Program Ibadah Qurban 1436H Di Luar Negara bersama EZ Qurban - emilinda

Tuesday, September 1, 2015

Program Ibadah Qurban 1436H Di Luar Negara bersama EZ Qurban


Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, kejap aje masa berlalu. Kurang dari sebulan lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Bila sebut hari raya Aidil Adha, perkara pertama yang terlintas kat fikiran ni tentu sahaja ibadah Qurban. Kebiasaannya ibadah Qurban ni memang kat mana-mana pun orang buat. Boleh dikatakan, setiap kampung wajib ada yang melakukan ibadah Qurban ni. Ada yang buat ibadah Qurban ni secara berjemaah (contoh satu kampung semua buat hari yang sama, tempat yang sama), ada yang buat sendiri-sendiri. Rasanya tahun ni ayah aku pun ada ambil bahagian dalam ibadah Qurban ni.

Kalau zaman sekolah dulu aku kurang faham konsep ibadah Qurban ni. Yang aku tahu, raya Aidil Adha memang meriah dengan daging. Pergi mana-mana pun orang bagi daging. Hari ni ayah buat ibadah Qurban kat rumah, esok jiran punya turn pulak. Lusanya pakcik hujung kampung sana. Masa tu aku terfikir jugak, kalau dah sorang buat yang lain takyah buat dah la, Makan jela daging yang orang tu kasi. Hehe budak-budak sangat pemikiran aku time tu. Tapi sekarang aku dah makin faham, apa rasionalnya ibadah Qurban ni. Kita bukan ambik bahagian dalam ibadah Qurban sebab kita nak makan daging Qurban tu untuk diri kita, tapi lebih kepada kita nak agihkan kepada orang lain terutamanya yang lebih memerlukan. Ibadah yang dituntut bagi umat Islam yang berkemampuan.

Sumber : Google

Jangan tak tahu, sekarang ni dah banyak sangat pihak yang memikul tanggungjawab dan amanah dari orang ramai untuk melaksanakan ibadah Qurban ni kat negara-negara yang lebih memerlukan seperti Kemboja, Bangladesh, Vietnam dan sebagainya. Yela, kalau semua buat ibadah Qurban kat Malaysia, memang mewah betul la orang Islam Malaysia ni dengan daging setiap tahun. Daging Qurban tu siap berlebihan lagi. Ada baiknya kalau kita lakukan ibadah Qurban ni dekat negara-negara yang penduduknya kurang mampu untuk melakukan ibadah Qurban ni. At least daging tu kita boleh agih-agihkan dekat mereka yang lebih memerlukan, merasa jugak mereka daging Qurban. Mungkin bagi kita yang hidup kat Malaysia ni, apalah sangat dengan daging sebanyak itu. Tapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, mungkin waktu hari raya Aidil Adha ni la dorang dapat merasa nikmatnya daging. Besar pahalanya buat kita.

Salah satu syarikat yang mengendalikan ibadah Qurban di negara-negara sebegitu adalah syarikat EZ Qurban Sdn Bhd. EZ Qurban Sdn Bhd merupakan syarikat yang melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah di negara-negara yang umat Islam amat memerlukan makanan seperti di Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina. Urusan ibadah Aqiqah dan Qurban bersama EZ Qurban Sdn Bhd lebih murah, mudah dan profesional. Urusan boleh dilakukan secara online, senang kan? Selesai urusan Aqiqah atau Qurban tu, sijil pengesahan akan dipos ke rumah.


Kalau korang berhajat untuk tengok sendiri sembelihan ibadah Qurban kat negara-negara tu, korang boleh join kembara bersama EZ Qurban Sdn Bhd pada hari raya Aidil Adha nanti. InshaAllah pihak EZ Qurban akan mengembara ke negara-negara terbabit untuk menyampaikan sumbangan Qurban. Staff EZ Qurban ni dah berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam mengendalikan ibadah Qurban & Akikah di negera-negara terbabit. 


Penyertaan untuk ibadah Qurban 1436H bersama EZ Qurban masih lagi dibuka dan penyertaan akan ditutup pada 25 September 2015. So yang mana ada rezeki lebih dan berkemampuan tu, masih sempat lagi kalau nak daftar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan sebab di zaman serba canggih ni, korang boleh buat pendaftaran melalui online je senang. Senang dan cepat. Sama-sama la kita mencari keredhaan dan keberkatan Allah dengan melakukan ibadah Qurban.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ibadah Qurban bersama EZ Qurban Sdn Bhd ni, korang boleh hubingi pihak mereka melalui :

Website : www.EZQurban.org
Facebook : Ez Qurban Sdn Bhd
Email : ezqurban.adm@gmail.com
Contact : +603 6186 1911 / +6013 238 6000 / +6013 318 6984
Alamat pejabat :
EZ QURBAN SDN BHD
No 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan


#BlooggersMedia #EZQurban #QurbanAqiqah




2 comments:

  1. Betul tu, kejap je masa berlalu.. Pejam celik dah nak raya haji dah.. apapun, terima kasih atas info yang dikongsikan

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi nak raya haji dah ^_^

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.