Ayam goreng bersalut sos unik di Pelicana Chicken. - emilinda

Tuesday, October 20, 2015

Ayam goreng bersalut sos unik di Pelicana Chicken.


Baru-baru ni (takdelah baru sangat sebenarnya), aku berpeluang mencuba sendiri ayam goreng rangup krup krap krup krap kat restoran Pelicana Chicken. Amboi, siap dengan krup krap krup krap lagi tuh. Haha . Restoran Pelicana Chicken yang aku pergi ni terletak kat Atria Shopping Gallery, Damansara. Ini first time aku jejakkan kaki ke Atria Shopping Gallery. In fact, before ni aku tak pernah tahu pun wujudnya Atria Shopping Gallery ni. Hihi. Almaklum la kita budak baik jarang keluar, memang duk rumah je memanjang *sila percaya kahkah*.


Sape suka ayam goreng? Haaa aku jarang la jumpa orang yang tak suka ayam goreng. Kebanyakan orang yang aku kenal memang suka makan ayam goreng. Termasuklah aku sendiri. Well, aku jenis yang prefer ayam instead of ikan dan seafood. Especially ayam goreng, memang takleh nak tolak. Irresistible gitu haa. Kalau tengah takde selera pun tetap aku makan jugak kalau dah disorongkan ayam goreng depan mata. Ada macam-macam menu kat restoran ni, tapi signature dishes dekat restoran Pelicana Chicken ni adalah ayam goreng yang disalut dengan sos tertentu (ada beberapa flavor). Kalau nak tahu, Pelicana Chicken ni merupakan restoran yang berasal dari Korea. Kiranya dorang dah melebarkan francais dorang kat Malaysia ni. Citarasa Korea di Malaysia gitu.


Terbaru, Pelicana Chicken memperkenalkan satu lagi flavor iaitu Pelicana Garlic Yang Nyeom Chicken. Hah, kemain korea lagi nama nya pun. Heheh. Disalut dengan sos berperasa bawang putih, dan ada hirisan bawang putih ditabur kat atas untuk menyerlahkan lagi rasa bawang putih. 


Ayam goreng Pelicana Chicken ni ada 5 flavor semuanya. Semua pun aku try hari tu. Ada yang manis, ada yang pedas, ada yang sedang-sedang tak pedas sangat. Aku ni jenis yang tak tahan pedas, so kalau yang pedas sangat tu aku makan sikit je. Haha. Jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni, kasi perut ni rasa lapar balik. Kehkeh

 Peli YangNyeom Original Chicken 

 Peli YangNyeom Spring Onion Chicken 

 Peli YangNyeom Charcoal BBQ Chicken 

 Peli YangNyeom Garlic Chicken
Peli YangNyeom Hot & Spicy Chicken

Ada jugak try menu lain haritu seperti ramen, chicken breast salad and a few more. Tapi, biasalah aku kalau dah start makan memang aku tak peduli kat henfon dah. Terus lupa nak snap gambar. Hahah. Minuman kat situ pun not bad jugak weyh. Aku order Chocolate Frappe. Dah habis Chocolate Frappe, aku tambah segelas lagi watermelon juice.

My yummy Chocolate Frappe

 Kak Eyza's Mango Frappe


Oh btw suasana kat restoran Pelicana Chicken ni sangatlah cozy. Rasa selasa sangat kalau nak lepak lama-lama pun. Susun atur perabot, decoration semua pun cantik. About the price pulak, very affordable. Standard macam makan dekat kepsi, marry brown dan seangkatan dengannya. Kalau rasa nak kelainan, boleh lah try Pelicana Chicken pulak. Tak gitu?



Pelicana Chicken
Atria Shopping Gallery, Level 3 Lot T23A,
Damansara Jaya, Petaling Jaya, KL
03-7733 4300

Instagram : @pelicanamy


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.