Hasil penggunaan Realash Eyelash Enhancer dan Brow Definer. - emilinda

Monday, November 14, 2016

Hasil penggunaan Realash Eyelash Enhancer dan Brow Definer.


Ingat lagi tak haritu aku ada cerita tentang dua produk untuk penjagaan bulu mata dan kening? Boleh refer entry ni - Realash, harapan baru untuk si bulu mata pendek. Aku ada janji nak share pengalaman aku sendiri setelah sebulan menggunakan produk dari Realash ni. Tapi dah terlajak lebih dari sebulan baru nak share. Maaflah, a bit busy lately ni. Sejujurnya aku paling excited dengan produk Realash Eyelash Enhancer sebab bulu mata aku ni memang pendek dan sekali pandang macam takde bulu mata pun. Kalau boleh panjangkan bulu mata yang pendek ni, siapa yang tak nak kan? Haruslah mahu. As for the Realash Brow Conditioner pulak, aku takde la rasa excited sangat macam Realash Eyelash Enhancer tu. Kenapa? Sebab bagi aku, condition kening aku ni takde la teruk sangat lol. Kening aku bukan jenis lebat dan tebal, and secara personalnya aku selesa dengan kening aku yang sekarang. Aku guna jugak la Realash Brow Conditioner tu, tapi tak guna setiap hari pun. Guna just untuk percantikkan struktur dan susunan bulu kening tu. Takut pulak kalau guna setiap hari kang tetiba kening jadi tebal macam Shin Chan, ahahah. Maaf ler, imaginasi aku ni kadang-kadang terlampau pulak.


Gigih aku duk apply Realash Eyelash Enhancer ni hampir setiap hari. Realash Eyelash Enhancer ni bertindak macam serum untuk panjangkan bulu mata. Cara penggunaan senang. Just apply je sikit dekat bahagian upper eyelid. Tapi untuk kesan optimum, sila pakai masa muka tengah bersih dari mekap dan kawasan sekitar mata make sure tak basah. Biasa aku pakai Eyelash Enhancer ni waktu malam lepas mandi. Masa tu confirm muka takde nak mekap bagai. Awal-awal tu aku agak risau sebab kulit aku jenis yang sensitive, cepat nak gatal-gatal or merah-merah kalau tersalah pakai produk yang tak sesuai. Dah la nak pakai kat bahagian mata kan. Tapi alhamdulillah la okay je, takde side effect.

Kesan yang aku rasa setelah guna Realash Eyelash Enhancer ni? First 2 weeks haritu aku pakai almost everyday, tapi ada jugak hari yang aku lupa nak pakai. Then lepas tu aku kurangkan pemakaian Realash ni jadi 2 kali seminggu. So far okay la, nampak perubahan. Seriously bulu mata aku jenis yang pendek sangat. Bila dah apply Realash Eyelash Enhancer ni for around 2 weeks, nampak la perubahan sikit. Bukan perubahan yang sangat drastik macam tiba-tiba jadi panjang gila bulu mata tu, nope! Tapi lebih panjang la berbanding dulu. Dan bila pakai mascara pun nampak macam lebih tersusun. Tersusun yang aku maksudkan disini adalah dia tak comot dan bulu mata tu tak melepet dengan bulu mata lain. Lebih kemas la.

Bulu mata nampak lebih panjang dan rapi thanks to Realash.

As for the brows, actually aku tak pakai sangat Realash Brow Conditioner tu. Pakai jarang-jarang je sebab aku takde la rasa macam nak volume up aku punya kening ni sangat. Aku pakai around 3 times per week. So far kesan yang dapat aku rasa, kening ni lagi senang diurus. What i mean is bila nak pakai brow liner, mudah nak bentuk.


REALASH COSMETICS

3 comments:

  1. Wahhh! Nak beli gak la nanti yang ni.. kita cuba try test.. Dah habis eyelash Acik yang lama

    ReplyDelete
  2. Really need to check this out sebab lashes kita pun short habis, hehe >o<

    ieyra h. | latest blog post: Catrice Blush Palette Review

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.