U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera. - emilinda

Tuesday, May 26, 2015

U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera.

Assalamualaikum korang !

Ada tak yang suka lepak dekat Wangsa Walk? Atau yang memang tinggal berdekatan dengan Wangsa Walk. Haaa , entry kali ni nak cerita tentang menu-menu yang superb dekat salah satu restoran di Wangsa Walk iaitu U-Cafe Wangsa Walk. Bagi yang tak tahu, lokasi U-Cafe ni adalah bersebelahan Old Town White Coffee. Dari tempat parking dah boleh nampak U-Cafe ni. Sabtu lepas aku ada la join rakan blogger gathering kat U-Cafe Wangsa Walk ni, sambil buat food review. Alhamdulillah, suka sangat. Thanks Eina sebab pelawa Emi join food review kali ni. Thanks jugak dekat my event partner, kak Eyza sebab tumpangkan Emi. Secara tak langsung dapat kenal lebih ramai blogger lain . Ada yang dah pernah jumpa dan kenal, ada yang first time jumpa. Actually most of them memang aku kenal kat alam maya ni sebab aku baca blog dorang, silent reader gitu. Bila dah join event ni baru lah dapat bersua muka. Itu pun aku macam malu-malu je nak tegur. Almaklum, iols kan pemalu orangnya *muntah hijau please*. Haha. Pemalu dengan orang yang tak biasa je, once dah kenal nanti memang peramah tak ingat dunia ha.


U-Cafe Wangsa Walk ni ada 2 tingkat. Bahagian atas tu cantik dan selesa sangat. Memang sesuai la nak bawak family makan-makan atau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Sambil makan, dengar lagu-lagu yang pihak U-Cafe putarkan. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok suasana kat luar dari tingkat atas U-Cafe. Santai je suasana kat situ.



Nasi Kukus Ayam Berempah RM3

Haaa, nasi kukus ayam berempah hanya RM3 sahaja. Bertuah betul orang yang tinggal berdekatan Wangsa Walk. Nak berjimat tu boleh sangatlah. Habis jimat dah tu. Dengan RM3 dah boleh dapat nasi + ayam goreng berempah + ulam + sambal belacan dihidang beralaskan daun pisang. Semerbak je bau kan. Promosi nasi kukus ayam berempah RM3 ni adalah dari jam 12 tengah hari sehingga 2 petang. Orang yang suka makan pedas confirm suka sebab sambal belacan dia tu memang cukup pedas la. 

Memandangkan perut aku ni jenis yang tak tahan pedas, makanya sambal belacan tu aku usik sesiket je.


Menu Baru untuk Hidangan Ramadhan

Lepas dah menyantap nasi kukus ayam berempah tu, kami dihidangkan pulak dengan beberapa menu baru bersempena Ramadhan tak lama lagi.

Sup daging. Sumpah sedap! Masa nak ambik tu ambik sikit je sebab kenkonon kalau ambik banyak tapi tak habis kang membazir. Dah rasa, terus nyesal ambik sikit. Nak bangun pergi tambah segan pulak. Hihi. Dagingnya lembut, rasa sup pun sedap. Ada sayur-sayur dan suhun sekali. Pedas, tapi sebab sedap so aku abaikan je rasa pedas tu. 

Yang ni kerabu sayur tak silap aku, Ada ikan jugak la dalam kerabu ni. Fyi, aku ni memang penggemar kerabu.

Haa gambar kat atas ni kurma dan Belacan Chicken Boxing. First time tau aku makan ayam yang ada rasa belacan macam ni. Not bad, sedap kot. Tapi sebab memikirkan makanan-makanan lain akan menyusul kejap lagi, so aku makan seketul jela ayam ni. 


Menu Ala Carte U-Cafe 

Yang menu ala carte ni betul-betul menguji la bagi sesape yang tengah diet. Nasib baik aku tak diet, so bantai je makan selagi perut ni masih boleh terima. Satu persatu menu dihidangkan depan mata. Bahagia perut untuk petang tu. Hehe.

Seafood Platter - mashed potatoes, ikan salmon, udang tempura dan deep fried calamari dalam satu hidangan. Favourite aku dari dulu hingga sekarang, udang tempura. Sedap betul. Rasanya udang tempura tu kalau bagi sepinggan untuk aku sorang pun aku boleh habiskan.

Combo Platter - Goreng-gorengan seperti Popcorn Chicken, French Fries, Spring Roll, Potato Wedges dan Fish Fillet. Dalam set Combo platter ni paling aku suka Popcorn Chicken dan Spring Roll. Spring roll tu sedaplah, isi kat dalam dia tu macam ada seafood gitu.

Deconstructed Caesar Salad - Haaa ini kalau yang tengah diet tu memang sesuai sangatlah. Tapi kalau aku, aku tak order yang ni. Aku order menu lain sebab aku tak diet pun. Lagi nak tambah berat badan ada la. Lalalalaaaa~ *mementang makan banyak pun badan duk kurus kering camtu jugak, haha*

Italian Beef Carbonara with Egg Yolk - Next time kalau aku pergi makan kat U-Cafe ni, memang ini menu pertama yang aku akan order. Sumpah sedap. Rasa sos dia yang creamy tu memang umpphh sangat-sangat la. Memang kena dengan tekak penggemar cheese macam aku ni.  Actually kat atas spaghetti tu ada egg yolk tau. Tapi aku tangkap gambar salah angle pulak, terus tak nampak egg yolk tu. 

Signature Combo Mix Grilled - Lamb Grilled, Chicken Chop, Beef Bacon, Mashed Potatoes and vegetables in a plate. Suka sos chicken chop tu. Sedap !

Lamb Rack - Ini kalau dapat kat penggemar kambing memang tak pandang dah menu lain. Aku takde la penggemar kambing pun, tapi aku makan je kambing ni. Pergi makan kat mana-mana pun kalau ada menu kambing panggang ke, memang rasa rugi je kalau tak try.

Flying Fish Rice with Soy Sauce - Perghhh, ikan ni digoreng garing. Kalau tengah lapar memang terbuka selera betul. Makan dengan nasi panas-panas, cicah sos kicap.

Jangan sangka aku kurus kering ni takleh makan banyak. Heheh

Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice - Butter Chicken tu mula-mula aku try aku rasa macam ada rasa masin. Then try lagi , eh macam manis. Masin manis gitu, dua-dua rasa ada. Kreatif betol letak sayur dalam keladi. Hehe

Fried Asparagus & Prawn - Yang jenis makan nasi wajib ada sayur, sila order yang ni. Aku try udang tu je hari tu sebab dah kenyang sangat.

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf - Yang ni namanya kemain panjang. Tak cukup nafas nak sebut. Nasi goreng ni di masak dalam daun teratai tau. Unik sangat. Tak jumpa kat tempat lain.

Nasi Lemak - Time ni mata aku nampak ayam 2 ketul tu je. Menggoda betul ayam goreng tu. Hahah

Nasi Lemak Kari Ayam - Dah bosan makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, ayam goreng? Haa boleh try yang ni.

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry - Kari hijau ni tak silap aku berasal dari Siam, memang famous kat sana. 

Penang Curry Laksa - Nampak tempting sangat kan? Habis semangkuk memang puas hati.

Cantonese Kuew Teow With Seafood - Kuew Teow goreng memang fevret aku dari dulu sampai la sekarang. 


Okay, yang atas tu aku dah lupa namanya apa. Haha. Maaplah, short term memory sangat aku ni. Banyak makan semut agaknya. Yang kat bawah ni pulak Laksa. Laksa ni sedap. Korang mesti cuba laksa ni. 


Alhamdulillah, kenyang perut hati gembira. Hehe. Padahal try rasa sikit-sikit je untuk setiap menu, but still memang kenyang. Portion setiap hidangan tu besar, memang tak habis kalau makan sorang. Layanan staff dan krew U-Cafe Wangsa Walk memang tiptop! Kalau nak buat birthday party ke apa ke, pun pihak U-Cafe boleh arrangekan. Bagitahu je nak tema apa. 


Rakan-rakan blogger yang ada pada hari tu. Happening betul kalau dah berkumpul ramai-ramai macam ni. 

Candid photo by blogger Jamar Bahar . Time ni tengah kusyuk sangat tangkap gambar makanan, pastu stress tak puas hati kenapa gambar makanan yang aku tangkap tak nampak menyelerakan macam orang lain. Hahaha. Tangan tak berseni aku ni. 


Alamat U-Cafe Wangsa Walk :
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel : 03 41319686
Facebook : U-Cafe


4 comments:

  1. ni geng meja banyak makan tu kan hehehe...tgk gmbr nt entri ni, terasa lapar la pulop

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Puas hati makan...bila time lapo aishh kenapa la xtelan mknn2 yg xabes tu hahha... Sedapp sgtt

    ReplyDelete
  3. terasa lapar balik bila tengok semua menu2 ni...huhu

    ReplyDelete
  4. syiok nya, wah ada aina, kak julia, kak idayu 1 table, kompem syiok.terliur tegok carbonara

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.