Saturday, June 11, 2016

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Baitul Rahmah


Bersempena bulan mulia Ramadhan, pihak Vivatel Kuala Lumpur telah bermurah hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Baitul Rahmah. Majlis yang diadakan pada 7 June 2016 itu bertempat di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur. Seramai 30 orang anak-anak Rumah Baitul Rahmah, Rawang Selangor telah dibawa untuk sama-sama berbuka puasa di Vivatel Kuala Lumpur.




Seawal jam 6.30 petang, anak-anak Rumah Baitul Rahmah tiba di Vivatel bersama beberapa orang penjaga mereka. Sebaik sahaja sampai, anak-anak tersebut disambut dan diiring oleh pihak pengurusan hotel ke meja-meja yang telah disediakan di Retro Cafe. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat diikuti ucapan dari General Manager hotel, En. Nasir Ismail dan penjaga Rumah baitul Rahmah, Pn. Dayang Sapiah. Selepas berbuka puasa, anak-anak Rumah Baitul Rahmah ada buat performance nasyid. Comel je dorang ni. Anak-anak Rumah Baitul Rahmah yang dibawa pada haritu berumur sekitar 5-8 tahun.


Menurut En. Nasir Ismail, majlis iftar Ramadhan itu merupakan salah satu inisiatif pihak Vivatel Hotel untuk meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik terutamanya menjelang musim perayaan ini. Ini merupakan salah satu cara kita untuk menunjukkan bahawa mereka tidak sendirian, masih ada pihak yang prihatin terhadap mereka.



Untuk menjadikan majlis tersebut lebih bermakna untuk anak-anak Rumah Baitul Rahmah, pihak Vivatel telah menyumbangkan satu goodies bag dan duit raya untuk anak-anak Rumah Baitul Rahmah.



For your information, Majlis Berbuka Puasa seperti ini merupakan acara tahunan yang diadakan di Vivatel untuk meraikan golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Rumah Baitul Rahmah didaftarkan dibawah Pertubuhan Baitul Rahmah yang terletak di No.9, Jalan Desa 7/1, Bandar Country Homes, Rawang. Rumah Baitul Rahmah telah diasaskan pada February 2010. Rumah yang menempatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, penghuni rumah ini merupakan anak-anak yatim, anak-anak dari keluarga susah, ibu tunggal dan OKU.


Mana-mana pihak yang berminat untuk menyumbang kepada Rumah Baitul Rahmah untuk persiapan musim perayaan ini, boleh berhubung terus dengan penjaga rumah ini Pn. Dayang Sapiah di +6019 674 5706 / Pn. Habidah Abdullah +6017 308 5667. Rumah Baitul Rahmah juga memerlukan sumbangan untuk dana pendidikan anak-anak tersebut melalui sumbangan berbentuk kewangan, pengangkutan, pakaian sekolah, buku, alat tulis dan beg sekolah.


Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan terus kepada :

PERTUBUHAN BAITUL RAHMAH (PPM-086-25022014)
No 9, Jalan Desa 7/1,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor


Account Number :
Maybank Rahmah Resources (5629 9100 7549)
Maybank Habidah Abdullah (1620 1298 5520)

Pengetua : Pn Habidah Abdullah (017-3085667)
Penjaga : Dayang Sapiah Bt. Abg Azahar (019-6745706)


P/s : Untuk menu-menu yang terdapat di buffet Ramadhan Vivatel Hotel ni, akan aku ceritakan pada entry yang berbeza nanti.

1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.