Monday, August 22, 2016

Realash, harapan baru untuk si bulu mata pendek.


Baru-baru ni ada satu bungkusan yang sampai kat ofis. Excited betul nak bukak tengok, tapi lately ni kat ofis memang busy sikit. Banyak kerja. So takpelah, tunggu bukak kat rumah jela. Bila dah balik penat-penat, terus lupa nak bukak tengok. Dah beberapa hari baru berkesempatan godek-godek kandungan dalam kotak tu. Padahal sebenarnya dah tahu dah produk apa dalam kotak tu. Cuma ini kali pertama nak guna produk ni, so agak teruja nak tahu macam mana rupa benda alah ni, macam mana nak pakai. Boleh agak tak produk apa? Haha, well kalau dah teruja cenggini, haruslah produk kecantikan. Tak gittew?


Tadaaaa! Product from Realash. For those yang tak tahu, Realash ni merupakan brand kosmetik yang berasal dari France dan dah berjaya menempa nama dia 35 buah negara di seluruh dunia. Realash Cosmetics menghasilkan formula berkesan bagi mempercepatkan pertumbuhan bulu mata dengan cantik dan sihat. So far terdapat dua produk yang dikeluarkan dibawah jenama Realash iaitu Realash Eyelash Enhamcer dan Realash Brow Conditioner. 


Bagi yang dah dilahirkan semulajadi bulu mata dah cantik lentik dan panjang, kening pun cantik terletak, maka syukurlah korang takyah pepenat nak struggle make up bagai. Tapi as for me yang sah-sah pure malay dan muka biasa-biasa sahaja, makanya haruslah berusaha lebih untuk tampil cantik. Barulah suami sayang, tak gittew? Eh lupa pulak, belum ada suami. Kekeke.


Aku ni sejak dulu memang bukan jenis kening lebat. Dah la tak lebat, pastu kening macam tak tersusun. Kalau perhati muka sendiri pepagi time mekap, boleh perasan kot kening aku macam tinggi sebelah. Wakaka, apakah ini. Kening tinggi sebelah. Sadis betul! Penat tau nak adjust pakai brow definer supaya tak obvious. Tak sabar nak guna Realash Brow Conditioner ni, mana tahu boleh perbaiki struktur kening sendiri. 


Pasal bulu mata pun satu hal. Kadang aku tak paham, bulu mata sesetengah lelaki jauh lebih lebat dan panjang serta lentik berbanding aku yang perempuan ni. Jealous betul aku dengan anak-anak sedara aku sebab bulu mata dorang lentik dan panjang. Like seriously, aku ni ibarat takde bulu mata kalau tak pakai mascara. Bulu mata sikit sangat dan pendek gila. Pakai mascara kalau kena tekniknya, baru la nampak ada sikit bulu mata ni. Maaf, bukan niat aku nak merungut dan tak bersyukur dengan ciptaan Ilahi. Tapi sebagai manusia ni, kita haruslah sentiasa berusaha untuk tampil lebih yakin dengan diri sendiri. Gittew. 


So far baru around seminggu aku guna Realash ni. InshaAllah nanti bila dah genap sebulan aku guna benda alah ni, aku akan share lagi pengalaman aku setelah amalkan penggunaan Realash ni. Aku tahu ramai yang kat luar sana tu yang mengalami masalah macam aku pasal bulu mata dan kening ni. Stay tuned gaiss! Kalau rasa tak sabar nak tunggu aku share pengalaman aku lagi sebulan, korang rajinkanlah diri usha website Realash ni dulu. 

REALASH COSMETICS


1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.