Last week aku berkesempatan makan dekat D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat bersempena pihak D'Kayangan nak memperkenalkan konsep terbaru 3 in 1. Apa benda yang 3 in 1 tu? Haaa before ni aku dah pernah makan dekat D'Kayangan ni sekali masa bulan puasa. Time tu D'Kayangan masih dengan konsep lama iaitu steamboat dan grill. Kiranya last week merupakan kali kedua aku makan di D'Kayangan. Kali ni dorang dah perkenalkan konsep terbaru iaitu grill, steam dan pembakar arang. Excited betol aku bila nampak ada pembakar arang atas meja. Almaklum la, bakar guna pembakar arang ni memang berkali ganda kesedapannya. Lebih puas hati.
Bukan setakat pembaharuan dari segi pembakar arang aje, tapi ada menu baru jugak kat D'Kayangan ni. Ada skewer weyhh. Skewer ni memang favourite aku sejak dulu. Pantang nampak orang jual skewer, laju je nak beli. Biasa beli skewer kat pasar malam je, kekeke. Antara skewer yang disediakan di D'Kayangan adalah Ayam Skewer Berempah, Sotong Skewer Berempah Cilantro, Ikan Dory Skewer Berempah, Daging Skewer Berempah Kicap, Udang Skewer Cilantro Pepper, dan banyak lagi. Penggunaan dapur arang ni tidak memerlukan sebarang minyak atau marjerin, so secara tak langsung menjadikan makanan tu sihat dan tak berminyak.
Harga? Sangat berbaloi, hanya RM40.20 (termasuk GST) bagi dewasa dan RM20.05 (termasuk GST) bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun. Umur 4 tahun ke bawah free aje. Oh ye, lagi satu. Korang juga berpeluang untuk memenangi tudung Fareeda pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sambil makan pun boleh menang tudung, kelass gitu. Aku sendiri pun boleh dikatakan bertuah jugak la last week sebab aku dipilih untuk menang sehelai tudung Fareeda, Thanks D'Kayangan! Suka sangat-sangat. Tak rugi makan kat D'Kayangan.
D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13,
Shah Alam.
akk suka otak2...sedap nya
ReplyDelete