Sape kat sini pernah shopping kat Lazada? Dulu-dulu aku macam was-was sikit nak beli barang kat Lazada ni sebab takut kena tipu. Manalah tahu kot-kot dalam gambar lain, bila dah sampai tak seperti yang digambarkan. Almaklum, tengok Lazada asyik buat promotion kasi discount. Harga lagi murah dari harga pasaran. So rasa macam, boleh percaya ke Lazada ni? Haaa nampak tak mentaliti orang-orang seperti aku ni? Paranoid tak kena tempat. Belum cuba lagi dah nak berprasangka bukan-bukan.Kehkeh. Tapi dalam pada was-was tu, pantang ada masa terluang je confirm aku bukak website Lazada, cuci mata tengok apa yang menarik. Haritu masa tengah sembang dengan akak aku, aku bagitahu dia bahawasanya aku tengah berkira-kira nak beli printer kat Lazada tapi takut tertipu. Akak aku cakap, "Tipu apanya? Elok je selama ni aku duk beli barang dari Lazada. Dah macam-macam yang aku beli kat Lazada. Even hadiah untuk Family Day ofis aku pun ada yang aku beli kat Lazada. Puas hati je. Tak pernah pulak kena tipu. Nak-nak lagi time tengah promotion, memang berbaloi. Servis pun cepat.". Time tu aku macam "okayyyy nampaknya aku yang risau tak bertempat". Hahah.
Hari-hari biasa yang takde sale pun harga yang Lazada tawarkan boleh dikatakan jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Inikan pulak time Lazada buat sale besar-besaran. Aku perasan Lazada ni kalau buat sale harga dia memang murah kaw-kaw punya berbanding harga asal. Sekarang ni pun Lazada tengah mengadakan Online Revolution Sale. Harga yang ditawarkan memang kadang-kadang rasa macam tak masuk akal, murah sangat. Tapi kualiti tetap sama. Lazada Online Revolution Sale ni akan berakhir pada 12.12.2015. Aku dah aim a few items dah untuk grab. InshaAllah, kalau tak terlebih bajet bulan ni boleh la beli dah alang-alang tengah sale ni. Kalau tengok pada gambar kat atas ni, antara item yang aku tengah aim adalah Mango Leopard Print Bag dan bean bag. Dah berzaman aku teringin nak ada bean bag.
Awak awak sekalian yang memang gila shopping tu, silalah prepare duit secukupnya. Kalau dah berkenan, beli aje dah alang-alang harga yang ditawarkan kaw-kaw punya murah ni. Tak beli kang, nyesal pulak bila Online Revolution Sale ni dah tamat. Tengah stress kat ofis tu, rehat la kejap ambik mood layan http://www.lazada.com.my/online-revolution/ . Heheh :P
Sempena Online Revolution Sale ni jugak, pihak Lazada ada buat contest untuk blogger. Klik banner kat atas atau klik SINI untuk maklumat lanjut tentang contest. 12 orang pemenang akan dipilih. Bagi yang takde blog, don't worry. Pihak Lazada ada jugak anjurkan pelbagai contest dekat Instagram @lazada_my.
Okay, bye. Jom berangan pergi bercuti dengan Air Asia.