Berjimat dengan Worthy Book! - emilinda

Monday, August 31, 2015

Berjimat dengan Worthy Book!



Hai korang! Entry kali ni aku nak bercerita tentang Worthy Book. Actually dah quite a few weeks jugak aku nak cerita tentang Worthy Book ni, tapi sebab busy so asyik postpone aje. Sekarang baru berkesempatan. Around 2 months ago masa aku teman schoolmate aku, Uya pergi bookstore (lupa dah MPH ke Popular. Rasanya MPH) kat NU Sentral, aku ternampak Worthy Book ni dekat rak magazine. Tengok apa yang ditulis kat cover buku tu macam menarik. Buku yang mengandungi baucer-baucer makanan dan pakaian. Ada 2 version buku ni, satu untuk fashion dan satu lagi untuk food. Untuk fashion tu aku tak tertarik sangat nak compare dengan yang makanan. Hati aku berbelah bagi masa tu nak beli ke tak. Aku curious sangat nak tengok baucer makanan apa yang ada kat dalam Worthy Book tu, tapi takleh tengok sebab dorang seal buku tu. Last-last aku tak beli pun.


Tapi, balik rumah je aku terus google pasal Worthy Book ni. Oh, rupanya dalam Worthy Book FnB Edition tu ada around 180 baucer makanan yang boleh digunakan kat outlet-outlet dan restoran seluruh Malaysia. That time ada promotion kat website Worthy Book, Worthy Book FnB Edition 2014-2015 dijual dengan harga RM5 sahaja. Why not give it a try, kan? Kalau contentnya menarik, next edition boleh beli lagi. 


Dalam Worthy Book ni ada banyak baucer makanan seperti Sushi King, Blackball, Lecka-Lecka, Once Upon A Milkshake, Crzypuff, Kelantan Delights, Domino's Pizza, Carl's Jr, The Burger Factory, myBurgerLab, Foodpanda dan banyak lagi.



Saiz kupon baucer tu kecik je, muat letak dalam purse. Koyak siap-siap dari buku tu, then simpan dalam purse. Senang, by the time korang nak guna baucer tu, just ambik and bagi dekat staff restoran tu masa nak place order.


Memandangkan aku pun baru je lagi beli buku ni, so tak sempat nak guna banyak sangat kupon dalam ni. Nasib baik beli time promotion je. Hihi. Aku sempat guna kat beberapa brand je iaitu Once Upon A Time, Sushi King, Pepper Lunch, dan Domino's Pizza.Tapi aku ingat next edition aku nak beli awal-awal la. Baru la boleh gunakan semua kupon-kupon tu.


Korang boleh dapatkan Worthy Book ni kat mana-mana kedai buku terkemuka macam Popular, MPH, Times, Borders, dan Kinokuniya. Kalau yang jenis suka shopping baju, boleh dapatkan jugak Fashion Edition. Boleh la shopping sakan sebab boleh dapat banyak diskaun.

For more info, boleh ke website Worthy Book ni :

Facebook : Worthy Book
Instagram : @worthybook
Twitter : @worthybook_my
Blog : Worthy Book
Youtube : Worthy Book

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.