Bila bekerja jauh dari kampung halaman, memang kena pandai-pandai atur cuti la. Cuti panjang tak boleh nak pergi bercuti ke sana sini dengan kawan, dah sah-sah pulang ke kampung halaman. Kadang ada cuti pendek pun kena manfaatkan untuk pulang ke kampung, jumpa emak ayah tersayang. Entry kali ini merupakan sambungan kepada entry lepas, tentang pengisian sewaktu balik ke Kelantan around last two weeks. Walaupun sekejap sahaja, jadilah untuk ubat rasa rindu pada kampung halaman dan keluarga. Kalau sahaja Kelantan dan Kuala Lumpur ni letaknya bersebelahan sahaja, mahunya setiap hujung minggu aku jenguk emak ayah. Kebetulan weekend tu AEON Kota Bharu baru sahaja dibuka. Aku sendiri berkesempatan ke sana untuk meninjau suasana. Ewahhh, gitu. Hahah mengaku aje la padahal pergi cari butik Padini sebab Padini tengah sale time tu. Kekeke.
Fikir banyak kali jugak nak ke area Kota Bharu time cuti macam tu, sebab sebagai anak kelahiran negeri Kelantan kami memang dah tahu sangat dah jalan raya confirm sesak teruk kat Kota Bharu kalau ada cuti. Almaklum anak-anak Kelantan di perantauan semua berpusu-pusu balik. Aku perasan orang Kelantan memang macam tu, ada cuti extra sehari yang bersambung dengan hari minggu pun semua berebut balik. Aku sendiri pun macam tu. Jalan penuh sesak. Meriah kejap Kelantan tiap kali ada cuti panjang.
For your information, AEON Kota Bharu merupakan AEON pertama yang dibuka di Kelantan. Kalau ditanya pada aku tentang pembangunan di Kelantan, maaf aku kurang tahu. Aku ni nama aje anak jati Kelantan, tapi kalau balik Kelantan memang terperuk kat rumah je tak keluar jalan-jalan sangat. So aku kurang tahu.
Apa yang menariknya AEON Kota Bharu ni? Okay, teruskan pembacaan. Seperti kebanyakan premis perniagaan lain di negeri Kelantan, AEON Kota Bharu akan ditutup seketika pada tengahari setiap hari Jumaat untuk memberi laluan kepada penganut agama Islam menunaikan solat fardhu Jumaat. Papan tanda AEON juga ditulis dalam dua jenis tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi. Dekorasi pada dinding dalam AEON Kota Bharu juga menampilkan corak-corak yang agak unik dan berbeza berbanding AEON lain yang pernah aku lawati. Yela, mungkin itu design untuk mana-mana branch terbaru AEON. Food court pun lawa sangat design dan layout. Maaf tak tangkap gambar sangat sebab agak rimas terlalu ramai orang. Penuh sesak dengan orang ramai memandangkan AEON itu baru sahaja dibuka dan terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan.
Qaseh pantang nampak tempat comel, laju je suruh snap gambar |
Aku ke sana sekejap sahaja, tak larat nak berjalan bila dah ramai orang. Sempat la sambar Padini 2 helai, lepas tu balik. Tak kuasa nak berlama-lama bila dah ramai orang macam tu. Tambahan pulak bila bawak kanak-kanak, memang agak leceh. Takut hilang. Hahah.
Perghhh cantik Aeonnyaa... Makin best lah kat Kelantan... Macam2 dah ada kat sana
ReplyDeleteDh macam cendawan lepas hujan aeon ni bangun satu2 kt Malaysia huhu
ReplyDelete