[Review] - SkinSoul Natural Volume Attack Mascara, Paraben Free & Prostagladin Free - emilinda

Tuesday, August 25, 2015

[Review] - SkinSoul Natural Volume Attack Mascara, Paraben Free & Prostagladin Free


Aku ni sebagai seorang perempuan, walaupun aku tak reti sangat nak mekap-mekap bagai ni, tapi aku try je. Aku bantai je sapu sana sikit, sini sikit. Wakaka. Almaklum la, kalau dah namanya perempuan memang camtu. Tak reti nak pakai takpe, asalkan ada keinginan nak pakai. Lama-lama nanti reti la pakai. Tak gitu? Haha. Aku ingat lagi zaman-zaman awal remaja dulu, pakai eyeliner pun comot gila. Haha. Time tu aku langsung tak reti nak pakai blusher, eye shadow dan lain-lain. Eyeliner pun tak reti pakai tapi cuba jugak pakai. Sampai sekarang aku masih failed bab nak pakai eyeliner dan mascara. Bukanlah tak reti langsung, cuma cenderung untuk jadi comot kadang-kadang. Especially kalau pakai eyeliner. Mahunya tebal sebelah nipis sebelah. Tapi aku suka barang mekap ni. Berhantu betul kalau lalu berdekatan Sephora dan kedai-kedai kosmetik yang lain. Kalau rasa macam tak reti pakai, usaha pulak tengok tutorial kat Youtube. Hahah, typical perempuan sangat. Oh ye, entry kali ni aku nak bercerita tentang mascara.

First mascara aku dulu adalah mascara Avon Simply Pretty yang Clear Mascara tu. Ala yang warna cerah macam tak pakai pape tu. Sebab masa tu aku tak reti nak pakai mascara, so aku practice la dulu guna clear mascara ni. Takde la nampak comot kalau tak reti pun. Lepas tu aku dah start beli mascara yang warna hitam which is Loreal Paris Ultra Volume Mascara. Memandangkan aku bukanlah jenis yang pakai setiap hari, so lambat la mascara tu nak habis. Bagus betul orang macam aku ni, jimat. Hahah. Tapi baru-baru ni mascara aku dah habis. Survey punya survey, aku terjatuh hati pulak dekat satu mascara brand SkinSoul, SkinSoul Natural Volume Attack Mascara.


Haa, first time try aku dah jatuh hati kat mascara ni. Seriously, dia bagi effect bulu mata lebih panjang. Dan, mata aku yang tak berapa nak besar ni pun nampak lagi besar bila pakai mascara ni. Padahal that time aku tak pakai eyeliner pun. Aku baru tahu, rupa-rupanya mostly mascara yang dijual kat kedai tu mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan pandangan jadi sedikit kabur. Bahan kimia yang digunakan untuk jadikan bulu mata kita cepat panjang tu sebenarnya ada side effect, iaitu pandangan kita makin lama boleh jadi makin kabur. So sila elakkan beli mascara yang ada bahan kimia berbahaya.


SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni takde guna bahan kimia yang boleh merosakkan mata dalam jangka masa yang panjang tu. Paraben dan prostagladin pun takde. Don't worry, semua produk SkinSoul memang PARABEN FREE. 


Bahan yang terkandung dalam mascara ni adalah bahan organik, ekstrak mulberry semulajadi yang menyuburkan, menguatkan dan melentikkan bulu mata. Penggunaan berterusan selama 8 minggu membuktikan mascara ni mampu memanjangkan dan menebalkan bulu mata. So far baru 2 minggu aku guna. Alhamdulillah, aku suka sangat.


Bila kita pakai SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni, ekstrak mulberry yang terkandung dalam mascara ni akan sampai ke follicle bulu mata untuk menyuburkan bulu mata dari luar dan dalam. Tak payah nak pakai curler yang menyakitkan tu dah, takyah nak pakai fake lashes dah.


Kiri tanpa mascara. Kanan pakai SkinSoul Natural Volume Attack Mascara. Nampak perbezaan kan? 



Harga SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni hanya RM195 sahaja. Made in Italy.

Ada tawaran best untuk pembaca blog yang aku hargai semua ni. Kalau korang pergi ke mana-mana outlet SkinSoul dan tunjukkan code #SSRosnie , korang boleh beli SkinSoul SkinShield Travelling Set ni dengan hanya RM388 sahaja. Selain tu, kalau korang buat pembelian minimum RM100 dalam satu resit, korang layak bawa pulang barangan SkinSoul SkinShield bernilai RM100. Menarik kan?

Jangan lupa code #SSRosnie

Boleh terjah mana-mana outlet SkinSoul. Kalau nak tahu outlet SkinSoul yang lain, boleh tengok dekat http://www.skinsoul.com.my

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.