Hidangan Buffet Masakan Penang di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie - emilinda

Tuesday, August 18, 2015

Hidangan Buffet Masakan Penang di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie



Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie sedang mengadakan promosi masakan Penang dekat Kites Restaurant dari 15 Ogos sehingga 30 Ogos 2015. Aku salah seorang penggemar masakan Penang. Seumur hidup aku setakat ni sekali je aku pernah ke Penang iaitu semasa tahun satu kat universiti dulu, itu pun pergi sebab ikut rombongan Kelab Keusahawanan. Dan tak dinafikan memang masakan Penang la yang buat aku jatuh hati dan duk simpan angan-angan nak ke Penang lagi lepas ni. Hari Sabtu yang lepas aku berkesempatan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie ni bersempena pelancaran promosi masakan Penang


Suasana kat dalam restoran dan luar restoran memang nice sangat bagi aku. Susunan meja teratur, dan tak terlalu crowded. Suasana yang sangat selesa dan tenang. Memang sesuai kalau bawak family makan-makan kat sini, or gather dengan rakan-rakan. Sempena pelancaran  promosi masakan Penang, Chef Zaidi turut menunjukkan demo memasak secara live depan kitorang yang hadir haritu. Syok je aku tengok Chef Zaidi ni memasak, laju. Takde la macam aku ni, nak potong sayur pun take time lama bebenor. Mwahaha. Biasalah, jangan dibandingkan diri sendiri dengan chef. Untuk demo haritu, Chef Zaidi menggunakan perkakasan memasak berjenama Fissler dan juga pisau seramik Kyocera


Chef Zaidi menunjukkan demo memasak 3 jenis juadah iaitu Char Kuey Teow, Kurma Kambing dan Rojak Buah. Kurma Kambing yang Chef Zaidi masak tu hanya mengambil masa 20 minit untuk dimasak dengan menggunakan Fissler pressure cooker. Cepat betul. Kalau guna periuk biasa je, lama jugak kena tunggu baru masak. Untuk buat Rojak Buah tu, Chef Zaidi guna pisau seramik Kyocera, tajam dan laju je dia potong. Aku hanya mampu pandang. Aku kalau potong laju-laju camtu mahunya hilang jari. Wakaka.

 Char Kuey Teow yang Chef Zaidi masak

Rojak Buah

Bagi penggemar masakan Penang macam aku ni, tak payah nak pergi jejauh sampai Penang semata-mata nak makan masakan Penang. Kalau tengah cuti panjang takpelah jugak kan. Kalau hari bekerja, datang je makan dekat Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie ni. Confirm suka!  Hidangan buffet hanya RM88++ per person, dari 7 petang sampai 10 malam setiap hari. Jom kita layan gambar-gambar antara menu yang disediakan kat Kites Restaurant ni. Sila telan air liur semua ye. Aku pun dah terbayang-bayang balik rasa makanan kat sana, semua sedap. Maaf ler, entry ni banyak sangat gambar makanan. Saja letak banyak-banyak, kasi korang teruja sket :P

Ketam Goreng Bercili 

 Mee Goreng Mamak

 Baked Pasta Arabiata

 Nasi Tomato

Kambing Bakar 

 Ayam Kapitan

Assorted Braised Vegetable

Bahan mentah segar untuk di grill. Korang pilih, nanti dorang tolong grill kan.


















Semua pun nampak best kan? Haaa , aku sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Hahaha bila dah tengok banyak-banyak camni, terus rasa tamak nak rasa semua. Tapi perut aku ni kecik je. So aku try la sikit-sikit yang mana termampu. Ada jugak yang tak sempat nak try sebab kenyang teramat dah. Awal-awal lagi mata aku dah tertumpu dekat meja dessert. Tapi memandangkan aku belum makan pape lagi haritu dan dah mula sakit kepala sebab gastrik, so aku makan la nasi dan lauk pauk dulu sikit. Bila dah balik, aku baru ingat aku lupa nak makan pasembor. Iskkk, kena pergi lagi nampak gayanya ni. 

 First round. Haha. Lepas tu siap bertambah-tambah lagi. Siap ada banyak round pulak

 Ais kacang. Ais kacang aku nampak macam bubur pulak, wakaka. Sebab aku tak pandai nak buat sendiri. Aku main hentam taruk susu melimpah ruah macam nak buat koktel haaa. Hahaha. Penuh mangkuk tu dengan susu. Maaplah.

Hantu dessert. Tamak betol. Haha. Ini portion untuk 2 orang okay, aku dan kak Eyza.

 Yang ni serious sedap


 My all time fav, buah-buahan.



So uols kalau dah rasa terpengaruh dan terliur sangat tengok makanan ni sume, sila lah segera ke Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie. Promosi masakan Penang ni berlangsung sehingga 30 Ogos 2015, dari jam 7 ke 10 malam. Kat sana nanti boleh makan puas-puas. 

Lokasi Buffet : Kites Restaurant, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Tempoh Promosi : 15 Ogos - 30 Ogos 2015
Harga Promosi : RM88++ per pax
Waktu makan malam : 7 malam sehingga 10 malam setiap hari


Sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi :

Email : dining@holidayinnkl.com.my
Tel : +603 7802 5245

1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.