Maaf ye wahai pembaca sekalian sebab dah lama tak update blog. Actually kebelakangan ni aku agak busy sebab ada join training. Weekdays memang jadual packed sangat. Waktu malam balik penat-penat terus tidur. Yang tinggal hanya weekend which is sometimes ada jemputan event dan kena entertain family members yang datang ke KL. Baru-baru ni aku dan geng Einaangel Network Crew berkesempatan menerjah satu restoran masakan Thai yang terletak di Empire Damansara iaitu restoran Lobbee Thai Connection.
Kami di hidangkan dengan 5 jenis minuman yang berbeza dan sangat unik. Bukan setakat rupa aje unik, nama minuman ni pun panjang berjela dan sangat unik.
Iced Butterfly Pea Lime Juice
Iced Butterfly Pea Lime Juice - Air ni semasa dihidangkan kat kitorang, warnanya biru tau. Kat sebelah dia ada small glass mengandungi Lime Juice. Bila kita tuangkan Lime Jice tu ke dalam air, air akan bertukar menjadi warna purple. Haaaa, macam magic pulak rasa. Harga RM8 satu gelas.
Iced Butterfly Pea Milk
Iced Butterfly Pea Milk - Kombinasi rasa unik bunga yang digunakan untuk buat nasi kerabu (lupa dah nama bunga tu apa ) dengan susu. Hnaya RM9 satu gelas.
Red Lemon Soda
Red Lemon Soda - Yang dalam botol tu adalah soda. Haaaa, air ni memang betol-betol kick la bila dah di campur dengan soda. Hanya RM8 satu gelas.
Lobbee Ice Tea
Lobbee Ice Tea - Dalam air teh ni ada buah laici. Not bad, ada rasa teh dan dalam masa sama ada rasa laici. RM9 sahaja.
Iced Thai Tea With Grass Jelly
Iced Thai Tea With Grass Jelly - Teh ais Thai ni memang femes dalam kalangan penggemar makanan Thai. Aku sendiri tak terkecuali memang suka minum teh ais Thai ni. RM8 sahaja.
Fried Potato With Thai Salad Dressing
Fried Potato With Thai Salad Dressing - Potato yang digoreng dengan sangat rangup ni, sedap betul bila dicicah dengan sos yang disediakan khas. Rasa sos ala-ala kuah somtam gitu. RM11
Fried Prawn With Sesame
Fried Prawn With Sesame - Hanya RM8/serving, hidangan udang yang digoreng rangup ni memang sedap. Aku yang allergic dengan udang ni pun tak mampu tahan nafsu memang tibai je makan udang ni. Heheh.
Thai Squid Cake
Thai Squid Cake - First time aku try Thai Squid Cake ni. Unik. Selalunya biasa makan fish cake. Kali ni squid cake. Dalam tu ada sotong. RM12/serving
Chicken Skewers
Chicken Skewers - Yang ni recommended sangat. Sedap! Hanya RM9 sahaja.
Crispy Wanton Pad Thai
Crispy Wanton Pad Thai - Yang ni memula aku ingat char kuew teow, rupanya bukan. Not bad, sedap. Hanya RM16, boleh kongsi makan dengan kawan sebab agak banyak.
Lobbee Combo 3 Tomyam
Lobbee Combo 3 Tomyam - Yang ni wajib try ni. Signature menu bagi restoran Lobbee. Dengan hanya RM98, satu portion ni sesuai untuk 4 hingga 5 orang. Kitorang makan berlima pun tak habis. Mengandungi noodle, lobster, mussel, king crab leg, salmon, squid, and soft boiled egg.
Lastly, kitorang dihidangkan dengan 2 jenis aiskrim iaitu Coconut Ice Cream with 3 Topping (RM7) dan juga Blue RubyWith Coconut Ice Cream & Jack Fruit (RM9). Try ais krim kelapa dia yang plain pun dah sedap gila. Paling suka dia punya blue ruby tu, sedap sangat! Overall puashati sangat dengan menu-menu dekat restoran Lobbee ni. Next time ada masa boleh ajak kawan-kawan lepak makan sini.
Lobbee Thai Connection
LG-07, Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana.
Tel: 03-76294869
Operation Hours : 11 pagi hingga 3 ptg, 5.30 ptg hingga 10 malam (Isnin Tutup)
Facebook : www.facebook.com/lobbeethai
Instagram: https://instagram.com/lobbeethai
Untuk tempahan function boleh email: lobbeethai@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Kindly leave your comment/feedback here.