Fouziah Gous dan suami sebagai duta terbaru Enchanteur Love. - emilinda

Thursday, June 25, 2015

Fouziah Gous dan suami sebagai duta terbaru Enchanteur Love.


Last week aku berkesempatan hadir ke majlis memperkenalkan duta terbaru bagi produk Enchanteur Love. Majlis tu diadakan di Maison Franchaise. Ada ke yang tak tahu produk Enchanteur? Macam pelik je kalau ada yang taktau. Aku dari zaman sekolah dulu memang dah kenal produk ni. Bukan setakat kenal, tapi aku pernah guna rangkaian produk enchanteur sejak zaman sekolah menengah. Kalau kat tv, iklan Enchanteur ni semua yang pesen-pesen romantik gitu haa. Sesuai sangat dengan wangian Enchanteur yang melambangkan suasana romantik.

Sampai-sampai je terus bergambar. Ewahhh, haha.

Majlis haritu menampilkan Jojo Struys sebagai pengacara. Tertanya-tanya, siapalah agaknya duta terbaru untuk Enchanteur ni. Kalau sebelum ni selalu nampak Sazzy Falak dan husbandnya Nazril kat iklan Enchanteur. Nampaknya lepas ni ada duta baru. Enchanteur mengumumkan Fouziah Gous dan pasangannya Zhafran sebagai duta terbaru Enchanteur Love. Cantik sangat Fouziah Gous ni. First time tengok dia secara live. Sweet and loving betul pasangan Fouziah Gous dengan Zhafran ni. 



Enchanteur Love yang direka bertujuan membangkitkan rasa cinta ni mengetengahkan 3 wangian iaitu Enchanteur Forever Love Eau de Toilette, Enchanteur Celebrate Love Eau de Toilette, dan Enchanteur Passionate Love Eau de Toilette.

Enchanteur Celebrate Love Eau de Toilette, untuk meraikan cinta yang sejati

Encanteur Forever Love Eau de Toilette, unfolds the promise of an everlasting love

Enchanteur Passionate Love, membangkitkan rasa cinta yang intim

Rangkaian produk Enchanteur Love ini boleh didapati di pasaran dengan hanya RM33.50/sebotol 50ml termasuk GST. Boleh didapati di mana-mana supermarket, hypermarket, farmasi dan kedai-kedai terpilih. 


Untuk keterangan lanjut boleh layari :




2 comments:

  1. tak ajak pn, T_T zira memang guna minyak wangi ni

    ReplyDelete
  2. @iuzira : heee takleh nak ajak sebab emi pegi pun sebagai orang lain punya +1 je. Hehe. Next time ada peluang event lain kita ajak :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.