Thursday, July 28, 2016

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.



Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat dekat dewan. Especially kalau yang tinggal di rumah seperti apartment dan kawasan perumahan yang tidak mempunya halaman yang cukup luas untuk diadakan majlis-majlis sebegitu. Cliche sangatlah wedding dekat dewan ni. Hari bahagia kita, tentunya mahukan suasana yang berbeza, tak gitu? Kalau aku sendiri pun seboleh mungkin aku tak mahu perkahwinan dekat dewan sebab suasananya yang agak kurang selesa (bergantung juga kepada dewan macam mana yang kita sewa). For sure lagi selesa kalau wedding dibuat di rumah. Selesa for both tetamu dan tuan rumah. Tapi rumah sendiri sempit dan tak sesuai untuk wedding! Camne?



Don't worry. Sekarang ni nothing is impossible. Nak cari pakej wedding yang nampak eksklusif tapi dengan pakej mampu milik, tentu sekali boleh. Boleh buat wedding dekat villa dengan pakej lengkap dari A-Z serendah RM19.5 ribu, atau wedding di banglo dengan pakej RM24.5 ribu. Mudah dah sekarang, tak payah pening-pening arrange sendiri sewa tempat, cari catering, cari photographer bagai. Semua pihak diorang yang uruskan. I am talking about The Wedding Heritage. The Wedding Heritage merupakan team event management yang membantu pasangan mempelai untuk melangsungkan majlis perkahwinan mampu milik di Villa atau Banglo eksklusif dengan pakej perkahwinan lengkap.







Pihak The Wedding Heritage (TWH) menyediakan dua pilihan lokasi untuk majlis korang iaitu sebuah banglo di Damansara atau Villa di Ampang. So far ada dua lokasi ni. Untuk masa akan datang, tak mustahil pihak The Wedding Heritage akan tambah lagi lokasi lain. Untuk majlis perkahwinan, pakej yang ditawarkan memang dari A sampai Z. Tak payah nak pening-pening kepala dah.

Pakej Perkahwinan di Banglo, lokasi Damansara :

Pakej Perkahwinan di Villa Ampang :


Walaupun namanya The Wedding Heritage, tapi event yang mereka kendalikan bukan sahaja berkaitan perkahwinan. Selain majlis resepsi perkahwinan, villa dan banglo milik The Wedding Heritage ini juga sesuai dijadikan lokasi untuk majlis lain seperti sambutan hari lahir, open house, ifthar, product launching, majlis aqiqah, sidang media, majlis makan malam, reunion, dan seumpamanya. 





Antara hasil mekap oleh makeup artist yang bekerjasama dengan TWH

Menarik pulak rasanya konsep wedding yang diketengahkan oleh The Wedding Heritage ni. Yela, bosan jugak wedding asyik buat dekat dewan aje. Kalau dapat ambik pakej dari TWH ni untuk wedding aku nanti cun jugak. Chewahhh, macam dah tak lama je gayanya kan wakaka. Padahal entah bila dan entah dimana jodoh aku sekarang. Tengah bercinta dengan orang lain ke? Atau selama ni memang sedia ada depan mata tapi aku yang tak nampak-nampak. Haha entahla nak, malas pulak nak fikir. 

Untuk info dan maklumat lebih lanjut tentang pakej yang TWH tawarkan ni, boleh jenguk-jenguk Website, Facebook dan Instagram mereka.

THE WEDDING HERITAGE
Contact Number : +6017 916 1150 (Asyraf)
Instagram : @theweddingheritage

Monday, July 25, 2016

Rangkaian penjagaan wajah Dr Irma.



For those yang follow Instagram dan Facebook aku, kalau korang perasan aku ada share gambar produk skincare Dr. Irma a few times. Before ni seriously aku tak pernah dengar tentang brand ni. Baru-baru ni je aku diperkenalkan dengan produk Dr. Irma ni, Perkara pertama terlintas kat fikiran aku bila dapat produk ni ialah pasal packaging dia. Nice! Color black and gold.



Rutin penjagaan wajah dengan Dr Irma skincare ni ada tiga langkah sahaja for now. Dimulakan dengan cleanser, diikuti Serum dan seterusnya Foundation. Cara penggunaan pun semudah ABC. Jom kita go through satu eprsatu dulu rangkaian produk Dr Irma ni.

RADIANT WHITE CLEANSER - RM 65 / 100ml


Teksture pencuci muka yang sangat lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Selain membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit, cleanser ni turut bagus untuk mengawal sebum, mengecilkan liang pori, memberi lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi, memutihkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Ianya juga meransang pembentukan sel-sel kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal.


RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM - RM 89


Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, megurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi kulit, menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari.

DR. IRMA menggabungkan pati bunga dan tumbuhan dari alps, himalaya dan mediterranian yang mempunyai kuasa antioksidan yang poten, menggalakkan pembentukan kolagen, mempercepatkan penggantian sel kulit mati dan merawat serta mencantikkan kulit. Di tambah dengan gabungan “essential oil” yang unik untuk perawatan kulit maksima.

Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga yang eksotik dan boleh digunakan sebagai serum siang dan malam. Bila diguna bersama WHITENING BB SERUM FOUNDATION, anda akan lihat hasil yang menakjubkan.

Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan diisi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pip dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.


WHITENING BB SERUM FOUNDATION - RM 98

Serum + bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna kulit. Serum ni mudah di sapu dan cepat meresap ke dalam kulit. Boleh tahan around 12 jam pada wajah, tak payah nak touch-touch lagi dah. WHITENING BB SERUM FOUNDATION ni kita guna lepas cuci muka dan lepas pakai serum. Boleh di sapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu dan ratakan menggunakan jari. Ataupun untuk sapuan lebih rata, boleh gunakan buffing brush untuk meratakannya.


Ianya mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari, ia merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24jam dengan megeluarkan whitehead dan blackhead secara aktif. Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit. Prorduk ini juga mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat. Untuk kulit kering, ia akan memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci.



DR IRMA SKINCARE
Contact no : 0189867511

Sunday, July 24, 2016

#AltheaTurns1 Instagram Contest bersempena ulang tahun pertama Althea.


Althea sememangnya tak asing lagi buat penggemar kosmetik dan barangan penjagaan diri dari Korea. Aku sendiri semenjak dua menjak ni memang menggilai produk kecantikan dari Korea. Bila dah terjebak ni memang susah nak stop. Dah terjebak shopping barang kosmetik Korea, tak cukup dengan tu siap pengaruh rakan-rakan ofis untuk beli jugak. Ahahah. That is so me. Ini bukanlah kali pertama aku shopping dari Althea. Tapi shopping kali ni paling banyak.




Displaying 0716_BdayPromo_Specialshopper_MY.jpg
Displaying 0716_BdayPromo_Specialshopper_MY.jpg
For those yang tak tahu, Althea ni merupakan website yang menjual barangan kosmetik dan penjagaan diri dari Korea. Macam-macam brand ada dijual. Yes, aku tahu korang boleh kirim dekat personal shopper yang dekat Korea, atau korang boleh dapatkan dekat outlet-outlet brand tersebut di Malaysia. Tetapi, aku lagi prefer beli dari Althea. Why? First, sebab mudah. Most of famous Korean brand memang ada dijual di Althea. Second, sebab harga yang Althea tawarkan memang kebiasaannya lagi murah dari harga pasaran di Malaysia ni. Apa tidaknya, Althea ni tak habis-habis kasi discount dan buat sale! Boleh dikatakan memang lebih murah la. Ketiga, servis sangat cepat. Produk-produk ni memang diterbangkan dari Korea. Dekat parcel siap ada address pengirim lagi, memang address Korea. Tapi, walaupun diterbangkan dari Korea, servis dia memang sangat cepat. Dalam tempoh seminggu lepas order, bungkusan dah sampai depan mata. Courier man yang hantar bungkusan Althea dekat aku memang suka datang hantar pepagi hari. Ssampai je ofis, tak sempat nak buat kerja lagi dah ada call cakap dia dah ada depan pintu ofis. Bagus betul. Yang penting, produknya memang dijamin original.



For your information, dah genap setahun Althea bertapak dihati penggemar barangan kosmetik sekalian. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun macam-macam dah progress Althea ni yang dapat kita lihat. Tahniah kepada team Althea yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk kami para pelanggan, dan happy first birthday to Althea kesayangan semua gadis ni.




Bersempena sambutan ulang tahun Althea yang pertama ni, ada beberapa tawaran best untuk korang semua.

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016

  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit. Untuk pembelian bermula 20/7 ke atas. Sementara stok masih ada.
  • Free Goodies for first 1,500 shoppers. Full size beauty products, while stocks last.
  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE! Rebate ni akan dikreditkan ke akaun Althea korang.
  • #AltheaTurns1 Instagram Contest. Setiap pembelian bermula 20/7 ke atas akan dapat DIY Party Kit. So korang boleh gunakan party kit tu dan snap gambar wish birthday kat Althea guna hashtag #altheaturns1. Hadiah-hadiah menarik menanti seperti Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits dan beauty hampers dari Althea! Contest ni berlangsung pada 20 July - 15 Ogos 2016.

Kalau nak taruk semua gambar items yang aku dah beli dari Althea ni memang banyak. Jadi tamak tiap kali bukak website Althea, kekeke. Semua rasa nak beli. Layan jela gambar a few items yang aku sempat snap gambar. Tak larat iols nak snap satu persatu semua sekali.



Yang ni a must have item tau. Beli kat Althea jimat. Kalau beli kat outlet Nature Republic, mahai.

Aku beli ni sebab ada ilustrasi Descendant of The Sun (DOTS) lol.

In love gila dengan rangkaian It's My ni.

Eye patch

Happy birthday Althea!

Eh lupa nak bagitahu cara nak beli dekat Althea. Hahah. Korang boleh register akaun Althea kat SINI. Untuk new registration, korang akan dapat RM30 welcome gift. So kira nanti korang nak beli pape, dah jimat RM30. Korang boleh dapat extra RM5 discount kalau korang guna referral link aku. So akan jadi total RM35 discount.

coupon code : BEARYBLOSSOM


Friday, July 1, 2016

Bilut Extreme Park & Valley Agro Park


Aku ni nampak aje keding dan lembik, tapi sebenarnya aku sangat suka mencuba aktiviti-aktiviti lasak. Outdoor activity memang antara perkara yang aku suka buat. Rela tau muka jadi gelap berpanas as long as rasa seronok join aktiviti macam tu. Previously aku berkesempatan join rakan blogger yang lain untuk one day trip ke Bentong, Pahang. Katanya nak beraktiviti lasak. Tak fikir panjang, terus setuju nak join.

Muka excited, pagi-pagi lagi dah sampai kat tempat berkumpul.

Kami ke sana dari KL dengan menaiki bas yang disediakan. Katanya ada beberapa lokasi akan kami kunjungi untuk trip pada hari tersebut. Sepanjang dalam bas aku tidur je, recharge gitu. Lokasi pertama kami pada hari tersebut adalah Bilut Extreme Park yang dulunya dikenali sebagai bilut Adventure Park.

BILUT EXTREME PARK

Di Bilut Extreme Park ni, kami berpeluang merasai sendiri 2 pengalaman berbeza iaitu sukan memanah dan ATV. Fyi, this is my first time for both ATV and sport archery. Excited tu takyah cerita la, hahah. Lokasi Blut Extreme Park yang terletak dalam kawasan hutan, so suasana memang rasa fresh aje. 





Bagi yang tidak mempunyai pengalaman dalam sukan memanah ini, tak perlu risau. Dorang akan tunjuk dan ajar cara-cara nak memanah dengan betul. Harga untuk bermain sukan memanah ini adalah serendah RM10 untuk 12 anak panah. Mula-mula memang agak kekok, tapi lama-lama baru boleh faham cara yang betul so that anak panah tu tak tersasar. Tapi sejujurnya aku memanah memang banyak tersasar. Mana tidaknya, tangan tu tak statik. Asyik bergerak-gerak dah macam parkinson dah. Almaklum la, aku tak larat nak angkat busur memanah tu, agak berat untuk yang berbadan kecik macam aku ni. Boleh tahan sakitnya lengan buat main benda alah ni. Ahahaha.


Nampak sangat tak reti main, posture badan pun tak betul. Hahah







Selesai dengan sukan memanah, kami dibawa  pula untuk naik ATV. Like seriously aku agak cuak. Mana tidaknya, aku teringat pulak yang masa main go kart dengan ofismet haritu, sampai rosak kereta tu disebabkan aku. Naik ATV ni dah la laluan dia memang penuh onak duri gayanya. Haha. Berbukit-bukit kot. Kalau jatuh tergolek kang sia-sia je. Lol. 





Pada awalnya aku duk agak ke belakang. Tapi aku asyik terbabas langgar tayar penghadang kat tepi-tepi laluan aje, so instructor tu suruh aku duk depan sekali senang dia nak pantau. Lol, lawak la kau ni Emi. Main apa-apa pun asyik langgar je tahu. Mula-mula dia bawak kitorang guna laluan yanga da pokok kelapa sawit tu. Laluan yang agak basic, tapi awal-awal aku dah terbabas. Kahkah. Bila rasa dah okay sket, dia bawak kitorang ke laluan lain yang lebih jauh dan berbukit-bukit.









Memang best walaupun takut-takut. Hahah. Puashati buat aktiviti outdoor macam ni. Oh ye, harga yang dikenakan untuk bermain ATV ni ada beberapa pakej. Pakejnya serendah RM70 (30 minit) sahaja. Penat tau nak control handle tu. Sakit lengan rasanya. Hahah.


Dah setel main ATV, maka kitorang dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Valley Agro Park.


VALLEY AGRO PARK

Di Valley Agro Park, kami di bawa berkunjung ke tempat penternakan lebah kelulut. Lebah-lebah itu diternak secara semulajadi, bermaksud sumber khasiat dan makanan lebah-lebah itu adalah daripada alam sekitar dan pokok-pokok di sekelilingnya. Aku baru tahu bahawasanya lebah kelulut /stingless bee sebenarnya tak sengat orang pun. Lol noob sangat rasa. Kami juga berpeluang melihat sendiri proses penghasilan madu lebah dengan lebih dekat. Ini pun pengalaman pertama jugak bagi aku.


Madu yang dihasilakan oleh stingless bee lebih mahal berbanding madu dari lebah biasa. 


Antara madu yang telah dibotolkan untuk dijual.


Kami juga dihidangkan dengan air madu lemon dan juga aiskrim madu. First time makan aiskrim perisa madu. Not bad. Boleh dikomersialkan aiskrim macam ni.


Pengalaman yang dapat dirasai pada hari itu sememangnya sangat berharga. Bukan selalu dapat peluang sebegitu. Setelah semua tempat dilawati, kami bertolak pulang ke KL. Masing-masing lena kepenatan dalam bas. Hahah.


Address : PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.
Contact : +6019-228 9152 
( 11:30am - 09:30pm )