Aidilfitri 2015 - emilinda

Tuesday, August 4, 2015

Aidilfitri 2015



Salam syawal buat semua! Macam mana dengan hari raya korang? Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ni. Moga tahun depan masih berkesempatan. *heh, tetiba rasa macam ayat aku kat entry kali ni a bit skema*. By the way raya tahun ni memandangkan aku ni still bujang, so of course la masih sambut hari raya bersama family kat Kelantan. Takde kampung lain dah, itu je kampungnya. Haha. Alhamdulillah adik-beradik aku pun semua beraya kat Kelantan tahun ni. Tapi gambar raya dengan family takde sangat la tahun ni. Malas nak ambik gambar, camera phone tak cantik *lulz salahkan camera pulak. Kalau dah malas tu mengaku ajelah haha*. Aku malas nak tangkap gambar sebenarnya. Phone pun campak merata je di hari raya. Kalau ada yang adik-beradik aku tangkap, maka adalah gambarnya. Kalau dorang pun malas nak tangkap, maka takde la. Tapi nampak gayanya tahun ni semua family member aku rilek-rilek je memasing tak berusaha untuk tangkap gambar. Kekeke.

Cikmie selfie with the kiddos


 How i wish to be a kid again



Bebudak je yang terlebih excited beraya. Yang dah tua-tua ni takdenya lah. Tunggu tetamu datang, pastu sibuk melayan tetamu. Anak-anak sedara aku ada 7 orang semuanya. Memang sah lah bising rumah time berkumpul reramai camni. Tapi pagi raya pertama yang tinggal hanya Danish, Aina, Zakuan dan Qaseh. Lagi 3 orang beraya rumah nenek dorang lagi satu. Kemain lagi syok bebudak ni pagi raya pergi kutip duit raya rumah jiran. Haha. Pastu yang lawaknya ada sekali tu bila aku pergi jenguk betul ke dorang ni pergi beraya rumah jiran, aku nampak si Danish ni dah dalam reban itik jiran aku. Muahaha, almaklum la kat Johor sana tak jumpa ayam itik semua ni. Balik kampung terlebih excited jumpa haiwan. Dia siap cakap lagi, "Danish suka duduk rumah tok ayah sebab ada banyak haiwan. Danish suka haiwan".

Raya ke tiga classmate aku masa sekolah rendah dulu, Suriana kawen. Rumah dia memang sekampung je dengan aku. So kitorang geng sekolah rendah ni duk pakat la dalam group whatsapp konon boleh reunion sekali kat kenduri tu nanti. Tapi berapa kerat je pun yang sempat jumpa haritu. Lama betul tak jumpa dorang ni. Dah dewasa sangat dah masing-masing.


Kamil, Asma, Rosni, Uya, Mira, Hilmie, Fiza, dan Nik Emy

Gambar-gambar kat wedding Suriana ni pun of course la bukan aku yang tangkap. Haha. Ambik dari kawan je :P


Sejujurnya bila dah dewasa ni, the only thing yang aku suka pasal hari raya adalah berkumpul dengan the whole family member. Yela, time ni la semua balik.  Memang la bila dah berkumpul ramai-ramai ni pelbagai ragam kita boleh tengok, especially keluarga besar macam keluarga aku ni. Haha. Macam-macam perangai ada. Tapi jauh di sudut hati tetap rasa happy dapat berkumpul ramai-ramai, bertukar cerita. Benda-benda lain aku tak kisah sangat. Baju raya pun aku beli sepasang je tahun ni, itu pun last minute beli. Kira buat syarat jela beli pun. Baju tahun lepas pun tak pakai sangat. Makanan? Of course aku suka makanan yang banyak. Tapi kadang-kadang bila dah banyak sangat depan mata, aku taktahu nak makan yang mana. 


Moga sempat dipertemukan dengan Ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan. Moga aidilfitri tahun hadapan lebih meriah dan bermakna.


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.