Comelnya face mask Mediheal! - emilinda

Saturday, April 16, 2016

Comelnya face mask Mediheal!



Jadi perempuan ni, nak tak nak kena kena jugak bagi perhatian soal penjagaan diri. Kena jaga penampilan. Kalau tak nak mekap-mekap sekalipun, at least kena la ambik tahu soal penjagaan kulit so that kulit wajah sentiasa sihat dan tak bermasalah. Dulu bila tengok orang lain cantik, melawa, aku memang rasa insecure betul. Nak jadi cantik macam dorang jugak. Then aku mula berjinak-jinak belajar calit mekap sesiket. Tapi lama-kelamaan aku sedar tentang sesuatu. Tak guna nak calit lipstik, blusher bagai kalau condition  kulit wajah kita tu kita tak jaga. Maksud aku, tahap kesihatan kulit kita tu yang penting. Kalau kulit kita sihat dan bebas dari sebarang masalah, tak mekap sekalipun tetap nampak sedap dipandang. Inikan pula kalau mekap, tak gitu? Sejak tu la aku dah mula menitikberatkan soal penjagaan kesihatan kulit wajah. Cuba seboleh mungkin untuk pastikan kulit tu bebas masalah, dan pastikan guna produk yang tidak merosakkan kulit. Kalau rasa kulit ada masalah, cuba untuk cari solution kasi muka tu bersih semula. Selain pemilihan set skincare yang betul, aku juga amalkan penggunaan pelembap wajah dan face mask. Untuk entry kali ni aku nak highlight tentang face mask.

Seperti yang korang sedia maklum, face mask ni ada banyak jenis. Ada yang jenis helaian tampal kat muka dan tunggu sampai dia meresap ke muka. Ada yang jenis gel/liquid yang kena basuh/bilas lepas dah kering. Ada jugak yang jenis peel off. Semuanya ada pro and cons la. Aku paling suka pakai yang jenis helaian dan peel off. Kalau yang nak kena wash off tu aku rasa agak leceh sket sebab rasa melekit. Yang peel off tu aku suka time nak kupas buang dari muka (childish much, is it? haha), tapi aku perasan mostly peel off mask tu buat muka rasa kering. So far paling aku suka guna yang jenis helaian tu la, senang satu paket untuk sekali guna. Dan kebiasaannya ia bagi effect muka rasa lembap dan sejuk.


Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan face mask sheet Mediheal. Kenapa nama dia Mediheal? Haaaa, Mediheal = medical healing. Paling sukaaaa sangat dengan packaging face mask Mediheal ni. Comel sangat, sampai rasa sayang nak guna. Rangkaian face mask Mediheal ni ada banyak jenis, tapi setakat ni aku belum try semua sekali lagi. By the way, Mediheal face mask ni bagus tau sebab ianya fokus pada jenis kulit yang berbeza-beza,

N.M.F Aquaring ampoule mask :
Omg ada gambar Hyun Bin oppaaaaa. NMF singkatan kepada Natural Moisturizing Factor. Yang ni bagus untuk melembapkan dan juga bertindak menghalang kulit kita dari kehilangan lembapan.


WHP White Hydrating Charcoal Mineral Mask :
Kandungan utama face mask ni ialah arang yang mengandungi natural castooil dan juga ekstrak buah-buahan yang mampu mencerahkan dan membersihkan muka.


I.P.I Lightmax Ampoule Mask :
For lightening / Brightening / Moisturizing / Skin vitality. Kandungan utama AA2G (Vitamin C), Albutin, Mulberry root. Face mask yang ada gambar cartoon ni aku suka sebab comel sangat. Bila bukak, rupanya mask tu pun ada ilustrasi kartun jugak.


P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask :
For trouble / Low Skin Irritation / Pore Controls. Bahan utama Centella Asiatica, Pigweeds dan Salicylate.


N.M.F Aquaring Ampoule Mask :
For moisturizing / pore caring / skin purifying / hydrating. Bahan utama hyarolonic, ceramide NP, LS 8865.

Aku paling suka la nak pakai mask bagai ni. Time ni la nak relax sikit kulit tu. Dah la comel siap ada gambar cartoon dekat mask tu. Rasa sejuk je kulit ni, silap haribulan boleh tertidur sementara tunggu mask tu kering. Hahah.


Nampak tak gambar cartoon tu? Haaa ini kalau dapat kat anak-anak sedara aku, memang terpaksa la aku korbankan mask aku ni kasi kat dorang. Hahah.



Produk face mask Mediheal ni boleh didapati dengan harga Rm13.90/pcs dekat Watsons, Sasa, AEON Wellness stores. Boleh jugak layari website dan page Maystar untuk informasi lebih lanjut,


Website : www.maystar.com.my
Facebook : Maystar
Instagram : maystarmy


1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.