Assalamualaikum.
Entry hari ni aku nak share tentang satu aktiviti yang seronok dilakukan bersama kanak-kanak. Aktiviti ni aku selalu jugak la buat dengan anak buah aku, Qaseh. Sometimes kalau aku nak kena babysit dia, aku akan umpan dia dengan aktiviti macam ni la supaya dia tak bosan. Yela, budak-budak pun bosan jugak main sensorang. Normally Qaseh kalau umpan dia dengan laptop, dia dah okay dah. Khusyuk je layan Youtube, tengok cartoon. Dia kalau dapat Youtube je especially dekat smartphone, terus aku rasa rumah tu takde budak kecik. Sunyi je. Sebab dia akan ralit dengan Youtube dan tak kacau orang dah, tak merengek dah. Lama-lama aku pulak yang rasa bosan sebab dia tak kacau aku, tak bergurau-gurau dengan aku. Ada bagusnya jugak dia tengok Youtube sebab aku perasan dia cepat belajar dari apa yang dia tengok kat Youtube tu. Seawal 2 tahun dia dah boleh baca ABC sampai Z dengan agak lancar tapi still ada pelat dia. Dan lagu kanak-kanak pun ada a few yang memang dia hafal. Kitorang takde la ajar sangat pun benda-benda tu, mostly dia belajar dari Youtube dan TV. Tapi kita sendiri pun tahu, tak elok jugak kalau kanak-kanak ni didedahkan dengan gadget secara terlampau sebab dorang cenderung untuk addicted. Untuk kita yang dewasa ni pun memang tak elok, apatah lagi untuk kanak-kanak.
Kesayangan CikMie
Sometimes aku akan alihkan perhatian dia dengan ajak dia main lantun-lantun bola, ajak selfie *kahkah*, ajak buat collage, ajak main play-doh. ajak dia melukis *menconteng to be exact*, ajak dia menyanyi sama-sama, main mekap-mekap, and a few more simple activities. Yela, kalau aku tak buat semua tu dan dalam masa sama tak bagi dia tengok Youtube, memang melalak cari Mama Papa dia la. Haha. Mahu bingit satu flat ni dengar dia melalak. Hahahaha. So kebetulan one day tu masa aku pergi Wangsa Walk dengan Nad, aku ternampak Finger Paint ni. Terus aku beli sebab teringat kat Qaseh, boleh jadikan satu lagi aktiviti yang boleh aku buat dengan dia.
Ada dijual kat sesetengah bookstore tapi tak semua la. Harga tak sampai sepuluh ringgit pun.
Finger Paint ni macam water colour la lebih kurang. Tapi memang untuk have fun dengan kanak-kanak pun. Pewarna dia a bit pekat dan likat sikit la. Alah, cat yang untuk budak-budak main guna tangan je tu. Buat hand print, foot print pelbagai warna kat kertas. Bagus untuk meransang creativity kanak-kanak. Dekat kotak tu dia tulis untuk 3 tahun ke atas, tapi aku bagi je Qaseh main. Takpe kot sebab sentiasa dibawah pengawasan orang dewasa. Memang tak lepas pandang, aku pun turut sama main benda ni dengan Qaseh. Haha. Finger Paint ni selamat untuk kanak-kanak, non-toxic and acid-free.
All we need is a box of Finger Paint, brush, a large paper *for me, aku guna mahjong paper*, wet tissue (optional) *untuk lap tangan dia tiap kali dia nak tukar warna*. Takyah guna wet tissue pun takpe, basuh je guna air terus. Tapi macam aku, aku malas nak usung Qaseh ke bilik air berulang kali. Sebab tu guna wet tissue.
Eksaited betul Qaseh tiap kali ajak main Finger Paint ni. Dah macam boy dah Qaseh rambut pendek.
Selalu suruh dia pilih nak buat warna apa. Saja la bagi dia pilih sendiri. At the same time boleh melatih dia untuk membezakan dan mengingati warna-warna yang ada.
Cepat kering pewarna tu. So takyah nak tunggu lama untuk kemaskan barang lepas siap main. Finger Paint ni selalunya kalau dah siap main, aku sorok dalam bilik aku. Sebab karang kalau Qaseh nampak, wajib tiap-tiap hari dia mintak nak main benda alah ni. Tak larat aku nak layan dia main benda ni tetiap hari. Haha. Mereputlah CikMie awak ni bersama Finger Paint tu nanti.
seronok dia budak2 main benda alah tu
ReplyDelete