Contact Lens Biotrue ONEday HyperGel dari Bausch + Lomb - emilinda

Saturday, August 29, 2015

Contact Lens Biotrue ONEday HyperGel dari Bausch + Lomb


Penggunaan contact lens sekarang ni memang tak asing lagi. Ada yang pakai contact lens sebab rabun, ada yang pakai untuk melawa. Kawan-kawan dan sedara mara aku pun boleh dikatakan dah makin ramai yang guna contact lens. Yela, bagi yang rabun of course akan rasa lebih yakin pakai contact lens berbanding pakai spek. Aku sendiri kalau ikutkan memang tak suka pakai spek. Sebab tu aku jarang pakai spek kalau kat luar. Biasa aku pakai spek time menghadap skrin dan waktu malam sahaja. Bukan tak teringin pakai contact lens, tapi tak sesuai. Sebab power silau mata aku berganda-ganda tingginya berbanding power rabun. So tak sesuai pakai contact lens, sebab contact lens untuk rabun aje. Yeke? Ntah, itu berdasarkan apa yang diberitahu oleh pekerja kat beberapa buah kedai spek. Makanya aku pun pasrah lah. Pakai ajelah spek walaupun tak suka sebab nanti tudung jadi senget benget. Wakaka.


Baiklah. Actually last week aku ada hadir ke majlis pelancaran contact lens Biotrue ONEday HyperGel dari Bausch + Lomb. Syarikat kesihatan mata global, Bausch + Lomb baru sahaja memperkenalkan inovasi terbaru, Biotrue ONEday, contact lens harian yang premium. Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue ONEday ni diperbuat daripada HyperGel, satu inovasi yang menggabungkan hydrogel konvensional dengan hydrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang.


Kanta Biotrue ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea mata manusia. Permukaan luar kanta direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang kanta dari dehydrate disamping menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata. Ini membolehkan mata bernafas dengan lebih selesa, sihat, dan berwarna putih selama lebih 16 jam.


Kanta Bioture ONEday dihasilkan bersesuaian dengan gaya hidup aktif pengguna disamping mengandungi perlindungan UV untuk melindungi mata dari sinaran ultralembayung (UV) yang boleh merosakkan mata untuk jangka masa panjang.


Korang boleh dapatkan Biotrue ONEday ni dengan harga RM125 sekotak yang mengandungi 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogis 2015 di semua kedai  optik di seluruh negara. Biotrue Multi-Purpose Solution boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) berharga RM61.50.



Kempen Care For Your Eyes

Bersempena pelancaran contact lens Biotrue ONEday di pasaran malaysia, Bausch + Lomb mengadakan kempen viral Facebook 'Bausch + Lomb Care for Your Eyes' mulai 11 Ogos hingga 30 September. Ia adalah senaman mata mudah untuk membantu otot mata menjadi lebih fleksibel. Macam mana nak join kempen ni? Haaa tak susah pun. Korang boleh record versi senaman mata 'tromboning' korang sendiri dan upload kat Facebook menggunakan hashtag #BauschAndLombMalaysia dan #careforyoureyes. Jangan lupa tag 3 orang kawan korang so that dorang pun join kempen ni. Setiap video yang di upload sepanjang kempen berlangsung, Bausch + Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysia Association for the Blind)

1 comment:

  1. Nanti nak try yang ni pula... Nampak best dan selamat... yeahhh

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.