Azanis Scar Serum kini berwajah baru! - emilinda

Monday, March 14, 2016

Azanis Scar Serum kini berwajah baru!



Bila bercakap pasal cara nak hilangkan parut, aku adalah antara manusia yang paling berminat tentang topik ni. Mana tidaknya, sekecil-kecil parut sekali pun dah buat diri kurang berkeyakinan. Inikan pulak bila parut besar. Parut kat  kulit sememangnya boleh buat tahap keyakinan diri seseorang tu hilang. Especially kalau parut tu terletak kat bahagian yang mudah dilihat dan sukar disorok. Serious akan rasa down, rendah diri, dan rasa tak yakin untuk menonjolkan diri. Pastu mula la google sana sini cara untuk hilangkan parut. Aku sendiri tak terkecuali. Almaklum sejak kecik memang jenis lasak. Duk bermain dengan abang- abang dan adik-adik lelaki. Parut terjatuh tu toksah cerita lah. Ditambah pulak jenis kulit yang sensitive.


Sejak zaman belajar lagi aku dah selalu google pasal produk yang boleh menghilangkan parut. Ada a few product aku dah try, tapi keberkesanan tu tak seperti yang digembar-gemburkan. Yes, parut boleh hilang tapi tak semudah dan tak secepat seperti yang diceritakan orang lain. Hampir give up, tapi nak tak nak memang takleh give up. Sape tak mahu kulit cantik, kan? Kalau aku give up pun kejap je, lepas tu aku dah mula bersemangat balik nak cari solution hilangkan parut ni. Tak boleh nak simply give up. Sekecil-kecil parut pun mesti kena hilangkan jugak. Lepas dah try macam-macam produk, ternyata ada beberapa produk yang memang terbukti berhasil dalam menghilangkan parut pada kulit.


Salah satu produk yang terkenal sangat berkesan menghilangkan parut adalah Azanis Scar Serum. Produk ni memang tak payah nak diperkenalkan lagi. Memang dah famous mampu menghilangkan parut dengan berkesan. Rata-rata pengguna Azanis Scar Serum memang amat berpuas hati dengan keberkesanan produk ni, Sekarang produk Azanis Scar Serum ni dah diformulasikan dengan formula yang lebih berkesan. Dengan fomula terbaru gabungan Vitamin E dan Cocoa Butter, Azzanis Scar Serum dengan Vita-Cocoa Booster Fomula terbukti dua kali lebih berkesan berbanding  formula yang sebelumnya. Packaging pun dah baru.


Bagaimana Azanis Scar Serum berfungsi? Ia mempercepatkan proses pemulihan parut serta melicinkan kulit dengan  Vitamin-E semulajadi yang mengandungi paras anti-oksida dan anti-radang yang tinggi. Cocoa Butter pula bertindak mempercepatkan lagi proses-proses merawat kulit yang berparut. Sape taknak kulit licin tanpa parut, tak gitu? Azanis Scar Serum akan membentuk sel-sel normal kulit yang kemudian akan menggantikan sel-sel parut yang terdapat pada kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan licin dan rata. Malah anda juga dapat melihat perubahan warna, bengkak, penyerpihan , gatal-gatal dan kemerahan pada parut anda.


Cara penggunaan Azanis Scar Serum? Senang saja. Sapukan sedikit Azanis Scar Serum pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan. Untuk parut cacar dan terbakar , tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan Azanis Scar Serum. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum menyapu Azanis Scar Serum.

Antara testimoni pengguna Azanis Scar Serum


Tak yakin lagi? Haaa rajin-rajinlah korang google testimoni pengguna Azanis Scar Serum yang lain. Kalau nak kulit cantik, jangan nak malas sangat study sesuatu produk yang kita nak guna tu. Macam mana nak dapatkan azanis Scar Serum ni? Korang boleh dapatkan dari mana-mana agen Azanis Scar Serum.


4 comments:

  1. Byk jugaq feedback positif pasal serum ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dari dulu lagi duk perati je feedback org duk share kat fb

      Delete
  2. Ramai kata okay benda ni.. nak try, nak tepek kat muka yang penuh berjerawat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada muka awak tu berjerawatnya ena oii. Elok je nampak

      Delete

Kindly leave your comment/feedback here.