Aku pun teruja join sama, mana la tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Kot-kot bertuah, lagi cepat la dapat ke Korea. Kan? Heee berangan tu free, so tak salah aku nak berangan sket, lol. So korang tunggu apa lagi? Jom share korang punya #MyTravelokaEscapade !



K la korang, jangan lupa join this contest!

Tuesday, December 13, 2016

Itinerary & kos percutian ke Lombok 5H4M.

December 13, 2016 26
Itinerary & kos percutian ke Lombok 5H4M.


Hai korang ! Entry kali ni merupakan catatan tentang itinerary dan kos percutian 5 hari 4 malam ke Lombok, Indonesia. Dah 2 bulan berlalu, now baru berkesempatan nak update kat blog. InshaAllah akan ada beberapa entry percutian ke Lombok menyusul nanti, one by one. Nak letak semua dalam satu entry macam tak best pulak, nanti panjang sangat. So untuk entry kali ni just nak bagitahu roughly jadual perjalanan dan kos percutian sahaja. Untuk cerita lebih detail tentang tempat yang kitorang pergi, akan diceritakan dekat entry lain. Kitorang pergi berempat, semua perempuan. Kami bermalam 3 malam di Senggigi, dan hanya 1 malam di Gili Trawangan. Memandangkan ini merupakan first time kitorang ke Lombok, dan kitorang berempat semua perempaun makanya kitorang decide untuk hire pak supir sepanjang kitorang kat sana. Survey punya survey, kitorang setuju hire Wawan sebagai supir / tour guide sepanjang kitorang kat sana. Bila kitorang contact Wawan ni, dia akan tanya berapa hari kita kat sana then dia akan suggest tempat untuk pergi. Kira dia tolong aturkan jadual perjalanan kita. Kalau ada tempat lain yang kita nak pergi, boleh bagitahu dia dan dia akan ubah la sikit jadual tu. Charge yang dikenakan pun bergantung pada berapa lama dia diperlukan nanti, dan berapa orang dalam trip kita tu. Nasib baik kitorang decide untuk hire supir. Kalau tak, memang tak berapa nak enjoy that trip la sebab banyak benda nak kena urus sendiri, cari jalan tak bagi sesat, plan nak ke mana semua, dengan penat gerak ke sana sini bagai. Bila ada supir macam Wawan ni, kitorang lebih relax and enjoy the trip jela. Dia yang bawak kita ke sana sini, so dalam perjalanan tu kalau penat sangat kita boleh tidur je dalam kereta. Simpan tenaga untuk bila dah sampai ke destinasi nanti. Seriously kalau tak hire supir, mesti banyak masa terbazir duk cari jalan la, duk cari tempat makan la, cari tempat beli ole-ole la. Silap haribulan boleh sesat.



ITINERARY PERCUTIAN 5H4M - LOMBOK, INDONESIA

Hari Pertama : 06 October 2016
- Flight dari KLIA2 jam 3.35pm
- Around 6.45pm sampai Lombok International Airport
- Sampai di airport, Pak Supir dah tunggu kitorang sesiap
- Since semua orang pun tengah lapar, kitorang singgah makan ayam taliwang dekat restoran RM Nada Alam Nyaman.
- Then singgah beli sim card.
- Check-in dekat Bumi Aditya Cottage, Senggigi

Hari Kedua : 07 October 2016
- Pottery Village
- Hand Weaving Village, Desa Sukarara
- Sade Traditional Village
- Pantai Mawun
- Pantai Kuta
- Bukit Merese
- Balik ke Bumi Aditya Cottage
- Malamnya, pergi beli ole-ole di Sasaku

Hari Ketiga : 08 October 2016
- Snorkling trip ke 3 gili : Gili Nanggu, Gili Sudak, Gili Kedis
- Balik ke Bumi Aditya Cottage, Senggigi

Hari Keempat : 09 October 2016
- Check-out dari Bumi Aditya Cottage
- Singgah ke Villa Hantu
- Pergi ke Sendang Gila waterfall dan Tiup Kelep waterfall
- Pergi ke jetty untuk bertolak ke Gili Trawangan (naik speedboat. Ada option lain yang lagi murah. Tapi kitorang decide untuk naik speedboat, lagi laju).
- Sampai di Gili Trawangan, check-in di Little Woodstock Guest House
- Sewa basikal untuk pusing sekitar pulau, pergi bergambar di buaian tepi pantai. Kitorang tak pergi sampai buaian Ombak Sunset pun, just sampai buaian yang lagi satu. Itu pun dah cukup cantik. Then aktiviti bebas la sebab semasa kat Gili Trawangan ni, pak supir takde. Lepas hantar kitorang ke Gili Trawangan, pak supir balik ke Senggigi semula.

Hari Kelima : 10 October 2016
- Since flight kitorang untuk balik ke KL dijadualkan tengahari, so pagi-pagi lagi kitorang check-out dan gerak ke jetty. Pak supir ambik kitorang di jetty dan hantar ke airport.
- Flight dari Lombok International Airport ke KL jam 12.15pm
- Sampai KLIA2 around 3pm.


KOS PERCUTIAN 5H4M - LOMBOK, INDONESIA
Currency semasa kitorang pergi tu sekitar IDR 1 000 000 = RM 327 tak silap. Lebih kurang macam tu la. Lupa dah.

Flight Ticket Return KL - Lombok : *AirAsia, beli 7 bulan awal.
4 pax = RM 1474.32
1 pax = RM 368.58

Penginapan : Bumi Aditya Cottage, Senggigi (2 bilik x 3 malam)
4 pax = RM 270
1 pax = RM 67.50

Penginapan : Little Woodstock Guest House, Gili Trawangan (2 bilik x 1 malam)
4 pax = RM 140
1 pax = RM 35

Supir : Wawan ( Whatsapp  +62 81907755901 )
* Jumlah yang dibayar kepada supir termasuk pengangkutan sepanjang kat sana, speedboat pergi dan balik dari gili trawangan, kos snorkling, dan kos orang yang guide kitorang semasa nak ke waterfall.
4 pax = IDR 4200000 = RM 1335
1 pax = IDR 1050000 

Lain-lain kos bersama :
Dinner hari pertama : IDR 184000 / 4pax
Sade Village Tour guide : IDR 40 000 / 4 pax
Dinner hari kedua : IDR 112000 / 4 pax
Lunch hari ketiga dekat pulau lepas snorkling : IDR 260000 / 4 pax
Dinner hari ketiga kuih terang bulan IDR 47000 / 4 pax
Dinner hari ketiga jagung bakar IDR 30000 / 4 pax
Dinner hari keempat Gili Gelato IDR 50000 / 4 pax
TOTAL kos bersama (4 pax): IDR 723000 / 4 pax
TOTAL kos bersama (1 pax) : IDR 180750 

Lain-lain kos persendirian (1 pax) :
Hari pertama, sim card : IDR 67000
Hari kedua, Pingu clay : IDR 10000
Hari kedua, Dreamcatcher : IDR 110000
Hari kedua, Lunch Ayam Taliwang + Orange Juice : IDR 82500
Hari kedua, Kerepek : IDR 103000
Hari kedua, Kudap-kudap (air + gula-gula) : IDR 13500
Hari kedua, Shopping di Sasaku : IDR 298000
Lunch hari keempat : IDR 65000
Dinner hari keempat, Cheese burger + juice : IDR 85000
Hari keempat, speda : IDR 35000/day
Hari kelima, cidomo : IDR 25000
Wrap box dekat airport : IDR 12500 / pax
TOTAL kos persendirian : IDR 906500 


TOTAL KOS UNTUK SEORANG : RM 368.58 + RM 67.50 + RM 35 + IDR 1050000  + IDR 180750  + IDR 906500
= RM 471.08 + IDR 2137250


So secara detailnya kos untuk seorang adalah RM471.08 + IDR 2137250 (around RM700). Total up tak sampai RM1200 pun untuk seorang. Yang dalam RM tu untuk flight dan penginapan which is kitorang dah setelkan sesiap before ke sana. Bayaran untuk pak supir tu kitorang bayar kat sana. Tapi dah deal sesiap dengan dia sebelum ke sana.

TAPI, kalau korang jenis yang malas nak susahkan diri plan sana-sini, cari supir bagai, arrange penginapan dan sebagainya, saya cadangkan korang ambil pakej ke Lombok murah dengan ARBA Travel. Tak perlu pening-pening rancang dari A sampai Z sebab semuanya pihak mereka yang akan aturkan. Korang tinggal enjoy percutian tu sahaja.

Sunday, December 11, 2016

Christmas Cupcake Workshop at At19Culinary

December 11, 2016 4
Christmas Cupcake Workshop at At19Culinary

Hello readers! Baru-baru ni ada join Christmas Cupcake Workshop dengan rakan-rakan bloggers yang lain, so entry kali ni memang nak bercerita pasal that fun workshop la. Organized by The Butterfly Project, this workshop takes place at At19 Culinary Studio. That was my first time join kelas memasak bagai ni, haha. I'm not really a baker, tapi before ni pernah la buat kek, cupcakes and all. Tapi itu semua buat hasil berguru dari Google & Youtube sahaja :D

Sampai awal, masa tu baru ada sorang participant. Normal la bloggers bila jumpa, yang tak kenal pun boleh duk potpetpotpet macam dah kenal lama. Exchange card and all. Suasana kat situ sangat bersih, peralatan semua tersusun elok.




Pada hari kejadian tu, kitorang buat red velvet cupcakes dengan dibantu oleh staff At19 Culinary Studio. Instruction diberi, penerangan pun diberi. This is not my first time buat cupcakes, tapi kali ni seronok la sebab buat sama-sama, ada yang tolong guide. Before ni syok sendiri je follow youtube hahah.

Her name is Suraiya, the instructor for the day.


Ada 20 bloggers kesemuanya dan kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. So every team kena buat adunan cupcake masing-masing la. Seronok buat cupcake sama-sama ni, rasa macam kejap je semua dah nak siap. Kalau buat sorang biasanya rasa macam lama sangat nak siap. 





Bila adunan cupcake dah setel, tiba masa untuk masukkan dalama acuan. Part ni aku suka, hahah. 





 
Gigih ambik gambar, nak masuk Instagram. Lel

There you go, masukkan dalam oven.

Sementara nak tunggu cupcake siap, kitorang siapkan cream cheese frosting.





 Dah siap adunan untuk frosting, kitorang diajar untuk buat decoration menggunakan fondant. Yang colourful tu la fondant. This is my first time playing around with fondant, menarik pulak. Rasa macam main play-doh. Lol.

 




By the time duk ralit buat fondant decoration, cupcake dah masak dah pun. So boleh proceed letak frosting, and lekatkan fondant tu for decoration.






So, out of so many cupcakes, which one is mine? Jeng jeng jeng!



I'm not so creative anymore. My cupcakes doesn't look good. I mean the decoration, lol. Overall session hari tu memang seronok. Dapat kenal kawan-kawan baru, and some of them memang kenal secara virtual tapi tak pernah jumpa. So bila join this workshop, dapat jumpa face-to-face la.

Address:
19, Jalan Dungun, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

At19Culinary Facebook Page:

At19Culinary website:

At19Culinary blog

Contact email:
contact@at19culinary.com

Credit pictures to Tammy and Juneci




P/s : Actually i have the intention of giving one of the cupcake to a friend of mine since i'm meeting that person at night. But then my decoration looks so clumsy, tak cantik. So i cancelled it, makan sendiri. Haha.