Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas aku berpeluang join SBB Yeos 2015 bertempat di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya. Sebenarnya tahun ni pertama kali aku join SBB ni. Tahun-tahun lepas aku tak join. SBB tahun ni telah menghimpunkan lebih 100 orang blogger Malaysia dan 5 orang blogger Indonesia. Rasanya para blogger memang tahu apa itu SBB. Cuma kalau bukan blogger tu maybe dorang tak tahu SBB ni apa. SBB adalah singkatan kepada Sepetang Bersama Blogger, satu gathering tahunan blogger yang dianjurkan oleh Denaihati Network.
Pagi-pagi lagi aku naik KTM dari Bandar Tasik Selatan ke Bangi. Dari Bangi aku gerak sama-sama dengan Zira dan Nina. Around pukul 8 pagi kitorang dah sampai. Daftar, salin baju dan breakfast. Lepas tu lepak-lepak kejap sementara tunggu blogger lain sampai. Sebelum memulakan Treasure Hunt, kami buat senaman ringan dulu dan dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Roughly satu team ada 8 orang.
Exercise dulu. Credit pic to Rasul
Ahli kumpulan 2
Terdapat 6 checkpoint. Pelbagai task yang diberikan sepanjang aktiviti Treasure Hunt ni berlangsung. Antara task yang perlu kami lakukan adalah menyusun puzzle, apungkan jarum atas air, permainan si buta pekak dan bisu, meletakkan tin minuman Yeo's dalam posisi 45 darjah, buat dubsmash, menyanyi, dan menulis entry live update tentang SBB Yeo's 2015.
First time wall climbing
Setelah selesai tugasan terakhir, kami dihidangkan dengan lunch yang ditaja oleh Bakarlah BBQ. Alhamdulillah, best menu yang terhidang, Selesai makan, solat dan rehat, sekitar jam 2 petang, bermula sesi perkongsian ilmu dan pengalaman dalam suasana yang santai oleh Aqif Azizan selaku pakar copywriter, Anazkia blogger Indonesia dan Haji Masrukhin yang merupakan CEO eQurban.
Credit pic to Shakiddo
Kemudiannya sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu. Nampaknya aku kurang bertuah sebab tak terpilih untuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah gadget. Tapi, alhamdulillah tanpa disangka-sangka kumpulan aku menang tempat pertama untuk acara Treasure Hunt. Tak sangka betul weyh. Memang tak expect langsung sebab kitoran rasa macam banyak je task yang kitorang gagal buat. Tapi yang task bonus memang mostly kitorang buat la. Mungkin markahnya lebih pada tugasan bonus. Untuk contest Sitkom Yeo's pulak, aku hanya menang saguhati.
Kemenangan yang tak disangka. Credit pic to Rasul
Pengalaman yang cukup bermakna bagi aku. Aku memang suka outdoor activity macam ni kalau nak compare dengan indoor activity. Kalau indoor activity selalunya memang boleh buat aku mengantuk. Haha. SBB Yeos 2015 mencipta banyak kenangan untuk aku. Selain dapat tambah ramai kenalan baru, activity macam ni jugak memang sesuai sangat la untuk release stress. Thanks kepada pihak penganjur Denaihati Network, pihak urusetia yang berpenat lelah aturkan semua ni untuk kami, pihak penaja untuk SBB Yeos 2015 ni : Yeo's Malaysia, Jopana.my, The Sumbs Cafe, eQurban, Jam Tawaf Magnetik Denaihati, Bakarlah BBQ n Rental, Kumpulan Media Karangkraf, Photographer Photolicious, Perbadanan Putrajaya, dan persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Credit pic to Miekael
meriahnya..
ReplyDeletekalau ada lagi kolin nak join jugaklah.
tahun ini macam takde rezeki :(
tahniah sebab menang..ehhe
ReplyDelete