April 2016 - emilinda

Friday, April 29, 2016

Filem Redha : Autism. I am different, not less.

April 29, 2016 0
Filem Redha : Autism. I am different, not less.



TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd


REVIEW :

Weekend haritu berkesempatan join screening filem Redha. Kebiasaannya kalau pergi cinema aku jarang tengok filem Melayu sebab mostly cerita cinta yang lebih kurang je jalan ceritanya macam drama kat tv. Takpun cerita aksi rempit2 dan seumpamanya, which is aku memang tak minat pun. Tapi filem Redha ni, seriously semua lapisan masyarakat patut tengok. Bukan cerita cintan cintun bf gf gaduh kena tinggal whatsoever. Banyak pengetahuan dan banyak pengajaran dalam cerita ni. Cerita ni bawak kita selami hati dan perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa autistik. Before ni aku sendiri kurang pasti tentang autism ni. Kiranya kalau aku terserempak kanak2 autism, mungkin je aku tak tahu pun kenapa dorang macam tu. Makin faham tentang autism ni selepas tengok filem Redha. Makin mengerti bahawa bukan senang jadi ibubapa yang dikurniakan anak syurga.

People, go watch it!

Kelainan masakan Jepun di Minori Japanese Restaurant.

April 29, 2016 11
Kelainan masakan Jepun di Minori Japanese Restaurant.

Kalau sebut masakan Jepun, automatik aku terbayang sushi. Hahah, typical sangat. Sebab kat Malaysia ni tak banyak sangat pun restoran makanan Jepun. Bukanlah tak banyak jugak sebenarnya, cuma makanan Jepun yang paling famous kat Malaysia ni adalah sushi. So kalau orang tanya aku pasal makanan Jepun, memang sushi aje la yang aku tahu. Baru-baru ni aku berpeluang merasa sendiri beberapa menu terbaru di salah sebuah restoran Jepun yang terkemuka kat Malaysia ni, iaitu Minori Japanese Restaurant yang terletak di Hotel Royale Chulan Damansara.



Sejuk hati tengok susun atur perabot dan juga dekorasi dalam restoran ni. Dekorasi yang membangkitkan rasa elegant, tenang dan teratur. Minori Japanese Restaurant ni pernah dinobatkan sebagai restorang Jepun terbaik di Malaysia pada taun 2014 dan 2015. 

 Dihidangkan dengan Japanese green tea sebaik tiba di restoran.

Minori Japanese Restaurant telah tampil dengan beberapa menu terbaru yang aku kira agak 'rare'. Apa yang rare sangat tu? Haaaa, rare bagi aku yang selama ni hanya tahu makan sushi semata, kekeke. Okay, jom kita tengok apa menu terbaru di Minori Japanese Restaurant.

Yum Tofu and Grilled Seasoning Eggplant with Crab Sauce Ginger Fervor with Mountain Kaviar - tu diaaa, panjang betol nama. Yang ni kira macam appetizer la.



Steamed Egg on the Organic Wasabi Leaf and Asari Shell "Ohitashi" Yuzu Orange Flavour - Yang ni aku suka. Tak cukup pulak rasanya makan yang ni. Memula nampak perkataan wasabi, i was like "alamak ada wasabi, pedas ke?". Bila dah try, tak pedas pun. Heheh.



White Miso marinated Butter Fish "Saikyo Yaki" served with Vinegar Tomato, Wasabi Lotus Roots with Sweet Potato - Ikan tu sedap. Sweet potato tu pun sedap gak. Memandangkan aku bukanlah penggemar japanese green tea, maka aku order watermelon juice sebab tekak aku dah takleh nak terima green tea tu.



Tender Steamed Beef Tongue with Special Sauce - Beef tongue uols! Haa, cuak gak sebab aku tak pernah makan lidah lembu. Tapi bila dah try, lembut gila. kalau takde orang bagitahu, confirm aku tak tahu itu adalah beef tongue.



Scallop Porridge Minori Style with Fried Cherry Blossom Prawn - Yang ni macam bubur nasi, tapi ada lain sikit rasanya. Kat atas tu dia tabur fried cheery blossom prawn/



Warabi Mochi and Green Tea Parfait - Last but not least haruslah ada dessert. Aiskrim green tea tu rasa dia unik sangat. Ahaha. 


Bagi yang mencari sedikit kelainan pada hidangan masakan Jepun, boleh lah cuba dekat Minori Japanese Restaurant ni. Takde la asyik makan sushi aje memanjang, kehkeh.

With the owner of Minori, Dato' Jessie Yow



Minori Japanese Restaurant
+603-7959 9099
The Royale Chulan Damansara Hotel
1 st  Floor, No. 2  Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara


Wednesday, April 27, 2016

Variasi makanan dalam tin dari TC Boy

April 27, 2016 2
Variasi makanan dalam tin dari TC Boy


Ada yang tak makan tuna tak kat sini? Ishh, rugi betul orang yang acah-acah tak makan makanan dalam tin macam tuna dan sardin ni, kekeke. Sedap tau! Makanan dalam tin ni boleh dikatakan wajib ada kat rumah, especially orang bujang macam aku ni. Berjauhan dari family, kadang kalau lapar tapi malas nak masak yang rumit-rumit dan malas nak keluar, senang. Masak je yang simple-simple guna makanan dalam tin. Aku ni sejak sekolah rendah lagi dah biasa makan makanan dalam tin seperti tuna dan sardin. Almaklum la, everytime pergi camping masa zaman sekolah dulu, itu la makanan yang wajib bawak. Hahah. Then sekolah menengah memang tinggal kat asrama. Masuk universiti pun sama, masih berjauhan dari family. Tuna dan sardin memang dah jadi makanan wajib dah zaman belajar dulu. Almaklum, student haruslah berjimat.

Kalau dulu, aku biasa makan tuna dengan roti je. Jadikan sandwich. Macam dah lama pulak tak makan tuna dan sardin. Haritu tetiba ada dapat satu parcel dari TC Boy, excited pulak rasa bila tengok ada beberapa tin tuna dan sardin. Brand TC Boy ni antara salah satu brand yang biasa aku makan masa zaman belajar dulu, especially sardin dia tu. Rupa-rupanya dah makin banyak variasi makanan dalam tin yang dikeluarkan oleh TC Boy. Tuna pun ada banyak jenis.


See? Tuna ada macam-macam variasi dah. Boleh pilih nak guna yang mana bergantung pada apa yang korang nak masak. Aku ada terfikir nak masak a few things guna tuna ni tapi belum sempat lagi sebab lately ni asyik busy aje memanjang. Sempat buat yang tersangat simple aje buat masa sekarang. Apa yang simple sangat tu? Haaaa, aku guna TC Boy Sandwich Deluxe tu untuk buat sandwich. Petang hari balik kerja rasa lapar, buat je sandwich. Kalau suka pedas, boleh taruk cili. Aku tak taruk cili sebab tak tahan pedas. 


Semudah ABC gitu. Hahah *maap saya bukan malas, tapi paham ajela kalau tengah penat lepas balik kerja*. Ini aje yang mampu aku hadap. Ini pun dah cukup sedap bagi aku. Makan sambil layan drama Akadku yang Terakhir. Selain tu, of course la aku masak sardin TC Boy yang sedap ni. Sardin antara lauk favorite aku sejak dulu. Masak sardin, goreng telur, makan dengan nasi panas-panas. Nyumsss, nikmat betul.


Setakat ni sempat buat dua masakan simple ni je. Ahaha, super simple, right? Yang lain inshaAllah nanti dah masak, aku share cerita kat sini lagi. Makanan dalam tin macam TC Boy ni sesuai sangat kalau yang nak pergi travel. Mudah dan senang. 


Website:  TC BOY 
Facebook : TC BOY

Thursday, April 21, 2016

Cara Atasi Rasa Mengantuk di Tempat Kerja

April 21, 2016 4
Cara Atasi Rasa Mengantuk di Tempat Kerja

Kadang kalau tak cukup tidur, pergi kerja rasa lesu dan mengantuk aje. Aku sendiri dah terbiasa tidur lambat, makanya kat ofis memang selalu rasa mengantuk. Aku yang bujang ni pun tak cukup tidur dek kerana menyahut seruan pak menteri yang suruh buat lebih dari satu pekerjaan. Yang ada anak kecik tu, tak dapat la aku bayangkan betapa penat dan mengantuk dorang bila kat ofis. Masalah mengantuk di tempat kerja ni memang biasa aku alami. Kena la pandai-pandai cover dan atasi rasa mengantuk tu. Kang kalau bos nampak, not nice la kan. Apa aku buat bila aku mengantuk di tempat kerja? Jom baca beberapa tips yang ingin aku kongsikan ini.

MINUM AIR KOSONG YANG MENCUKUPI - Kalau boleh sediakan botol air sesiap kat ofis. Sentiasa refill air dari pantry. Macam aku, bila minum air kosong memang rasa lebih segar. Nak lagi segar, minum air yang sejuk sikit. Aku tak amalkan sangat minum kopi/milo or minuman manis lain kat ofis sebab nanti tak hilang dahaga. Lagipun aku memang seboleh mungkin nak kurangkan pengambilan gula.


SEDIAKAN GULA-GULA - Kenapa gula-gula, dan bukannya kudap-kudapan macam kerepek dan jajan? Sebab kalau kerepek atau jajan, nanti tak siap kerja haa. Asyik duk mengunyah aje kerjanya. Biasalah, mengunyah memang ralit. Kalau gula-gula, masukkan je dalam mulut pastu boleh teruskan buat kerja. Kebiasaannya aku akan beli gula-gula yang berangin macam Halls dan Mentos.

DENGAR LAGU - Jangan pulak pasang lagu kuat-kuat, nanti mengganggu rakan sekerja. Pakai earphone. Aku biasa pakai earphone kat sebelah telinga sahaja dan tak pasang volume kuat sangat. Sekadar aku boleh dengar dan enjoy lagu tu je. Kurang la sikit mengantuk. Tapi kadang-kadang kalau kena buat kerja yang memerlukan tumpuan yang lebih, aku off lagu dulu.

SEMBANG DENGAN RAKAN SEKERJA - Haaaa jangan la pulak menyembang sampai setengah jam. Itu dah curi tulang namanya. Sembang kejap je, borak-borak around 5 minit kasi hilang mengantuk. Lepas tu sambung buat kerja balik.

BERJALAN - Jangan statik je dekat depan laptop. Itu memang mengantuk. Kena la buat pergerakan sikit. Sesekali bangun, jalan-jalan kejap. Tak kisah la pergi pantry ke. pergi toilet ke, pergi surau ke. Kalau dah mengantuk sangat, basuh muka tu sekali. Heheh.


SEMBUR SERUM MAWAR - Haaa yang ni paling aku suka. Aku memang sentiasa bawak serum mawar Zeeta ni ke mana saja aku pergi. Pendek kata memang sentiasa ada dalam beg. Kalau rasa mengantuk or lesu, sembur je serum ni dekat muka sambil pejam mata. Confirm rasa segar. Serum mawar ni bukan aje memberi kesegaran, tapi anti aging jugak. Dah la wangi bau bunga mawar. Sukaa sangat. Ni dah nak habis dah serum mawar aku. Kena restock balik nampak gayanya.



Monday, April 18, 2016

Seronok main mekap di Shizens Glamouresque Private Workshop.

April 18, 2016 33
Seronok main mekap di Shizens Glamouresque Private Workshop.


Thanks to The Butterfly Project, last 2 weeks aku berpeluang join "Glamour Resque Private Workshop with Shizens" yang bertempat di Pavilion. Gadis mana yang tak eksaited bila dapat join beauty workshop dengan Shizens, kan? Iye la, ramai yang duk perkatakan bahawasanya produk Shizens ni best. Aku pun tak terkecuali selalu jugak duk usha review kawan-kawan pasal produk Shizens. Antara yang sering diperkatakan adalah Shizens Lip Tattoo yang katanya boleh buat bibir gelap jadi pink semula. Honestly before ni aku sendiri belum pernah berpeluang cuba produk Shizens, tapi dah lama teringin. Weeeee *eksaited*.



Bila dah sampai, memang eksaited tengok banyak barang mekap yang disediakan. Sakan la hai main mekap hari tu. Jakun kejap tengok ada macam-macam produk. Yela, kalau harap barang mekap sendiri memang limited sangat, ada yang basic je. 

Muka eksaited dua kanak-kanak tua, mwahaha


Dekat workshop ni, kami diajar cara menggunakan skincare dan barangan mekap dengan betul. Dorang ada buat demo kat depan. Tapi at the same time ada a few staff Shizens yang bantu kami. As for me and kak Eyza, kami dibantu oleh staff Shizens bernama Ms Honey. Baik orangnya, lemah lembut but she doesn't speak Malay. 


Liposome Fair Refining Essence dengan Hydro Liposome Essential ni sama je actually, cuma Liposome Fair Refining Essence untuk yang berumur 30 ke bawah, manakala Hydro Liposome Essential untuk yang berumur 30 ke atas.



Sheer Tint Foundation ni best pakai. Macam sesuai untuk semua tone kulit je. Bila pakai, muka tak nampak gelap, tapi nampak macam glowing gitu. Jatuh cinta dengan foundation ni. 


iols pantang tau jumpa barang mekap ni. Orang snap gambar pun tak perasan, kekeke. Khusyuk benau main mekap-mekap. Kasi duduk situ seharian pun belum tentu puas. Rasa nak bawak balik semua barang mekap tu.


Eyeliner. Aku kurang reti sikit nak pakai liquid eyeliner, jadi comot. Hahah buktinya cuba tengok gambar kat bawah ni.


A bit messy, right? Hahah, redha jela. Then Ms Honey tolong kemaskan balik calitan eyeliner kat kelopak mata aku tu. Sabar je dia layan kerenah kitorang, explain kat kitorang satu persatu.


Haaa, yang kiri tu mascara, yang kanan tu pulak Eye Charm. Menurut Ms Honey, cara penggunaannya adalah Mascara > Eye Charm > Mascara . Kira guna berselang seli la bagi menampakkan bulu mata yang lebih cantik dan panjang. Seriously aku suka sangat Eye Charm ni, memang buat bulu mata aku nampak tebal dan panjang. And oh, lupa nak snap gambar brow definer. Yang tu pun aku suka sangat.


Tadaaaa ! Hasilnya. Well, i prefer light make up. Takmo kaler terang-terang sangat, karang rasa serba tak kena rasa rimas. Hahah. Oh by the way, ignore my eyebags. Sehingga kini masih tak jumpa solution yang cepat lagi berkesan untuk hilangkan eyebag. Any idea?


Inilah dia Lip Tattoo yang diperkatakan ramai itu. Lip Tattoo ni jugak berfungsi sebagai blusher dan eye liner. Bagus betul, multi-purpose. Lip Tattoo ni warna dia kind of berubah ikut mood/suhu badan if i'm not mistaken. Kiranya contoh hari ni kita pakai, color dia kat bibir kita macam ni. Then esok kita pakai, tone warnanya lain sikit. 

Muka puashati seorang emi yang dikelilingi barang mekap, lol.



Partner in crime on that day, kak Eyza dan Shafiqah Hashim. Menurut staff Shizens, produk Shizens diperbuat dari bahan organic, so memang selamat digunakan. 


Once again, thank you Shizens and thank you Tammy, founder of The Butterfly Project for this opportunity. Dalam banyak-banyak produk Shizens ni, ada a few yang aku teramat suka sangat dan berharap untuk miliki sangat-sangat which is Shizen cushion powder, sheer tint foundation, brow definer, eye charm dan lip tattoo. Eh, macam banyak pulak yang aku suka, kan? Pokailah gamaknya, hahah, semua ni aim nak beli nanti kalau ada rezeki. InshaAllah. 

Instagram : @myshizens 
Facebook : Shizens

Nivea Men 3x Dryness Challenge 2016

April 18, 2016 0
Nivea Men 3x Dryness Challenge 2016

Korang tahu tak bahawasanya setiap tahun Nivea Men akan mengadakan kempen yang diberi nama Nivea Men Cool Kick 3x Dryness Campaign. Untuk 2016, kempen ini diadakan bermula January sehingga March. Apa benda ni? Haaa ini merupakan satu cabaran dimana setiap lelaki boleh ambik bahagian dalam satu game dalam masa sama menonjolkan keyakinan diri dengan Nivea Men. Kiranya cabaran ni nak tengok macam mana peserta tunjukkan skill mempertahankan diri melawan peluh.



Untuk cabaran tahun ni, aku sempat hadir sama ke finale battle yang diadakan di Sunway Pyramid. Aku tak join main, just pergi menyokong para peserta disamping memeriahkan suasana je, hihi. By the way, 3x Dryness Challenge ni dibuka untuk penyertaan setiap tahun bukan sahaja secara real, bahkan juga secara digital. Permainan digital tu boleh dimain secara online melalui Facebook NIVEA MEN Malaysia. Cash prize menanti pemenang.


Bertempat di Sunway Pyramid, finale battle tahun ni menampilkan Haniff Hamzah (penyampai radio) dan Hairul Azreen (pelakon). Sebanyak 64 team bertarung pada 26th March 2016 (elimination round) dimana 16 team terbaik dibawa ke semi-final pada 27th March. So pada 27 Mac tu, 16 pasukan tersebut battle untuk jadi top 4 bagi melayakkan mereka ke grand finale battle untuk grab 3 hadiah utama.


Game ni memerlukan 2 team yang terdiri dari 3 pemain bagi setiap team. Peserta dikehendaki attack lawan menggunakan bola yang mewakili peluh. Kononnya bole tu peluh la. kalau dah terkena bola tu, peserta kira out!


Grand Prize wang tunai bernilai RM10000/team, manakala tempat kedua RM5000 dan tempat ketiga RM3000. Bukan itu sahaja, setiap pemenang dapat produk Nivea bernilai RM250 tau.

Pergi dengan sape? Haruslah dengan event partner kita, kak Eyza.

Saturday, April 16, 2016

Comelnya face mask Mediheal!

April 16, 2016 1
Comelnya face mask Mediheal!


Jadi perempuan ni, nak tak nak kena kena jugak bagi perhatian soal penjagaan diri. Kena jaga penampilan. Kalau tak nak mekap-mekap sekalipun, at least kena la ambik tahu soal penjagaan kulit so that kulit wajah sentiasa sihat dan tak bermasalah. Dulu bila tengok orang lain cantik, melawa, aku memang rasa insecure betul. Nak jadi cantik macam dorang jugak. Then aku mula berjinak-jinak belajar calit mekap sesiket. Tapi lama-kelamaan aku sedar tentang sesuatu. Tak guna nak calit lipstik, blusher bagai kalau condition  kulit wajah kita tu kita tak jaga. Maksud aku, tahap kesihatan kulit kita tu yang penting. Kalau kulit kita sihat dan bebas dari sebarang masalah, tak mekap sekalipun tetap nampak sedap dipandang. Inikan pula kalau mekap, tak gitu? Sejak tu la aku dah mula menitikberatkan soal penjagaan kesihatan kulit wajah. Cuba seboleh mungkin untuk pastikan kulit tu bebas masalah, dan pastikan guna produk yang tidak merosakkan kulit. Kalau rasa kulit ada masalah, cuba untuk cari solution kasi muka tu bersih semula. Selain pemilihan set skincare yang betul, aku juga amalkan penggunaan pelembap wajah dan face mask. Untuk entry kali ni aku nak highlight tentang face mask.

Seperti yang korang sedia maklum, face mask ni ada banyak jenis. Ada yang jenis helaian tampal kat muka dan tunggu sampai dia meresap ke muka. Ada yang jenis gel/liquid yang kena basuh/bilas lepas dah kering. Ada jugak yang jenis peel off. Semuanya ada pro and cons la. Aku paling suka pakai yang jenis helaian dan peel off. Kalau yang nak kena wash off tu aku rasa agak leceh sket sebab rasa melekit. Yang peel off tu aku suka time nak kupas buang dari muka (childish much, is it? haha), tapi aku perasan mostly peel off mask tu buat muka rasa kering. So far paling aku suka guna yang jenis helaian tu la, senang satu paket untuk sekali guna. Dan kebiasaannya ia bagi effect muka rasa lembap dan sejuk.


Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan face mask sheet Mediheal. Kenapa nama dia Mediheal? Haaaa, Mediheal = medical healing. Paling sukaaaa sangat dengan packaging face mask Mediheal ni. Comel sangat, sampai rasa sayang nak guna. Rangkaian face mask Mediheal ni ada banyak jenis, tapi setakat ni aku belum try semua sekali lagi. By the way, Mediheal face mask ni bagus tau sebab ianya fokus pada jenis kulit yang berbeza-beza,

N.M.F Aquaring ampoule mask :
Omg ada gambar Hyun Bin oppaaaaa. NMF singkatan kepada Natural Moisturizing Factor. Yang ni bagus untuk melembapkan dan juga bertindak menghalang kulit kita dari kehilangan lembapan.


WHP White Hydrating Charcoal Mineral Mask :
Kandungan utama face mask ni ialah arang yang mengandungi natural castooil dan juga ekstrak buah-buahan yang mampu mencerahkan dan membersihkan muka.


I.P.I Lightmax Ampoule Mask :
For lightening / Brightening / Moisturizing / Skin vitality. Kandungan utama AA2G (Vitamin C), Albutin, Mulberry root. Face mask yang ada gambar cartoon ni aku suka sebab comel sangat. Bila bukak, rupanya mask tu pun ada ilustrasi kartun jugak.


P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask :
For trouble / Low Skin Irritation / Pore Controls. Bahan utama Centella Asiatica, Pigweeds dan Salicylate.


N.M.F Aquaring Ampoule Mask :
For moisturizing / pore caring / skin purifying / hydrating. Bahan utama hyarolonic, ceramide NP, LS 8865.

Aku paling suka la nak pakai mask bagai ni. Time ni la nak relax sikit kulit tu. Dah la comel siap ada gambar cartoon dekat mask tu. Rasa sejuk je kulit ni, silap haribulan boleh tertidur sementara tunggu mask tu kering. Hahah.


Nampak tak gambar cartoon tu? Haaa ini kalau dapat kat anak-anak sedara aku, memang terpaksa la aku korbankan mask aku ni kasi kat dorang. Hahah.



Produk face mask Mediheal ni boleh didapati dengan harga Rm13.90/pcs dekat Watsons, Sasa, AEON Wellness stores. Boleh jugak layari website dan page Maystar untuk informasi lebih lanjut,


Website : www.maystar.com.my
Facebook : Maystar
Instagram : maystarmy