Tuesday, August 18, 2015

[Review] - SkinSoul SkinShield Travelling Set



Bagi sesiapa yang mempunyai kulit sensitive, mesti stress nak handle kulit sendiri. Aku sendiri pun ada masalah kulit terlampau sensitive ni, tapi bukan di bahagian muka. Kulit muka aku takde la sensitive pun. Yang sensitive nya bahagian kaki dan lengan. Sejak kecik memang sangat sensitive. Dan seperti yang kita sedia maklum, kalau kulit sensitive ni takleh pakai sembarangan produk je. Tersalah pakai produk, nanti makin teruk jadinya. Yang menghadapi masalah kulit sensitive kat bahagian muka rasanya lagi tension. Yela, muka ni memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Hari ni aku nak suggest satu produk skincare untuk korang yang mengalami masalah kulit muka sensitive, iaitu SkinSoul SkinShield. Produk SkinSoul ni yang paling bagusnya adalah PARABEN FREE. Haaa, memang sesuai la sangat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive.


Kandungan utama SkinSoul SkinShield ni adalah bahan organik Ashitaba. Ashitaba ni mampu mempercepatkan proses pembaikpulihan kulit dan melambatkan proses penuaan. SkinSoul SkinShield ni jugak mampu mencerahkan kulit, mengecilkan liang pori, serta menghilangkan parut. Daun Ashitaba ni jugak kebiasaannya dijadikan teh herba untuk diminum bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. 

Rangkaian SkinSoul SkinShield ni terdiri daripada 5 item iaitu :

  • SkinShield Hydra-Purifying Cleanser


Mengandungi vitamin untuk kulit dan mineral Ashitaba yang di rumus bersama Swiss Glacier Water yang mampu menghilangkan kotoran, sebum berlebihan dan pencemaran disamping menjadikan kulit lebih lembut dan supple. Guna setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali iaitu pagi dan malam, inshaAllah boleh nampak hasil yang memuaskan. 

  • SkinShield Hydrating, Energizing & Pore-Refining Lotion

This one funstion dia lebih kurang toner la. Boleh juga dipakai sebagai toner, dan juga digunakan  bila-bila masa untuk bagi kesan fresh dekat muka, even lepas pakai makeup pun boleh sembur ke muka. Tapi memandangkan aku hanya ada yang travel set aje, so takleh nak spray la. Aku guna as toner, apply dengan kapas muka. 

  • SkinShield 12 in 1Suncare Day Cream (SPF50)

Day cream ni bagus sebab boleh protect kulit kita dari sinaran UV jugak dan dalam amsa sama boleh bertindak sebagai foundation yang sesuai untuk semua tone kulit. 

  • SkinShield Night Cream

Kandungan Ashitaba dalam Night Cream ni mampu mecerah dan menganjalkan kulit. Apply setiap malam sebelum tidur, dan bangun keesokan paginya dengan wajah yang lebih segar dan lembut.

  • SkinShield Lift & Bright Serum

Serum ni bagus untuk melambatkan proses penuaan. Serum ni diformulasi dengan molekul-molekul kecil esen anti-penuaan Ashitaba yang mampu menembusi lapisan kulit untuk restore keanjalan dan ketegangan kulit.




SkinSoul SkinShield Travelling Set ni berharga RM500. Tetapi ada tawaran best untuk pembaca blog yang aku hargai semua ni. Kalau korang pergi ke mana-mana outlet SkinSoul dan tunjukkan code #SSRosnie , korang boleh beli SkinSoul SkinShield Travelling Set ni dengan hanya RM388 sahaja. Selain tu, kalau korang buat pembelian minimum RM100 dalam satu resit, korang layak bawa pulang barangan SkinSoul SkinShield bernilai RM100. Menarik kan?

Jangan lupa code #SSRosnie



Boleh terjah mana-mana outlet SkinSoul. Yang ni dekat Mid Valley. Kalau nak tahu outlet SkinSoul yang lain, boleh tengok dekat  http://www.skinsoul.com.my





1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.