Seminggu kebelakangan ni rasa macam bertuah sangat diri ni. Chewahhh, gitu. Hahah. Beberapa rezeki yang tak terjangka datang menjengah dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah, syukur sangat. Firstly, last Monday masa buat food review dekat D'Kayangan Steamboat ( klik untuk baca entry Konsep Terbaru D'Kayangan Steamboat), dapat lucky draw sehelai tudung Fareeda. Weeee, tak sangka tau. Almaklum la kebiasaannya aku ni kalau ada lucky draw mesti balik tangan kosong je. Terkejut jugak. Well, i'm not a fans of tudung Fareeda tapi dah dapat free tu ambik aje la. Rezeki, tak baik ditolak. Nak beli sendiri rasanya tak kot sebab bukan peminat tudung Fareeda.
Dengan rezeki-rezeki yang diterima diluar jangkaan ni, menyedarkan diri ni tentang sesuatu. "Dengan memberi, kita menerima". Dalam hidup ni jangan lupa memberi. Beri kepada yang memerlukan, setakat mana termampu. InshaAllah dimurahkan rezeki kita. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kebahagiaan juga salah satu bentuk rezeki.
Okay, itu je nak cerita dalam entry kali ni.
alhamdulilah semoga dilimpahkan rezeki yg bnyk insya aallah
ReplyDeletealhamdulillah....tahniah :)
ReplyDelete