Rangkain Pembersih Muka Dashing, Penyelesaian Untuk Lelaki Asia. - emilinda

Friday, January 15, 2016

Rangkain Pembersih Muka Dashing, Penyelesaian Untuk Lelaki Asia.



Kalau sebut Dashing, memang aku terbayang deodorant lelaki Dashing. Terbayang iklan yang Remy Ishak berlari-lari dengan machonya. Hahah. Brand Dashing ni sebenarnya dah familiar sangat-sangat dalam kalangan orang ramai. Sejak aku zaman sekolah lagi Dashing ni dah femes.  Tapi dulu-dulu rangkaian produk Dashing ni agak limited. Kenapa aku cakap limited? Sebab dulu-dulu aku kenal produk Dashing ni sebab dia punya deodorant dan gel rambut sahaja. Sekarang ni dah ada  produk pencuci muka lelaki Dashing.


Lelaki zaman sekarang ni makin menitikberatkan soal penjagaan diri. Sebab tu la Dashing memperkenalkan rangkaian pembersih muka lelaki yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka lelaki Dashing ni dihasilkan khusus untuk cuaca dan kulit lelaki Asia. Pembersih wajah Dashing ni terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif.


ICY FRESH : Mengandungi Ice Glacier Water untuk memberi kesegaran dan menghidrat kulit. Memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas.

OIL CLEAR : Diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kototran dan minyak berlebihan daripada kulit menjadiakn wajah bebas minyak.

EXTRA WHITE : Diformulasi dengan tumbuh-tumbuhan dari pergunungan Alp Switzerland, menjadikan kulit lebih ringan, cerah dan tona sekata. Turut mengandungi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE : Diformulasi secara sitimewa dengan Zink dan tanah liat bagi melawan akne penyebab bakteria. Turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekaligus memberi pembersihan pantas kepada kulit.

WHITENING SCRUB : Diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan kulit lebih sekata. Membantu membuka liang pori, menyingkirkan kotoran dan bintik hitam.


Kalau balik kampung aku selalu dengar akak aku bebel sebab adik lelaki aku selalu guna cleanser akak aku, so cepat habis. Berkali-kali jugak la aku bagitahu kat dia suruh guna cleanser yang memang untuk lelaki. Tapi gitu la jugak. Hahah. Almaklum, lelaki yang macam adik-adik aku ni memang pesen yang tak tahu sangat pasal produk-produk penjagaan kulit ni. Yang mana ada depan mata, dia guna je. Hahah. Makanya time cuti Krismas haritu, aku bawak balik cleanser Dashing ni untuk adik-adik aku dengan harapan dorang mula ambik serius tentang penjagaan kulit ni. Suka betol dorang bila dapat ni, especially adik aku yang bongsu sebab aku perasan kulit muka dia jenis yang berminyak. Bila kulit berminyak dan tak dijaga dengan rapi, jerawat jeragat pun senang muncul. Makanya aku syorkan dia guna Dashing Oil Clear Cleanser. Alhamdulillah, katanya muka rasa segar je lepas cuci muka dengan cleanser ni. Lepasni takde la akak aku bebel cleanser dia cepat habis lagi. Mwahaha.


Tengok tu, happynya adik aku dapat solution untuk kulit berminyak yang dia alami, siap posing gittew. Haha. Adik aku yang lagi sorang takmo posing, segan katanya. Hahah. Oh btw produk pembersih muka ni boleh didapati dalam pek 100g dengan harga Rm10.90 dan 50g pada harga RM6.90.

Jangan kerana anda seorang lelaki, anda abaikan soal penjagaan muka. Sekian sahaja entry perkongsian kali ini. Babai!




1 comment:

  1. Alamak... kita bukan lelaki Asia... tetapi lelaki idaman malaya he...23x

    Boleh pakai x?

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.