Berbuka puasa di Hotel Bangi-Putrajaya Hotel. - emilinda

Tuesday, June 28, 2016

Berbuka puasa di Hotel Bangi-Putrajaya Hotel.


Ramadhan tahun ni aku tak banyak sangat join buffet Ramadhan. Hanya beberapa lokasi sahaja. Ramadhan tahun ni aku banyak stay kat rumah je, tak larat nak ke sana sini sangat. Salah satu port buffet Ramadhan yang aku cuba untuk tahun ni adalah buffet Ramadhan di Cafe Lavista, Hotel Bangi-Putrajaya. Tema buffet Ramadhan di Cafe Lavista pada tahun ini adalah "Citarasa Ramadhan". Ini merupakan kali pertama aku berbuka di Hotel Bangi-Putrajaya yang dulu lebih dikenali dengan nama Hotel Equatorial. Kedudukan Hotel Bangi-Putrajaya ini adalah berdekatan dengan Bangi Golf Resort. Memang dekat sangat-sangatlah. I didn't expect that sebab first time ke sana. Kalau Bangi Golf Resort tu dah a few times ke sana. Berbuka di Hotel Bangi-Putrajaya bersama kawan yang memang tinggal kat Bangi, so tak risau sangat la nak ke sana. Kejap aje dah sampai. 

Aku suka suasana dan susun atur meja di Cafe Lavista ni. Tak crowded, memang sangat selesa. Pilihan makanan not bad, ada macam-macam. Tak termakan semuanya, hehe. Surau ada disediakan dekat level yang sama, so no hal la nak solat. Takyah pergi jejauh. Papehal pun, jom cuci mata tengok menu yang sempat aku snap haritu. Tak snap semua menu pun, sebab bila dah start makan tu terus campak camera ke tepi. Kekeke.


Excited weyh tengok ada dim sum. Ini menu pertama yang aku ambik sebab dah berbulan craving for dim sum. Akhirnya jumpa kat sini. 







As usual, sudut dessert memang antara tempat yang menarik perhatian. Ada banyak lagi desserts, tapi ini je yang sempat snap.




Sedap sangat udang ni haa.









Roti John

Ubi kayu pun adaa









Grilled lamb



Overall, aku puas hati dengan service buffet Ramadhan kat sini. Rasa selesa sepanjang makan kat sana. Suasana tu paling aku suka, tenang aje dan tak crowded macam kebanyakan port buffet Ramadhan yang lain. Staff kat situ pun semua sangat peramah. Sikap staff-staff dia memang aku puji sangat. Nak berbuka dalam suasana yang selesa memang recommended sangat kat sini. Mungkin tahun depan boleh consider untuk berbuka kat sini lagi, inshaAllah.

Harga: RM 100 nett (dewasa) / RM 50 nett (kanak-kanak)

Untuk tempahan boleh hubungi: Tel: 03-82102222 
Email: fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com



No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.