Kacamata hitam atau sunglasses bukan sekadar aksesori semata-mata. Mostly individu yang pakai sunglasses ni adalah kerana keperluan untuk melindungi mata dan pandangan daripada silau cahaya matahari yang mengganggu. Tapi jangan tak tahu, ada banyak lagi kelebihan lain bila pakai sunglasses. Bagi sesetengah individu cermin mata hitam merupakan satu aksesori wajib dan adalah menjadi kemestian bagi melengkapkan gaya fesyen mereka. Mana tak nya, sunglasses merupakan aksesori yang sangat praktikal dan cantik untuk digayakan. Pelengkap fesyen gitu. Sebab tu la kalau dilihat pada zaman sekarang ni ramai yang beli sunglasses ni bukan untuk keperluan tapi lebih kepada kemahuan. Sesetengah individu tu siap buat koleksi sunglasses lagi ha. Nak nak pulak sekarang ni senang sangat nak beli kacamata hitam ni, beli secara online pun boleh. Hari ni order, esok atau lusa dah sampai kat depan mata.
Tapi! Haaa ada tapinya. Sebelum nak beli sunglasses, ada beberapa tips yang boleh korang guna pakai untuk memastikan wang yang korang laburkan untuk beli sunglasses tu berbaloi dan tak tersalah beli sunglasses yang tak sesuai dengan muka. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Keep scrolling for the tips! Tips mendapatkan kacamata yang sesuai dengan wajah.
First of all, adalah sangat penting untuk korang kenalpasti dulu bentuk muka korang tu jenis apa. Then barulah senang nak buat pemilihan kacamata.
Lepas dah kenalpasti bentuk muka, barulah korang akan dapat gambaran yang lebih jelas macam mana nak pilih sunglasses yang ideal untuk bentuk muka korang. Yela, takmo la nanti kalau dah tersalah beli yang tak sesuai, terus rosak imej korang. Tak gitu? Hehe.
Haaa tengok gambar kat atas tu. Korang follow je step tu. Tak paham? Meh sini hakak explain kasi paham. Korang perlukan cermin dan sabun buku. Tak pun boleh guna marker pen yang boleh padam balik tu. Then make sure takde rambut yang melekat di bahagian muka. Bungkus la rambut tu dengan towel ke apa ke supaya rambut tu tak distract kita. Pastu korang trace dan buat outline muka korang kat cermin tu. Don't worry, boleh basuh balik cermin tu.
Bila dah outline muka kat cermin tu barulah kita boleh nampak dengan jelas bentuk muka kita camne sebenarnya. Lepas tu korang pilih la kacamata yang mana yang lebih sesuai untuk bentuk muka korang tu. Tengok panduan kat bawah ni.
See? Barulah nampak sedap je mata memandang bila pakai kacamata yang sesuai dan tidak mencacatkan penampilan kita. Kalau tersalah pilih kacamata hitam, memang boleh merosakkan penampilan. Kalau pilih yang memang sesuai, inshaAllah nampak lebih stylo. Hikhik!
Sekian!
No comments:
Post a Comment
Kindly leave your comment/feedback here.