Sunday, June 19, 2016

NY Steak Shack - The Gastronomic Adventure


Anyone pernah makan dekat NY Steak Shack? As for me, this is my first time cuba menu dekat NY Steak Shack. Before ni memang tak pernah try. Tak tahu pun kat mana ada restoran NY Steak Shack ni. So bila kak Eyza ajak haritu, aku yang sememangnya penggemar steak ni laju je setuju. Suka tau nak try makan dekat restoran-restoran yang kita tak pernah try. NY Steak Shack yang kami pergi tu bertempat di Sunway Pyramid. You know right, dekat Sunway Pyramid tu ada macam-macam tempat makan. So honestly selama ni duk pergi Sunway Pyramid memang tak pernah perasan wujudnya NY Steak Shack ni. Padahal dah bermata empat, hahah. 



Before pergi tu aku ada google la sesiket pasal NY Steak Shack ni, nak tahu jugak apa menu yang dorang serve selain steak. Rupa-rupanya NY Steak Shack ni memang femes dengan  menu seperti steak dan burgers. Kiranya memang fully western punya menu la. Harga pun affordable. Selalu kalau dengar steak je mesti orang fikir mahal. Tapi menu dekat NY Steak Shack ni bagi aku masih lagi affordable. 

Left one is Chocolate Banana Milk Shakes - RM 10.49 , kak Eyza punya. The one at the right is mine, Black Forest Banana Milk Shakes - RM10.49 

Sampai aje terus order minuman. Yela, penat tau cari parking, sampai dahaga. Hahah. Then staff situ explain kat kami pasal menu yang dorang serve. Kira dia recommend menu mana yang best. Katanya  bersempena musim perayaan ni, NY Steak Shack ada menyediakan rangkaian menu baru yang digelar The Gastronomic Adventure. Bermula 6 May 2016 sehingga 31 July 2016, ada menu baru yang lebih unik dan lain dari yang lain. Of course nak kena try kan alang-alang ada menu baru!


Di NY Steak Shack, mereka percaya bahawa hidangan terbaik adalah hidangan yang dikongsi.  Dengan hanya RM59.90 (RM63.50 termasuk GST), menu terbaru Sizzling Sharing Platters sememangnya sangat berbaloi! Bagi penggemar daging macam aku, wajib try Meaty Affairs - platter yang merupakan gabungan giant homemade meatballs (300gms), kaki kambing grill (200gms) dan chicken wings.

Treasures In a Bag / Sizzling Sharing Platters || RM 63.50

Meaty Affairs || RM 63.50

Nak lebih kick lagi, cuba D'Perfect Match! 200gms spicy lamb, 200gms spicy rib eye steak dihidangkan diatas pumpkin mushroom rice. Memang perfect combination la!

D'Perfect Match || RM 63.50
Kalau rasa nak something yang macam light sikit, tak berat sangat, korang boleh try set Starter. Dari kambing pedas yang dimarinate untuk hidangan Mary's Adventure, sehinggalah hidangan yang kaya dengan rasa seperti D'Bomb. Confirm korang suka!

D'Bomb || RM 10.50

Seriously aku terpaling suka giant meatball ni. Lembut dan sedap!

Just Wings || RM 11.55

Chicken wings ni sedap sangat-sangat.

Hidangan terbaru untuk 1 orang pun ada jugak. Spicy Salsa Lamb Burger, RM23.90 (RM25.33 termasuk GST) memang fresh dan dihidangkan bersama homemade salsa sauce yang menggabungkan rasa manis, pedas dan masam. Terdapat juga Spicy Salsa Pasta, RM18.90 (dengan GST RM20.03) yang di hidang bersama spicy salsa sauce dan topping dengan grilled Southwest Chicken slices. 

Spicy Salsa Lamb Burger || RM 25.33




Daging burger ni lembut tau.

D'Chiller || RM 6.25

Bukan makanan aje yang ada menu baru, milk shakes pun ada flavour terbaru. D'Chiller, milkshake yang menggabungkan rasa lemon dengan rasa mint yang boleh membangkitkan rasa segar pada tastebud  korang! D'Chiller ni dijual dengan harga pengenalan Rm5.90 (RM6.25 termasuk GST).


Sepanjang promosi The Gastronomic Adventure ni, korang juga layak mendapat 1 x Frizzies (bottomless) dan 1 x Mushroom soup dengan hanya RM5.30 (normally RM12.50) dengan setiap pembelian mana-mana menu utama.

Untuk lebih detail dan untuk dapatkan info tentang promosi-promosi terkini NY Steak Shack, boleh ke website NY Steak Shack : www.nysteakshack.com , Facebook : https://www.facebook.com/nysteakshackmy/ atau boleh call direct 03-7957 1118.


Okay, itu sahaja yang nak dibebelkan kali ni.

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.