Outlet pertama Street Churros dibuka di IOI City Mall, Putrajaya. - emilinda

Monday, August 8, 2016

Outlet pertama Street Churros dibuka di IOI City Mall, Putrajaya.


Sekitar tahun lepas rasanya Churros mula femes kat Malaysia ni. Pakat duk upload gambar churros kat Instagram, Facebook, etc. Dan aku ingat lagi betapa gigih kakak aku google resepi Churros, dan cuba buat sendiri kat rumah. Bila dah siap, dia cakap "Laaa, rasa dia macam kuih cakoi je pun. Ntah-ntah memang benda sama kot, nama je berbeza". Churros yang kami buat macam lembik sikit, tak crunchy. Tapi aku macam tak puas hati. So tak lama lepas tu masa jalan-jalan kat mall aku ternampak ada kiosk jual Churros. Makanya aku beli, dengan harapan nak tahu rasa Churros yang sebenar. Hampeh, lebih kurang macam yang kakak aku buat jugak. 


Kat Malaysia ni biasa orang makan Churros untuk minum petang, atau sebagai kudap-kudapan bila lepak dengan member/family. Last week ada satu kedai Churros yang baru dibuka di Ground Floor IOI City Mall Putrajaya iaitu Street Churros. Ini merupakan outlet Street Churros yang pertama di Malaysia. Kiranya Street Churros ni baru nak bertapak di Malaysia. Kalau kat Korea, memang femes brand Street Churros ni. Brand Street Churros ni memang berasal dari Korea Selatan.




Terdapat tiga jenis Churros dengan variasi perasa yang berbeza dijual di Street Churros, Hidangan memang fresh la, customer order baru dorang buat. Bukan frozen punya Churros ye. Yang penting Churros kat sini crunchy di luar, lembut di dalam. Gitteww, baru aku tahu nikmatnya makan Churros yang sedap. Before ni duk try yang tak crunchy, kekeke.



Original Churros

Original Churros ni berbentuk horseshoe dan didatangkan dalam tiga perasa yang berbeza. Cinnamon, Cheese dan Chocolate. Aku bukan penggemar Cinnamon, tapi aku cukup suka yang coklat dengan cheese tu. Makan Churros ni takleh kongsi, nanti tak cukup. Wakaka tamak! Harga bagi aku cukup reasonable - RM4.90 sahaja.



Filling-Chu

Churros yang ni kat bahagian dalam dia, dia taruk filling coklat, blueberry, dan cream cheese. Aku cukup teruja tengok Churros yang ni. Nampak menarik sebab ada flavor kat dalam tu sesiap. Hahah. Filling Chu ni berharga RM7.90 setiap satu.



Ah-Chu

Gabungan Churros dan aiskrim yang dilapisi topping. terdapat tiga jenis topping untuk dipilih iaitu Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Kalau taknak topping pun boleh jugak, cakap je nak yang plain. Boleh dapatkan Ah-Chu ni dengan harga RM7.90 bagi yang plain, dan RM8.90 bagi yang ada topping. 



Yang ni Caramel Macchiato.


Komen aku? Pada awalnya aku paling tertarik pada Filling-Chu. Ah-Chu pulak aku tak berapa tertarik sangat sebab ada aiskrim, so aku assume aiskrim dia tu manis sangat. Aku kurang gemar makan aiskrim yang terlampau manis. Tapi bila aku try sendiri Ah-Chu perisa Choco Berry, jatuh cinta terus. Sedap weyh aiskrim dia, dan takde la over manis sangat. Masih boleh diterima. Next time ke sini, wajib aku beli lagi Filling-Chu dan Ah-Chu. Terbaikk!



Street Churros


2 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.