Cara Atasi Rasa Mengantuk di Tempat Kerja - emilinda

Thursday, April 21, 2016

Cara Atasi Rasa Mengantuk di Tempat Kerja


Kadang kalau tak cukup tidur, pergi kerja rasa lesu dan mengantuk aje. Aku sendiri dah terbiasa tidur lambat, makanya kat ofis memang selalu rasa mengantuk. Aku yang bujang ni pun tak cukup tidur dek kerana menyahut seruan pak menteri yang suruh buat lebih dari satu pekerjaan. Yang ada anak kecik tu, tak dapat la aku bayangkan betapa penat dan mengantuk dorang bila kat ofis. Masalah mengantuk di tempat kerja ni memang biasa aku alami. Kena la pandai-pandai cover dan atasi rasa mengantuk tu. Kang kalau bos nampak, not nice la kan. Apa aku buat bila aku mengantuk di tempat kerja? Jom baca beberapa tips yang ingin aku kongsikan ini.

MINUM AIR KOSONG YANG MENCUKUPI - Kalau boleh sediakan botol air sesiap kat ofis. Sentiasa refill air dari pantry. Macam aku, bila minum air kosong memang rasa lebih segar. Nak lagi segar, minum air yang sejuk sikit. Aku tak amalkan sangat minum kopi/milo or minuman manis lain kat ofis sebab nanti tak hilang dahaga. Lagipun aku memang seboleh mungkin nak kurangkan pengambilan gula.


SEDIAKAN GULA-GULA - Kenapa gula-gula, dan bukannya kudap-kudapan macam kerepek dan jajan? Sebab kalau kerepek atau jajan, nanti tak siap kerja haa. Asyik duk mengunyah aje kerjanya. Biasalah, mengunyah memang ralit. Kalau gula-gula, masukkan je dalam mulut pastu boleh teruskan buat kerja. Kebiasaannya aku akan beli gula-gula yang berangin macam Halls dan Mentos.

DENGAR LAGU - Jangan pulak pasang lagu kuat-kuat, nanti mengganggu rakan sekerja. Pakai earphone. Aku biasa pakai earphone kat sebelah telinga sahaja dan tak pasang volume kuat sangat. Sekadar aku boleh dengar dan enjoy lagu tu je. Kurang la sikit mengantuk. Tapi kadang-kadang kalau kena buat kerja yang memerlukan tumpuan yang lebih, aku off lagu dulu.

SEMBANG DENGAN RAKAN SEKERJA - Haaaa jangan la pulak menyembang sampai setengah jam. Itu dah curi tulang namanya. Sembang kejap je, borak-borak around 5 minit kasi hilang mengantuk. Lepas tu sambung buat kerja balik.

BERJALAN - Jangan statik je dekat depan laptop. Itu memang mengantuk. Kena la buat pergerakan sikit. Sesekali bangun, jalan-jalan kejap. Tak kisah la pergi pantry ke. pergi toilet ke, pergi surau ke. Kalau dah mengantuk sangat, basuh muka tu sekali. Heheh.


SEMBUR SERUM MAWAR - Haaa yang ni paling aku suka. Aku memang sentiasa bawak serum mawar Zeeta ni ke mana saja aku pergi. Pendek kata memang sentiasa ada dalam beg. Kalau rasa mengantuk or lesu, sembur je serum ni dekat muka sambil pejam mata. Confirm rasa segar. Serum mawar ni bukan aje memberi kesegaran, tapi anti aging jugak. Dah la wangi bau bunga mawar. Sukaa sangat. Ni dah nak habis dah serum mawar aku. Kena restock balik nampak gayanya.



4 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.