Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC - emilinda

Thursday, July 9, 2015

Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC



Korang pernah dengar tentang Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC tak? Unik betul nama restoran ni, kan? Hehe. Aku memula dengar nama restoran ni pun terdetik dalam hati bahawasanya nama restoran ni agak unik. Jadi tertanya-tanya apa yang specialnya dekat restoran ni. Actually Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni merupakan restoran milik pihak Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) yang baru memulakan operasi sejak 1 Jun 2015. Restoran yang terletak di tengah-tengah ibu kota di Kampus Putra, Wisma Sachdev ni merupakan usahasama antara kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Walaupun restoran ni terletak di kampus KLMUC, tapi tetap dibuka untuk orang ramai juga. Bukan untuk pelajar KLMUC semata-mata. Bila dah jejakkan kaki ke restoran tu, barulah aku faham kenapa restoran ni dinamakan sebegitu. Restoran ni dinamakan Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC bersempena suasana restoran itu sendiri yang dihiasi dekorasi klasik dan gambar-gambar lama berlatarbelakang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur serta kepesatannya kini.


Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni membawakan cita rasa Melayu tersendiri yang mampu mengingatkan kita kepada kebanggaan budaya Malaysia. Pelbagai juadah tradisi Melayu disediakan di restoran ini seperti Ubi Kayu bersama Sambal Ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau. Selain daripada tu, ada banyak lagi menu lain. Hidangan-hidangan ni semua mencerminkan keindahan masakan Melayu yang mengagumkan.


Apa yang menariknya, restoran ini turut memberi peluang kepada para pelajar KLMUC sendiri untuk turut terlibat mengendalikan operasi restoran itu sebanyak 3 kali dalam seminggu. Idea yang sangat bagus bagi pandangan aku. Selain itu, Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni turut menyediakan pentas untuk mengalu-alukan para pelajar mengadakan persembahan, tarian moden, tarian tradisional, persembahan muzik akustik dan lain-lain. Hal ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mencerminkan inisiatif kepada 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini juga dibuka untuk artis di KL yang berminat untuk menonjolkan bakat mereka. Kiranya sambil makan customer berpeluang dihiburkan dengan pelbagai persembahan. 

Aneka kuih muih tradisi Melayu 

Buah-buahan pun tersedia 

Restoran BDulu Dan Kini @KLMUC menghidangkan masakan tradisi Melayu dan menu ala carte dengan kadar harga serendah RM5. Untuk buffet Ramadhan pula, pakej yang ditawarkan adalah berharga RM48/pax.

Kambing panggang, Lidah panggang, Ayam Panggang dan beberapa jenis sos

 Pelbagai jenis kerabu


 Ulam-ulaman

 Sambal udang petai

 Sotong masak kicap

Tafu lembut kukus 

 Kari Ayam ubi Kentang

 Sayur Campur



 






Untuk tempahan boleh hubungi
016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.