Krik krik! Sunyi betul blog ni semenjak dua menjak ni. Ai is fenat, kadang dalam seminggu tu dua kali je bukak laptop. So bila masa nya nak update blog. Haha. Maaflah ye. Life kebelakangan ni agak kelam-kabut sikit. Join classroom training for about a month bulan lepas (jadual very packed everyday memang penat balik bilik je terus cari tilam). Then lepas je habis one month training, terus balik kampung pada hari yang sama kerana keesokannya adalah hari raya. Hahah, kelam kabut sangat sampai baju raya pun lupa nak bawak balik. Habis raya a few day, laju-laju balik KL dan keesokan paginya dah kena lapor diri for on job training (which is everyday pun super tired, i wonder how come blogger lain yang bekerja masih komited update blog everyday. Don't you all get tired?). After a week, ke Melaka for my brother's graduation day. Then Ahada balik KL semula, sampai aje terus laju-laju packing barang sebab kena berpindah from Sg Besi ke Sentul. Packing barang main campak je ke dalam kotak. Kahkah. As for now, masih cuba adapt with new environment, new routine.
By the way, entry kali ni rasa nak bercerita tentang pengalaman hari pertama aku join classroom training. Bagi aku, tempoh satu hari tu dah mengajar aku banyak benda sangat tentang life ni. Malam before pendaftaran, aku sibuk siapkan diri dan packing barang yang nak dibawa ke tempat training which will be held at Damansara. Kat sana disediakan penginapan untuk peserta yang berasal luar dari KL. Pesen aku ni selagi ada ruang dalam luggage tu, selagi tu la aku akan sumbat jugak segala macam benda. Kakak aku cakap "Kau ni nak pergi sebulan gayanya macam taknak balik. Bawak sikit dah la, bukan jauh pun Damansara dengan Sungai Besi". For you information, keesokannya aku memang akan ke tempat training tu seorang diri naik public transport. Dah tahu nak ke sana naik public transport, lagi aku ada hati nak bawak banyak barang kan. Haha. Keesokan paginya, aku bangun agak awal. Kakak aku drop aku kat ERL Tasik Selatan before dia pergi kerja. So aku naik ERL dari Tasik Selatan ke KL Sentral. Boleh tahan berat jugak beg aku. Dah lah aku berbaju kurung time tu. Dengan ramai orang berpusu-pusu nak pergi kerja sume. Sampai aje kat KL Sentral, laaagi ramai orang. Nak dijadikan cerita, masa naik escalator tu aku punya roda luggage tersangkut. Aku tarik sikit tapi tak lepas jugak. Aku pandang laki yang duk belakang aku dengan harapan dia tolong tolak beg aku tu tapi dia buat dek je. Time tu aku panik gila sebab escalator dah nak sampai ke penghujung. So aku tarik sekuat hati, pappppp!! Terus tercabut handle luggage tu. Dan dan bila nampak handle beg aku dah tercabut barulah laki tadi tu nak tolong. Itu pun tolong pegang kejap tak bagi beg aku jatuh menghempap kaki dia. Sedih betul rasanya time tu. Apa aku nak buat dengan beg aku yang berat ni, wuuuuu. Jauh lagi perjalanan.
Boleh bayangkan tak, aku jalan slow-slow tarik beg aku sambil bongkokkan badan sikit sebab nak pegang beg tu tak bagi jatuh, Yela, handle yang panjang tu dah tercabut. Time tu terngiang-ngiang kata-kata akak aku semalam. Okay, nyesal bawak banyak barang! Dalam kepayahan tu, aku berjaya jugak naik LRT dari KL Sentral ke Kelana Jaya. Sampai kat Kelana Jaya, aku ambik teksi. Pakcik teksi tu sempat usik aku , "Terkeluar dari AF ke dik , bawak beg besar ". Sampai aje depan SDLC, lagi sekali aku cuak. Apa aku nak buat ni? Kenapa orang lain takde pun yang bawak beg pakaian macam aku? So aku tarik beg tu slow-slow dan letak tepi dulu. Masuk je dalam SDLC, ada sorang staff situ datang dan tegur aku, "Just now i saw u carry ur luggage. Where is it?". Aku cakap la, ada kat luar. Dia suruh bawak masuk dan dia tolong tunjukkan kat mana nak letak beg tu. Siap tolong angkat sekali bawak masuk satu bilik kat level 2. Lega rasa. At least layanan baik staff kat situ dah buat aku rasa sedikit lega. Takde la aku terkulat-kulat sensorang kat situ tak tau nak buat apa. Dia perkenalkan diri dia, Encik Rosli. Katanya biar je dulu beg tu kat situ. Proceed je dengan pendaftaran. Petang karang lepas habis semua briefing segala mak nenek tu, baru dorang akan bawak ke hotel.
Satu lagi cabaran bilamana aku sedar aku sorang-sorang kat situ. Aku tak kenal sesiapa pun. Takde kawan. Terasing betul rasanya ditengah ramai orang. Dalam auditorium, aku just simply duduk kat tempat kosong. Sempat kenal a few kawan baru, tapi yang aku duk follow ke sana ke sini the whole day ada 2 orang je which is Fiza dan Ezzati. Dah petang sikit tiba-tiba dapat perkhabaran bahawasanya si Fiza dan Ezzati tu tak sepatutnya join classroom training batch ni. Ada sedikit kesilapan. So start esok dorang akan lapor diri kat division masing-masing. Terus aku macam "Eh, habistu esok aku nak kawan dengan sape?". Susah jugak jadi manusia introvert ni. Nak dapat kawan pun susah.
Petang seperti yang dijanjikan, Encik Rosli mintak peserta yang disediakan penginapan untuk berkumpul dekat foyer bersama dengan beg masing-masing. Lagi sekali aku rasa risau. Beg aku dah la takde handle. Camne aku nak bawak turun ke tingkat bawah. Dalam pada aku duk usaha tarik beg tu, ada 2 orang peserta perempuan tegur aku, "Boleh bawak ke tu? Macam berat je, meh sini saya tolong angkat sama". Terharunya aku rasa. Mungkin dia tengok aku ni keding sangat, terpaksa angkat beg besar sorang-sorang. Dari situlah aku kenal Haziqah dan Saba. Daripada SDLC hingga ke hotel, dorang la yang bantu aku angkat beg tu. Iskkk, sumpah aku rasa terharu sangat sebab walaupun tak kenal tapi dorang ikhlas membantu. Ada disediakan bas untuk transport kitorang dari SDLC ke hotel. Duduk je dalam bas, aku terus rasa sebak sebab aku terkenang macam-macam yang terjadi kat aku sejak pagi lagi. Sedih kot. Sedih bercampur penat. Sampai hotel je, aku dapat roomates yang baik-baik, sporting dan senang masuk geng. Alhamdulillah. By the time aku landing kat atas katil tu terus tak tertahan air mata ni ha. Mungkin sebab aku terlalu penat hari tu. Tambah pulak dan dan je ada kawan whatsapp tanya keadaan aku okay ke tak. Memang nangis la jawabnya. Hahah.
Tapi satu hari tu menyedarkan aku banyak perkara. Paling aku terkesan sekali adalah tentang first impression. First impression orang terhadap kita. Orang selalu kaitkan first impression ni dengan appearance seseorang. Riak muka, penampilan. Tapi actually the way we treat people around us the first time we meet them, itu yang akan create first impression seseorang terhadap kita. For example, Encik Rosli. Dia nampak je aku melangkah masuk ke SDLC, terus dia approach dan tegur aku dengan nada yang menyenangkan, tolong angkat beg, tunjukkan kat mana aku kena pergi untuk pendaftaran. Seriously that time aku yang tengah risau dan cuak tu terus rasa lega, dan rasa macam "Eh baiknya dia ni. Very professional at the same time sangat menyenangkan". And that is my first impression towards him. Same goes with Ziqa and Basa. They are so nice. Tersentuh rasanya tiap kali dorang nampak aku cuba angkat beg tu, dorang akan cepat-cepat offer diri untuk tolong angkat jugak. Banyak kali okay, daripada SDLC sampai la ke hotel. Aku takde la kenal rapat sangat pun sepanjang sebulan training, tapi disebabkan first time jumpa dorang sangat baik dan sweet, so impression aku terhadap dorang adalah "they are such a good person, peribadi yang sangat baik, nice dan terangatlah sweet". Orang-orang macam diorang ni la yang tak kira ke mana dorang pergi akan sentiasa disenangi oleh orang sekeliling.
Apa first impression orang terhadap aku? Haha mostly orang akan cakap "Emi, first tengok kau dulu aku ingat kau sombong, pemalu, jenis susah nak berkawan. Tapi dah lama-lama kenal, masuk air jugak kau ni. Kalau dah borak tu tak reti nak stop. ". Hahah. Nak buat camne, muka aku bukan jenis yang semulajadi manis. Kadang aku dah senyum pun orang cakap aku serious sangat. Hello, nak ai senyum camne lagi haaa? Hahah.
Okay, mengantuk! Jumpa di next entry.
singgah :)
ReplyDelete