Sejak kecil aku sememangnya tak boleh dekat dengan kucing. Bukan allergic, tapi sedikit rasa takut dan geli terhadap makhluk Tuhan yang satu ini. Pandang dari jauh boleh tapi andai kucing tu datang dekat, sah-sah aku yang lari dulu. Geli dengan bulu dia, dan takut kalau kucing tu terkam dan cakar aku. Sesetengah kucing kan memang aggressive sikit. Kalau kat kedai makan, mahunya aku angkat kaki dan duduk bersila bila ada kucing yang bermain di bawah meja. Sejujurnya bukan kucing sahaja, tetapi aku juga seorang yang penggeli terhadap binatang yang berbulu. Tak boleh nak pegang, geli sangat. Bulu bear takpe, yang tu tak geli sebab tahu bear tu tak hidup. Kat rumah aku sememangnya takde bela kucing. Dulu masa kecik-kecik pernah la adik aku bela kucing kejap. Tapi sekejap je, lepas tu tak bela dah. Anak-anak saudara aku pun mostly sama penakut macam aku kecuali Aina. Yang lain semua takut kucing. Simptom fobia/takut pada kucing ni dipanggil Ailurophobia. Ailurophobia ni apabila seseorang mengalami rasa takut dan fobia terhadap kucing secara berterusan. Comel untuk dipandang, tetapi bukan untuk dipegang dan dibelai-belai.
Kucing kaki pendek, comel sangat bila dia jalan. |
Bulan lepas kawan aku Yana ajak ke JOHANANDHISCATS studio. Dah kerap sangat aku tengok orang duk share gambar kucing-kucing dekat Johan and his cats studio ni. Tapi memandangkan aku ni sejenis manusia yang takut akan kucing makanya aku tak ambik port sangat pasal ni. Since Yana dah ajak, so aku ikut aje la. Mana la tahu boleh mula berjinak-jinak dengan kucing dan usaha untuk hilangkan rasa takut terhadap kucing, kan? Yana book slot jam 9 pagi, untuk 2 orang. Memandangkan Shah Alam tu agak jauh, so kami sampai agak lambat. Sempat masuk setengah jam sahaja. Takpe la, better dari tak sempat langsung. Bayaran untuk masuk ke Johan and His Cats studio tu hanya RM10/pax. Bayar RM10 untuk satu session selama 50 minit. So boleh main dengan kucing-kucing tu selama 50 minit. Cara nak book slot? Boleh booking secara online di website. Setiap hari hanya ada 10 sesi sahaja. Untuk bayi dibawah 1 tahun, masuk adalah percuma.
Yang ni aku suka, Cara dia pandang tu nampak seksi. Ahaha. Aku sorang aje ke rasa macam tu? Muka kucing ni muka kesian sebenarnya. |
Aku pandang je kucing-kucing ni. Ada la jugak beranikan diri belai sesiket. Yang bagusnya kucing-kucing kat sini jinak. Tak aggressive. Dia tak melompat-lompat ikut suka hati. Kiranya kalau aku cuba belai dia, dia duk diam je. Berani la sikit aku nak sentuh. Tapi nak angkat masih tak berani. Ada satu kucing ni dia duduk dekat shelter bahagian atas (yang macam para), tak mahu turun. Dia pandang aje sekeliling, duk perhati. Tapi sombong taknak turun. Mentang-mentang dia antara yang paling comel! Hahah
Anak sape ntah ni, ralit betul dia duk main dengan kucing. |
Kucing ni pemalas betol. Dari aku mula-mula masuk sampai la aku balik, statik kat situ je dia. yang ni sombong jugak. Dah la saiz dia besar sangat. |
Zoom sikit muka kucing yang acah-acah sombong ni. |
Kantoi duk mengorat ye? |
Aku suka kucing yang corak macam ni. |
Rasanya dia memang grooming kucing-kucing ni dengan sangat teliti. Kucing-kucing ni nampak sangat sihat dan bersih. Bulu-bulu dia pun takde la berterbangan dan tak melekat kat baju kita sangat. Lepas tamat slot kami, maka kami terus pergi cari kedai untuk makan. Lapar. Mana tidaknya, tak sempat nak breakfast sebab rusghing sangat takut tak sempat.
Orang tengah tunggu turn. |
JOHANANDHISCATS STUDIO
No.16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor, MY
JOHANANDHISCATS beroperasi seperti ketetapan berikut:
SABTU – KHAMIS:
Sesi Pagi: 9.00 pagi – 12.00 petang
Rehat: 1.00 petang – 5.00 petang
Sesi Petang: 6.00 petang – 09.00 malam
JUMAAT: CUTI
P/s : Terfikir nak bawak anak-anak saudara ke sini, tapi dorang pun takut kucing jugak. Hahah. Mungkin boleh bawak Aina sorang je. Aina tersangat sukakan kucing.