Raysha Perfumes. - emilinda

Friday, June 5, 2015

Raysha Perfumes.


Hai korang. Hari ni jom kita borak-borak pasal perfume. Sebagai seorang perempuan, normal la kalau kita ada lebih dari satu perfume. Normal sangat-sangatlah. Mana tidaknya, asal ada perfume baru di pasaran je terus nak mencuba. Bila dah berkenan dengan bau je, confirm beli. Haha. Asal kawan recommend perfume je terus kita terpengaruh nak beli jugak. Takpe, itu normal. Perempuan memang macam tu. Macam aku sendiri, jangan kata perfume...even hand sanitizer yang jenis ada bau wangi-wangi tu pun aku buat koleksi. Haha. Kalau kebetulan time jalan-jalan kat mall then ada nampak sale perfume, kemain beli sampai berbotol-botol sebab kononnya semua wangi taktau nak pilih yang mana. Pastu bila balik rumah baru termenung fikir sape yang nak pakai perfume banyak-banyak ni. Especially bila dah TERover budget.

Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan RAYSHA PERFUMES. Seriously aku kalau bab perfume bagai ni memang susah nak menolak. Tambah-tambah lagi kalau perfume tu mampu milik. Takde la rasa bersalah sangat nak tambah perfume. Kehkeh.


Wangian keluaran RAYSHA PERFUMES ni diaspirasikan daripada jenama terkemuka antarabangsa. Kenapa aku cakap perfume ni mampu milik? Haaa...perfume RAYSHA ni didatangkan dalam packaging yang kecil so harganya pun memang mampu milik. Untuk Roll-on-perfume, dalam satu kotak ada 3 jenis wangian berbeza, 5 ml setiap satu. Bagi aku perfume yang didatangkan dalam packaging kecil macam ni memang sangat-sangat bagus. Kenapa? Sebab mampu elakkan pembaziran. Yela, kalau kita asyik beli perfume je dan semuanya dalam saiz yang besar, bukannya habis pun kita guna semua tu. Hari ni pakai perfume A, esok pakai perfume B. Makan masa jugak la nak habis perfume tu semua kan. So bila adanya perfume dalam saiz kecik macam ni, inshaAllah kurang pembaziran. Lagipun senang kot nak bawak ke mana-mana. Selit je dalam beg atau poket. 

Incanto Shine by Salvatore Ferragamo, Luscious Pink by Mariah Carey, dan Clinique Happy

RAYSHA PERFUMES ni bukan untuk perempuan aje tau. Untuk lelaki pun ada jugak. Roll-on-perfume ni hanya berharga RM32 sahaja. Murah kan? Wangi pulak tu. Kalau nak yang spray perfume pun ada jugak. Untuk spray perfume hanya RM35 bagis atu wangian 15 ml. Botol spray perfume yang untuk perempuan punya tu cantik sangat.


Bukan setakat perfume untuk lelaki dan perempuan sahaja. Perfume untuk kereta dan rumah pun ada jugak. Yang tu aku belum cuba. Ada banyak wangian yang best-best. So korang boleh pilih wangian yang korang nak.



Kat mana nak dapatkan RAYSHA PERFUMES ni? Haaaa Korang boleh usha website atau facebook dan instagram dorang. Jom kita wangi-wangikan diri sepanjang hari.


Facebook : Raysha Perfumes
Instagram : Raysha Perfumes


4 comments:

  1. saiz kecik macam ni bagus tuk backpacker

    ReplyDelete
  2. Online scent puts away a la mode as well and they offer a modified administration.cologne

    ReplyDelete
  3. Despite the fact that these examples are clearly not free, they are still much less expensive than purchasing Anjelica Huston Skin Care a whole container and you get the opportunity to appreciate the perfume you're after.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.