Last year aku ada dengar pasal kosmetik Golden Rose ni melalui rakan-rakan. Tapi masa tu aku tak ambik port sangat sebab yela, nama tu sangat asing pada aku. Tak pernah dengar. Tapi baru-baru ni aku diberi peluang join make up workshop yang di anjurkan oleh pihak Golden Rose. Make up workshop ni menampilkan MUA Eiman Masdzar yang merupakan official make up artist untuk brand Golden Rose ni. Make up workshop yang diberi nama "Beauty Is Confidence Makeup Workshop" ini diadakan di outlet Golden Rose di Sunway Putra Mall. Memandangkan aku sampai awal masa tu, so sempat la aku linger around tengok barang mekap Golde Rose ni. Harga affordable.
Ralit duk test lipstick
MUA Eiman Masdzar ada tunjukkan demo make up dan share tips mekap untuk kami. Seriously tips dan apa yang diajar sangat membantu untuk orang yang tak reti make up macam aku ni. Bila tengok hasil dan cara penggunaan produk Golden Rose ni, terjatuh hati la pulak. Paling suka dia punya Velvet Matte Lipstick. Lawaaaaa.
With MUA Eiman Masdzar
Tak keruan tau sepanjang berlangsungnya beauty workshop tu. Mata asyik nak menjeling barang-barang mekap dekat rak, ahaha. Masa tu aku dah aim a few color yang aku berkenan untuk Velvet Matte Lipstick tu. Mascara pun, yang Eiman Masdzar tu recommend, memang aku nak sangat beli. Tengok dia mekapkan dekat model tu, jatuh hati terus. Tapi malangnya warna-warna yang aku berkenan tu out of stock. Iskkk, mascara tu pun habis stok. Frust jugak. Nasib baik rumah sewa aku tu dekat dengan Sunway Putra Mall, lepas balik kerja pun boleh singgah beli. So untuk hari tu, aku just purchase 3 item je which is Velvet Matte Lipstick Code 05, Matte Lipstick Crayon dan Eyeliner sahaja. Next time ke sana memang aku akan dapatkan color yang aku berkenan haritu.
Kenapa aku suka sangat dekat lipstick tu? Before ni aku dah try macam-macam brand untuk matte lipstick, tapi bibir aku ni jenis yang cepat kering. So bila pakai matte lipstick, tak sampai 2 jam dah nampak bibir macam menggelupas. Nak tak nak aku kena pakai lip balm dahulu sebelum pakai matte lipstick supaya dapat kurangkan menggelupas tu. Tapi tu la, bila dah pakai lip balm dahulu makanya warna lipstick tu dah tak sama dah macam warna asal. Lagipun pakai lip balm tu just melambatkan bibir jadi kering je. Tapi bila aku try Golden Rose Velvet Matte Lipstick ni, seriously aku terkejut sebab tak mengeringkan bibir. Tekstur lipstick ni pun lembut aje bila apply ke bibir. Warna pun tahan lama. Dah la RM25 je, affordable sangat. Happy betul diperkenalkan dengan lipstick ni.
Website: http: www.goldenrose.com.my
Facebook: www.facebook.com/goldenroseMY
Instagram: www.instagram.com/goldenrosemalaysia