Hai korang, hari Ahad camni korang buat apa? Aku tahu kalau individu yang bekerja, selalunya akan seboleh mungkin duduk rumah je hari Ahad. Kalau keluar pun hari Sabtu. Sebab Ahad nak rehat, Isnin dah kena masuk kerja balik. Baiklah, aku tumpang sedih untuk korang. Kehkeh *kau tunggu jela Emi, kelak kau akan merasakan perkara yang sama*. Okay, aku bukan nak bercerita pasal buat apa hari minggu. Bukan jugak nak bercerita tentang tips isi masa dihari minggu. Aku nak sambung cerita tentang koleksi Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly. Ingat tak, aku pernah cerita pasal Yaya Rosly ni few weeks ago. Ingat tak? Kalau tak ingat, meh baca balik kat SINI - Yaya Rosly, the specialist for petite size clothing!.
Black durrah Chaftan by Yaya Rosly. Material lembut dan selesa, tak panas. Dan yang penting sizing memang kena sangatlah dengan si genit macam aku ni, walaupun Durrah Chaftan ni merupakan free size.
Dalam blog entry hari tu aku ada mention bahawasanya Yaya Rosly akan keluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) Raya sebelum Ramadhan tahun ni. Haaa, Ramadhan pun dah tak lama lagi kan. Maksudnya bila-bila masa aje Yaya Rosly akan release koleksi Ready To Wear Raya rekaan beliau. Macam yang aku cakap hari tu, design baju raya dari Yaya Rosly ni dikeluarkan secara limited in quantity. Untuk setiap design, hanya terdapat beberapa pasang sahaja. Kalau dah habis, kira melepas lah korang. Berputih mata la jawabnya. Memang kalau korang request suruh Yaya produce lagi design yang sama sekalipun, dia takkan tunaikan permintaan korang tu. So, apa perlu korang buat supaya tak berputih mata nanti tengok design yang korang berkenan dah habis kena beli dengan orang lain? Haaa kejap lagi aku bagitahu apa yang korang kena buat. For now aku nak tunjukkan TEASER READY TO WEAR (RTW) RAYA BY YAYA ROSLY dulu. *saja la kan nak kasi korang rasa eksaited sikit*.
Haaa, teruja tak? Dah nama pun teaser kan, sebab tu la kasi tunjuk gambar black and white je. Kalau tunjuk yang dah berwarna, dah tak jadi surprise la nanti. Ah tension tau nak tunggu Yaya upload gambar Ready To Wear Raya 2015 ni. Hari-hari aku duk stalk Yaya Rosly punya instagram. Tak sabar tau. Kalau korang pun tak nak terlepas koleksi raya 2015 by Yaya Rosly ni, better korang alert sikit. Apa nak kena buat supaya tak terlepas peluang untuk beli koleksi Ready To Wear Raya Yaya Rosly ni ?
Sila FOLLOW Instagram Yaya Rosly. Sekarang. Jangan nak tangguh-tangguh lagi. Lepas tu sila la rajin-rajinkan diri korang untuk bukak Instagram Yaya Rosly ni.
Instagram : @yayarosly
Banyaknye jual baju raya sekarang kan. Iye la, ramadhan pun nak dekat dah :)
ReplyDeletenak pergi stalk jugak lah Instagram yaya Rosly ni.. hahaha
ReplyDeleteeh lawaaaaa koleksi yaya rosly, tgk korang review ....
ReplyDeleteOwhh rtw to ready to wear..huhu
ReplyDelete