Bagi penggemar hidangan buffet Ramadhan, nama Bangi Golf Resort (BGR) memamg tidak asing lagi. Dalam kalangan rakan-rakan aku sendiri, menjadi satu kemestian bagi mereka untuk berkunjung ke Bangi Golf Resort saban tahun. Aku dah lama teringin nak try sebab terpengaruh tengok kawan-kawan makan buffet kat sini time bulan Ramadhan. Yang uniknya buffet Bangi Golf Resort ni berbanding buffet lain ialah ada menunya yang korang tak jumpa kat tempat lain. Haaaa, yang tu later aku cerita. Ramadhan kali ini, Bangi Golf Resort kembali dengan buffet Ramadhan yang bermula pada 9 June 2016 sehingga 4 July 2016. Buffet BGR ni menyediakan bukan sahaja masakan Melayu, tetapi juga Western and Oriental cuisine.
Harga pakej buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak. Don't worry, Bangi Golf Resort restaurant ni ada certificate halal dari JAKIM. Okay, jom cuci mata tengok antara menu yang disediakan di buffet Ramadhan Bangi Golf Resort.
Siput sedut. Omnomnom sukaaa
Cendol gelato ni serious sedap
Ada Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce dan jeli-jeli tu.
Sate daging dan sate ayam
Fried chicken
Ada roti jala jugak
Ini la Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, BGR signature dishes yang korang tak jumpa kat tempat lain. Sedap, no wonder ramai sukaa
As a Kelantanese, i am so happy to see this!
Tiramisu. All time favourite
Of course they have grilled lamb too.
Taktahu la sejak bila aku suka makan kambing ni. Ahahaha.
Gambar yang aku tunjuk ni sikit sahaja, belum keseluruhan. Kalau nak tahu menu apa lagi yang ada, silalah booking seat dan rasai sendiri. Confirm puas hati! Sambil-sambil menjamu selera, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik yang bermula dari jam 6.30 pm sehingga 9.30 pm setiap hari. Oh pasal parking kat Bangi Golf Resort ni, don't worry. Parking memang melambak aje disediakan. So takyah risau pasal nak cari parking lot. Bilik untuk solat pun ada disediakan. Suasana kat Bangi Golf Resort ni memang selesa sangat.
For those yang ada anak kecik, ada disediakan baby chair kat sana. Semalam aku pergi lagi sekali dengan kakak-kakak aku. Saja la belanja dorang sempena birthday dorang bulan ni. Masa booking, bagitahu sesiap kitorang nak 2 baby chair untuk anak sedara. Katanya, kalau nak baby chair seeloknya datang awal sikit. Semalam kitorang takde la datang awal sangat. Sampai awal, tapi sebab terlalu awal so kitorang pergi pusing-pusing beli barang dekat Bangi dulu. Then lepastu baru ke BGR semula. Masa tu kitorang dah bawak stroller sesiap, in case tak sempat nak grab baby chair nanti boleh letak Qaira dalam stroller je. As for Qaseh, masih boleh pujuk-pujuk la kot sebab dah besar. Surprisingly bila kitorang sampai tu, baby chair melambak lagi. Legaaa. Dorang memang sediakan banyak baby chair, Bagus betul.
Oh, lagi satu..kalau ada toddlers yang masih tak boleh nak disuap macam-macam, kat situ ada bubur nasi. Rasa dia macam bubur ayam mekdi, cuma lebih plain dan takde ayam ketul-ketul tu. My sis suap bubur tu je dekat Qaira sebab bila nampak orang lain busy makan, dia pun kalut duk kuis-kuis nak makan jugak padahal belum ada gigi. Siap bertambah si Qaira makan bubur nasi tu. Curious jugak, sedap sangat ke sampai bertambah? Aku rasa sikit, oh not bad la. Takde la terlalu plain. Ada rasa ayam jugak. No wonder si Qaira ni suka.
Next year confirm aku repeat lagi makan buffet kat sini. Memang puashati dan rasa berbaloi dengan harga yang affordable tu.
Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar, 43650 ,
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
GPS Coordinate: 2.9576N, 101.76518E
Waze : Bangi Golf Resort
Untuk Tempahan & Pertanyaan: 03-89253728 / 03-82100265
Website: http://www.bgrrest.com
Instagram : @bangigolfresort
Setiap kali makan makanan kat BGR ni memang tak pernah tak memuaskan hati.. hebatlah chefnya.. sedap semuanyaaa... Tahun lepas berbuka kat sini, terbaiklah
ReplyDeletemak aih dessert dia 0,0
ReplyDelete