Kalau sebut aje aiskrim Magnum, aku selalu terbayang aiskrim yang kaya dengan lapisan coklat tebal kat luar tu. Nyumnyum! Bahagian dalam aiskrim tu pun lembut aje, memang boleh release tension kejap. Zaman belajar dulu selalu jugak beli aiskrim Magnum ni. Ada satu flavor yang paling aku suka, tapi lupa dah apa nama flavor tu. Aku ni bukanlah suka sangat makan benda-benda manis, tapi sometimes makan benda manis yang sejuk ni boleh buat aku stop kejap dari fikir pape. That's why kadang kalau tension ke, sedih ke, stress ke...aku prefer keluar sorang-sorang kejap, then singgah makan aiskrim kat mana-mana. Someone said to me, ice cream makes u happy. I'm not really agree, but sometimes it does help me relax for a while. Heh, terpanjang pulak intro.
Okay, last week aku berkesempatan ke majlis pelancaran perasa terbaru aiskrim Magnum, Magnum White Almond. Aiskrim vanilla yang dilapisi coklat putih berserta almond slices. Magnum White Almond memancarkan suasana elegant, class, dan kenikmatan.
Dekat majlis pelancaran tu ada disediakan meja untuk manicure . So guest yang datang boleh dapatkan service manicure ni sementara tunggu majlis bermula.
Majlis malam temanya putih. So semua guest pun pakai serba putih malam tu. Aku sendiri takde la serba putih sangat. Blouse je putih, tudung color goldish cream gitu.
Boleh sawan kejap tengok aiskrim disusun dengan banyak dan comel camni kat atas meja dessert. Sukaaa. Nampak sedap sangat-sangat. macam-macam dia jadikan topping untuk aiskrim tu.
Bayangkan, segenap ruang kat dalam hall tu dipenuhi aiskrim Magnum White Almond. Ke hujung sana, ada aiskrim. Ke sebelah sini pun jumpa aiskrim jugak. Kau duduk diam-diam kat satu tempat pun ada orang datang offer aiskrim. Mampu nak katakan tidak kepada Magnum White Almond? Haha. Dah la suasana memang diselubungi warna putih aje malam tu. Lepas setel pelancaran, ucapan dan persembahan, dorang lepaskan belon putih banyak-banyak dari atas. Wuhuuuuu, suka sangat suasana camtu.
Magnum White Almond dah boleh didapati kat semua supermarket, hypermarket, kedai runcit dan stesen minyak. Harga bagi satu stick aiskrim Magnum ni ialah RM4.50.
Ada Tasha Shila, tapi tak sempat nak bergambar dengan dia.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang aiskrim Magnum White Almond, boleh refer
tak penah lagi rasa white almond magnum nie..
ReplyDeleteSy dah rasa dah Magnum White Almond! Memang best! Sedap!!
ReplyDeletewah bestnya makan magnum free
ReplyDelete