May 2015 - emilinda

Sunday, May 31, 2015

TEASER Ready To Wear (RTW) Raya 2015 by Yaya Rosly

May 31, 2015 4
TEASER Ready To Wear (RTW) Raya 2015 by Yaya Rosly


Hai korang, hari Ahad camni korang buat apa? Aku tahu kalau individu yang bekerja, selalunya akan seboleh mungkin duduk rumah je hari Ahad. Kalau keluar pun hari Sabtu. Sebab Ahad nak rehat, Isnin dah kena masuk kerja balik. Baiklah, aku tumpang sedih untuk korang. Kehkeh *kau tunggu jela Emi, kelak kau akan merasakan perkara yang sama*. Okay, aku bukan nak bercerita pasal buat apa hari minggu. Bukan jugak nak bercerita tentang tips isi masa dihari minggu. Aku nak sambung cerita tentang koleksi Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly. Ingat tak, aku pernah cerita pasal Yaya Rosly ni few weeks ago. Ingat tak? Kalau tak ingat, meh baca balik kat SINI - Yaya Rosly, the specialist for petite size clothing!.

Black durrah Chaftan by Yaya Rosly. Material lembut dan selesa, tak panas. Dan yang penting sizing memang kena sangatlah dengan si genit macam aku ni, walaupun Durrah Chaftan ni merupakan free size. 

Dalam blog entry hari tu aku ada mention bahawasanya Yaya Rosly akan keluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) Raya sebelum Ramadhan tahun ni. Haaa, Ramadhan pun dah tak lama lagi kan. Maksudnya bila-bila masa aje Yaya Rosly akan release koleksi Ready To Wear Raya rekaan beliau. Macam yang aku cakap hari tu, design baju raya dari Yaya Rosly ni dikeluarkan secara limited in quantity. Untuk setiap design, hanya terdapat beberapa pasang sahaja. Kalau dah habis, kira melepas lah korang. Berputih mata la jawabnya. Memang kalau korang request suruh Yaya produce lagi design yang sama sekalipun, dia takkan tunaikan permintaan korang tu. So, apa perlu korang buat supaya tak berputih mata nanti tengok design yang korang berkenan dah habis kena beli dengan orang lain? Haaa kejap lagi aku bagitahu apa yang korang kena buat. For now aku nak tunjukkan TEASER READY TO WEAR (RTW) RAYA BY YAYA ROSLY dulu. *saja la kan nak kasi korang rasa eksaited sikit*.







Haaa, teruja tak? Dah nama pun teaser kan, sebab tu la kasi tunjuk gambar black and white je. Kalau tunjuk yang dah berwarna, dah tak jadi surprise la nanti. Ah tension tau nak tunggu Yaya upload gambar Ready To Wear Raya 2015 ni. Hari-hari aku duk stalk Yaya Rosly punya instagram. Tak sabar tau.  Kalau korang pun tak nak terlepas koleksi raya 2015 by Yaya Rosly ni, better korang alert sikit. Apa nak kena buat supaya tak terlepas peluang untuk beli koleksi Ready To Wear Raya Yaya Rosly ni ?

Sila FOLLOW Instagram Yaya Rosly. Sekarang. Jangan nak tangguh-tangguh lagi. Lepas tu sila la rajin-rajinkan diri korang untuk bukak Instagram Yaya Rosly ni. 


Instagram : @yayarosly

Saturday, May 30, 2015

MOVIE : SPY

May 30, 2015 0
MOVIE : SPY


Sape dah tengok movie SPY, angkat tangannnn! Haha. Last week selepas pelancaran produk PERFECTO Popcorn, diadakan special screening filem Spy untuk kami para hadirin. Filem SPY ni genre aksi lawak.


Cerita SPY ni mengisahkan tentang Susan Cooper (Melissa McCarthy), seorang agen CIA yang bertugas sebagai pembantu kepada agen Bradley Fine (Jude Law). Sebagai pembantu kepada Fine, Susan Cooper ni hanyalah bekerja di pejabat dan tidak pernah bekerja/berdepan dengan situasi sebenar seorang agen. Means dia hanya jadi tukang cakap/informer yang bagitahu apa-apa info dekat Fine sahaja. Susan merasakan diri dia ni hanya layak bekerja di pejabat sahaja sebagai pembantu Fine dan takkan pernah bekerja sebagai agen yang sebenar. One day, Fine telah dibunuh oleh penjenayah Raina Boyanov (Rose Byrne), seorang penjual senjata pasaran gelap. Memandangkan Raina dah tahu tentang agen CIA yang lain, so Susan Cooper ni nekad nak keluar sendiri sebagai agen di lapangan untuk selesaikan kes tu demi nak balas dendam atas kematian Fine. Maka bermula la macam-macam penyamaran Susan Cooper demi menjayakan misi tu. Nak tahu kesudahan cerita ni sila tengok sendiri. Tak rugi, okay.



Lawak gila cerita ni. Tak kering gusi sepanjang kat dalam cinema tu. Dari awal sampai la cerita tu habis, memang tak lekang dengan aksi kelakar. Dorang punya lawak nampak cool je dan tak nampak macam lawak yang dibuat-buat. Watak Rick Ford (Jason Statham) pun lawak jugak, seorang agen yang agak panas baran dan suka bertindak sendiri tetapi end up apa yang dia buat selalu merosakkan rancangan Susan Cooper. Sesape yang belum tengok lagi tu dipersilakanlah tengok. Aku memula memang tak expect cerita ni best. Aku ingat cerita ni macam bosan gitu. Rupanya sangkaan aku meleset. Bila dah tengok sendiri ni, aku memang suggest la korang tengok cerita Spy ni. Terbaik!

Recommended sangat-sangat!


Layan movie bersama Perfecto Popcorn

May 30, 2015 0
Layan movie bersama Perfecto Popcorn

Hai kaki wayang sekalian ! Aku ? Ntahlah , macam belum boleh dikategorikan sebagai kaki wayang je. Haha. Aku tahu korang ni kalau pergi tengok wayang, tak sah kalau tak angkut popcorn sekali masuk hall kan ? Biasalah, popcorn ni memang sinonim dengan wayang. Asal pergi tengok wayang je, beli popcorn. Boleh dikatakan dah jadi satu kemestian untuk makan popcorn time tengok wayang. Rasa tak lengkap nak tengok wayang tanpa popcorn. Kalau boleh time tengok movie kat rumah pun nak ada popcorn jugak. Kalau tengok movie kat rumah takdela kita gigih nak pergi beli popcorn kat panggung wayang kan? Haha. Sah-sah aku tibai apa-apa jajan yang ada kat rumah ni. As long as ada something untuk aku kunyah sepanjang tengok movie tu. Haih , penat jugak nak berbahasa basi ni. Okay lah jom straight to the point. Ada berita gembira buat kaki wayang sekalian. Pada 27 Mei 2015, PERFECTO telah memperkenalkan produk terbaru iaitu PERFECTO Popcorn. Haaa ini dia peneman setia korang tiap kali tengok movie lepas ni.

Fully coated on every popcorn!


PERFECTO Popcorn didatangkan dalam 3 perisa klasik iaitu "Ultimate Caramel", "Chocolate In Love", dan "French Vanilla"


Aku dan beberapa rakan blogger turut hadir sama semasa majlis pelancaran PERFECTO Popcorn ni. Mula-mula aku macam blur jugak, apa benda PERFECTO Popcorn ni. Tapi bila dah sampai kat sana baru lah dapat gambaran. Majlis pelancaran diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara. Memandangkan popcorn ni memang sinonim sangat dengan wayang, makanya turut diadakan special screening filem SPY. KLIK SINI UNTUK BACA REVIEW FILEM SPY. Of course la layan movie SPY sambil ditemani PERFECTO Popcorn. Masa tu la first time aku try PERFECTO Popcorn ni. Ternyata taste bud aku ni suka flavor Chocolate In Love berbanding flavor lain. 

Memula sampai terus ajak Kak Eyza dan Kak Nad bergambar.

Bergambar dekat photo booth dulu.

Flavor yang paling aku suka berbanding 2 lagi flavor.

Noniswara, yang pegang watak Bonda kepada Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan.


Rasa diri ni pendek gila. Tapi Kamal Adli ni lelaki, normal la dia lebih tinggi dari perempuan *ayat sedapkan hati*

Okay, kali ni betul;betul rasa pendek. Haha. Maigaddd, Tinggi betul Julia Ziegler ni.

Packaging PERFECTO Popcorn ni memang kasi feeling tengok movie betul. Harga pun affordable sangat dan mudah didaati di kedai-kedai seluruh Malaysia. Ada 2 saiz iaitu small pouch 85g dengan harga RM4.50 dan big pouch 160g dengan harga RM7.50

Suka sangat pillow PERFECTO tu. Comel.






Untuk tahu lebih detail pasal produk PERFECTO popcorn ni sila layari Facebook page PERFECTO : www.facebook.com/PerfectoSnacks .

Tuesday, May 26, 2015

U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera.

May 26, 2015 4
U-Cafe Wangsa Walk, pelbagai hidangan memikat selera.
Assalamualaikum korang !

Ada tak yang suka lepak dekat Wangsa Walk? Atau yang memang tinggal berdekatan dengan Wangsa Walk. Haaa , entry kali ni nak cerita tentang menu-menu yang superb dekat salah satu restoran di Wangsa Walk iaitu U-Cafe Wangsa Walk. Bagi yang tak tahu, lokasi U-Cafe ni adalah bersebelahan Old Town White Coffee. Dari tempat parking dah boleh nampak U-Cafe ni. Sabtu lepas aku ada la join rakan blogger gathering kat U-Cafe Wangsa Walk ni, sambil buat food review. Alhamdulillah, suka sangat. Thanks Eina sebab pelawa Emi join food review kali ni. Thanks jugak dekat my event partner, kak Eyza sebab tumpangkan Emi. Secara tak langsung dapat kenal lebih ramai blogger lain . Ada yang dah pernah jumpa dan kenal, ada yang first time jumpa. Actually most of them memang aku kenal kat alam maya ni sebab aku baca blog dorang, silent reader gitu. Bila dah join event ni baru lah dapat bersua muka. Itu pun aku macam malu-malu je nak tegur. Almaklum, iols kan pemalu orangnya *muntah hijau please*. Haha. Pemalu dengan orang yang tak biasa je, once dah kenal nanti memang peramah tak ingat dunia ha.


U-Cafe Wangsa Walk ni ada 2 tingkat. Bahagian atas tu cantik dan selesa sangat. Memang sesuai la nak bawak family makan-makan atau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan. Sambil makan, dengar lagu-lagu yang pihak U-Cafe putarkan. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok suasana kat luar dari tingkat atas U-Cafe. Santai je suasana kat situ.



Nasi Kukus Ayam Berempah RM3

Haaa, nasi kukus ayam berempah hanya RM3 sahaja. Bertuah betul orang yang tinggal berdekatan Wangsa Walk. Nak berjimat tu boleh sangatlah. Habis jimat dah tu. Dengan RM3 dah boleh dapat nasi + ayam goreng berempah + ulam + sambal belacan dihidang beralaskan daun pisang. Semerbak je bau kan. Promosi nasi kukus ayam berempah RM3 ni adalah dari jam 12 tengah hari sehingga 2 petang. Orang yang suka makan pedas confirm suka sebab sambal belacan dia tu memang cukup pedas la. 

Memandangkan perut aku ni jenis yang tak tahan pedas, makanya sambal belacan tu aku usik sesiket je.


Menu Baru untuk Hidangan Ramadhan

Lepas dah menyantap nasi kukus ayam berempah tu, kami dihidangkan pulak dengan beberapa menu baru bersempena Ramadhan tak lama lagi.

Sup daging. Sumpah sedap! Masa nak ambik tu ambik sikit je sebab kenkonon kalau ambik banyak tapi tak habis kang membazir. Dah rasa, terus nyesal ambik sikit. Nak bangun pergi tambah segan pulak. Hihi. Dagingnya lembut, rasa sup pun sedap. Ada sayur-sayur dan suhun sekali. Pedas, tapi sebab sedap so aku abaikan je rasa pedas tu. 

Yang ni kerabu sayur tak silap aku, Ada ikan jugak la dalam kerabu ni. Fyi, aku ni memang penggemar kerabu.

Haa gambar kat atas ni kurma dan Belacan Chicken Boxing. First time tau aku makan ayam yang ada rasa belacan macam ni. Not bad, sedap kot. Tapi sebab memikirkan makanan-makanan lain akan menyusul kejap lagi, so aku makan seketul jela ayam ni. 


Menu Ala Carte U-Cafe 

Yang menu ala carte ni betul-betul menguji la bagi sesape yang tengah diet. Nasib baik aku tak diet, so bantai je makan selagi perut ni masih boleh terima. Satu persatu menu dihidangkan depan mata. Bahagia perut untuk petang tu. Hehe.

Seafood Platter - mashed potatoes, ikan salmon, udang tempura dan deep fried calamari dalam satu hidangan. Favourite aku dari dulu hingga sekarang, udang tempura. Sedap betul. Rasanya udang tempura tu kalau bagi sepinggan untuk aku sorang pun aku boleh habiskan.

Combo Platter - Goreng-gorengan seperti Popcorn Chicken, French Fries, Spring Roll, Potato Wedges dan Fish Fillet. Dalam set Combo platter ni paling aku suka Popcorn Chicken dan Spring Roll. Spring roll tu sedaplah, isi kat dalam dia tu macam ada seafood gitu.

Deconstructed Caesar Salad - Haaa ini kalau yang tengah diet tu memang sesuai sangatlah. Tapi kalau aku, aku tak order yang ni. Aku order menu lain sebab aku tak diet pun. Lagi nak tambah berat badan ada la. Lalalalaaaa~ *mementang makan banyak pun badan duk kurus kering camtu jugak, haha*

Italian Beef Carbonara with Egg Yolk - Next time kalau aku pergi makan kat U-Cafe ni, memang ini menu pertama yang aku akan order. Sumpah sedap. Rasa sos dia yang creamy tu memang umpphh sangat-sangat la. Memang kena dengan tekak penggemar cheese macam aku ni.  Actually kat atas spaghetti tu ada egg yolk tau. Tapi aku tangkap gambar salah angle pulak, terus tak nampak egg yolk tu. 

Signature Combo Mix Grilled - Lamb Grilled, Chicken Chop, Beef Bacon, Mashed Potatoes and vegetables in a plate. Suka sos chicken chop tu. Sedap !

Lamb Rack - Ini kalau dapat kat penggemar kambing memang tak pandang dah menu lain. Aku takde la penggemar kambing pun, tapi aku makan je kambing ni. Pergi makan kat mana-mana pun kalau ada menu kambing panggang ke, memang rasa rugi je kalau tak try.

Flying Fish Rice with Soy Sauce - Perghhh, ikan ni digoreng garing. Kalau tengah lapar memang terbuka selera betul. Makan dengan nasi panas-panas, cicah sos kicap.

Jangan sangka aku kurus kering ni takleh makan banyak. Heheh

Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice - Butter Chicken tu mula-mula aku try aku rasa macam ada rasa masin. Then try lagi , eh macam manis. Masin manis gitu, dua-dua rasa ada. Kreatif betol letak sayur dalam keladi. Hehe

Fried Asparagus & Prawn - Yang jenis makan nasi wajib ada sayur, sila order yang ni. Aku try udang tu je hari tu sebab dah kenyang sangat.

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf - Yang ni namanya kemain panjang. Tak cukup nafas nak sebut. Nasi goreng ni di masak dalam daun teratai tau. Unik sangat. Tak jumpa kat tempat lain.

Nasi Lemak - Time ni mata aku nampak ayam 2 ketul tu je. Menggoda betul ayam goreng tu. Hahah

Nasi Lemak Kari Ayam - Dah bosan makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, ayam goreng? Haa boleh try yang ni.

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry - Kari hijau ni tak silap aku berasal dari Siam, memang famous kat sana. 

Penang Curry Laksa - Nampak tempting sangat kan? Habis semangkuk memang puas hati.

Cantonese Kuew Teow With Seafood - Kuew Teow goreng memang fevret aku dari dulu sampai la sekarang. 


Okay, yang atas tu aku dah lupa namanya apa. Haha. Maaplah, short term memory sangat aku ni. Banyak makan semut agaknya. Yang kat bawah ni pulak Laksa. Laksa ni sedap. Korang mesti cuba laksa ni. 


Alhamdulillah, kenyang perut hati gembira. Hehe. Padahal try rasa sikit-sikit je untuk setiap menu, but still memang kenyang. Portion setiap hidangan tu besar, memang tak habis kalau makan sorang. Layanan staff dan krew U-Cafe Wangsa Walk memang tiptop! Kalau nak buat birthday party ke apa ke, pun pihak U-Cafe boleh arrangekan. Bagitahu je nak tema apa. 


Rakan-rakan blogger yang ada pada hari tu. Happening betul kalau dah berkumpul ramai-ramai macam ni. 

Candid photo by blogger Jamar Bahar . Time ni tengah kusyuk sangat tangkap gambar makanan, pastu stress tak puas hati kenapa gambar makanan yang aku tangkap tak nampak menyelerakan macam orang lain. Hahaha. Tangan tak berseni aku ni. 


Alamat U-Cafe Wangsa Walk :
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel : 03 41319686
Facebook : U-Cafe


Monday, May 25, 2015

Review : Raily Collagen CC Cream

May 25, 2015 1
Review : Raily Collagen CC Cream


Semenjak dua menjak ni aku rasa berminat betul terhadap produk-produk kecantikan dan penjagaan diri . Almaklum la sejak merasakan diri makin tua ni , haruslah timbul kesedaran untuk tampil cantik sentiasa . Ewahhh , giteww ! Haha . Before ni pun takde la aku tak minat langsung pasal barang mekap dan penjagaan diri ni . Minat , cuma sekarang ni laaaagi minat dan suka bereksperimen dengan segala jenis produk . Pantang dengar orang bercerita pasal sesuatu produk , lelaju pi google selidik . Stalk sana , stalk sini semata nak tahu sesuatu produk tu okay ke tidak . Pantang ada peluang , memang laju aje aku nak mencuba . Asyik nak tambah koleksi barang-barang kecantikan aje kerjanya. Haha. Perempuan mana dalam dunia ni yang takmau nampak cantik hoii , semua pun kalau boleh nak sentiasa nampak cantik flawless gitu ha . Nak pulak sekarang ni banyak betul produk tempatan yang muncul kat pasaran hasil kerja keras rakyat Malaysia sendiri . Alhamdulillah , baguslah . Aku support usaha anak bangsa kita yang gigih pasarkan produk sendiri . Takde la kita nak bergantung pada kosmetik keluaran negara lain aje kan .


Entry kali ni aku nak ceritakan tentang Raily Collagen CC Cream , satu lagi koleksi terbaru yang ada dalam beg mekap aku yang tak berapa nak besar itu . Mula-mula tengok packaging CC Cream ni , aku macam "Eh cantiknya bekas dia!". Yela , color gold siap ada sparkling gitu . Nampak elegant sangat! Raily Collagen CC Cream ni merupakan hasil gabungan dan sentuhan teknologi dari France. Raily Collagen CC Cream menggunakan Salmon collagen sebagai bahan utama. Siap ada SPF50++ lagi uolss!


Tak susah pun nak apply Raily Collagen CC Cream ni ke muka . Just sapu macam sapu krim lain jugak. Sapu bagi rata seluruh wajah lepas dah cuci muka bersih-bersih. Setakat ni aku dah try pakai CC Cream ni beberapa hari . Not bad . Kakak aku balik kerja tanya aku , "Kau pakai apa kat muka?". And i was like , "Eh, dah lebih 6 jam kot , masih nampak cantik eh?". *Okay, perasan cantik kejap! Haha*. Aku pakai around pukul 11.30 pagi masa nak keluar pergi pos barang customer, pergi makan. Dah balik rumah siap duk bergolek-golek atas katil, siap duk berkaraoke sensorang dalam bilik. Then around pukul 7 malam gitu akak aku cakap muka nampak lain *Nak cakap muka nampak flawless kang korang kata aku perasan, kikiki*.

Nak tengok muka aku sebelum pakai CC Cream ni dengan selepas pakai tak? Heee actually malu jugak nak tunjuk muka poyo-poyo selfie sensorang dalam bilik semata-mata nak ambik gambar sebelum dan selepas pakai CC Cream ni. Awkward gila rasa.

 
Kiri gambar SEBELUM . Kanan pulak gambar SELEPAS . Dua-dua gambar ni langsung tak filter. Maaf kualiti gambar teruk sebab snap guna front camera dekat fon cabuk ni je . Alahai sedihnya tengok muka sendiri togel-togel. Ada nampak macam mayat hidup tak? Ada rasa macam tengok hantu tak? Haha. Nasib baik takde jerawat *ayat nak sedapkan hati*.


Boleh nampak beza kan?  Muka tak pakai pape memang nampak kusam sikit. Senang kata nampak tak berseri langsung . Dah senyum kemain lebar pun macam tu jugak nampak. Haha. Bila dah apply CC Cream ni , baru la feeling-feeling flawless sikit. Haha.  Lepas tu aku tak pakai bedak dah , terus dengan selamba dan yakinnya keluar jalan kaki tengah panas pergi pos barang customer lagi *rutin setiap hari, pos barang customer*. Oh ye, pasal eye bag tu toksah la korang tegur. Aku dan eye bag terpisah tiada, memang jenis yang selalu tidur lambat.

Tengok gambar sebelum dan selepas tu , teringat kat mak aku. Kalau kat kampung, mak aku selalu marah aku , "Pucat aje. Cuba la pakai lipstik sikit kat bibir tu.". Hal ini adalah kerana aku kurang suka pakai lipstik. Lagi suka pakai lip balm just taknak kasi bibir merekah. Kalau pakai lipstik pun, lagi suka pakai warna pudar dan tak terang, ala-ala color nude gitu. 

Nah Emak. Kerana selalu terkenangkan kata-kata puan emak, makanya saya rajinkan diri pakai lipstik sebelum keluar rumah. Walaupun lipstik ni warnanya tak terang.


Eh suka pulak rasanya pakai CC Cream ni. Excited pulak duk try CC Cream ni tetiap hari. Hihi. Tak payah nak pakai foundation ke, krim siang ke, sun block ke. Taknak pakai bedak pun takpe. Saiznya pun kecik je tak besar sangat, senang nak bawak ke mana-mana. Letak je dalam  beg. Dah la comel je botol CC Cream ni.


Harga Raily Collagen CC Cream 15ml
Semenanjung Malaysia RM65
Sabah Sarawak RM70


Macam mana nak dapatkan Raily Collagen CC Cream ni ? Here's the detail :
Facebook : RailyCosmetic 
Instagram : @railycosmetic
Email : railycosmetic@gmail.com
Contact Number : 011-32958062 / 017-9032179


Tuesday, May 19, 2015

Pakej Buffet Ramadhan 2015 Laman Kayangan, Shah Alam.

May 19, 2015 3
Pakej Buffet Ramadhan 2015 Laman Kayangan, Shah Alam.


Ramadhan dah mendekat . Tak lama je lagi . Mesti dah ramai yang tak sabar kan ? Bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap yang beragama Islam . Jangan kata yang beragama Islam , yang tak beragama Islam pun ramai yang suka bulan Ramadhan . Why ? Okay , kalau kita orang Islam ni , bulan Ramadhan memang bulan untuk kita gandakan amal ibadah kita kerana pahalanya pun berganda-ganda di bulan Ramadhan . Selain tu , memang tak dinafikan bulan Ramadhan suasana memang meriah sangat-sangat nak compare dengan bulan lain . Paling ketara , meriah dengan makanan la kan ? Haaaa , toksah nak menafikan . Puasa belum start lagi , masing-masing dah buat list tempat-tempat makan best untuk berbuka puasa nanti . Tak gitu ? Haha . Kemain ye korang ni . Kalau boleh tetiap hari nak berbuka puasa kat tempat-tempat best . Beberapa tahun kebelakangan ni aku perasan memang famous betul budaya berbuka puasa secara buffet ni . Aku sendiri pun tak terkecuali , tahun lepas baru start berjinak-jinak dengan budaya berbuka puasa secara buffet ni . Biasalah , nak jugak merasa berbuka puasa secara buffet kan ? Hihi . Okay , entry kali ini aku nak ceritakan tentang salah satu tempat yang best untuk buffet Ramadhan iaitu Laman Kayangan , Shah Alam . Mungkin korang boleh try berbuka kat Laman Kayangan tahun ni .


Hari Jumaat lepas , aku berpeluang join Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan anjuran Kumpulan Segi Seri dengan kerjasama Majlis Sukan negeri Selangor Holding . Thanks kepada blogger Shakiddo dan pihak Denaihati kerana sudi ajak join majlis tu . Untuk buffet Ramadhan pada tahun ini , Laman Kayangan membawakan tema Asean's Bazaar yang menghidangkan pelbagai menu bercirikan Asean Delight dan yang menariknya , pelbagai masakan dihidangkan menggunakan konsep warung . Terdapat 18 warung yang menyediakan pelbagai masakan yang berbeza . Memang excited la kan bila tengok macam-macam jenis masakan ada di sekeliling kita . Sedap-sedap pulak tu . Rasa macam nak try semua , malangnya perut ni taklah besar sangat . Haha . Takpe , bulan puasa nanti confirm aku akan pergi lagi .




Okay , jom kita tengok menu apa yang ada kat Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2015 yang akan bermula inshaAllah pada 3 Ramadhan 1436H bersamaan 20 Jun 2015 . Buffet Ramadhan ni akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan .



 WARUNG 1 : THE AZZURI - Pasta dengan sos Bolognese atau Carbonara



Aku memang lagi suka Carbonara instead of Bolognese


WARUNG 2 : EMPEROR GARDEN - Nasi Ayam ala Hainan dengan Ayam Stim atau Ayam Panggang




WARUNG 3 : THE POTS - Laksa Penang dan Laksa Johor




WARUNG 4 : NASI KANDAR - Nasi Putih , Daging Masak Hitam , Ayam Madu , Acar Rampai , Papadom




WARUNG 5 : SWEET TEMPTATIONS - Kek , Pastri , Puding, Buah-buahan, Kuih Muih Melayu dan Kurma







WARUNG 6 : HOT PAN - Apam Balik dan Roti John 





WARUNG 7 : MIX AND ROLL EM UP - Popiah , Rojak Buah , SomTam gaya Thai dan Melayu





WARUNG 8 : THE CARVE 1 & 2 - Sate Daging dan Ayam , Kambing Grill berserta 2 jenis Sos





WARUNG 9 : THE SNOWY - Pulut Mangga , Air Batu Campur (ABC) dan Laici Kang





WARUNG 10 : THE GRIDDLE - Ayam Teriyaki , Kway Teow Goreng , Mi Goreng





WARUNG 11 : POPS POP - Aiskrim Turki

WARUNG 12 : FLYING BREAD - Roti Canai dan Murtabak

WARUNG 13 : CHINESE HAWKER - Yong Tau Foo dan Sotong Kangkung




WARUNG 14 : FAST AND FURIOUS - Cucur , Pisang Goreng , dan Karipap Gergasi






WARUNG 15 : CRISPY AND CRUNCHY - Ayam Goreng Rangup




WARUNG 16 : LET'S MARRIED - Nasi Kenduri Pilihan Chef  ( Nasi Pandan )


Nasi Pandan ni memang recommended  sangat-sangat . Rugi kalau tak try! Sedap sangat .


WARUNG 17 : FLOOD ALL THE WAY - Sup Tulang & Sup Ayam Berempah bersama Roti Hailam




WARUNG 18 : MIXOLOGY - Sirap Bandung , Soda Herba , Asam Boi , Teh Tarik , Kopi O





Suasana kat Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni memang selesa . Don't worry lah bagi yang nak bawak anak-anak sekali . Memang selesa dan tak panas . Cantik pulak tu . Macam kenduri kahwin pun ada . Memang sesuai la nak gather ramai-ramai untuk berbuka puasa bersam family ke , officemate ke , sedara mara ke .



HARGA DAN PAKEJ YANG DITAWARKAN DI BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN 2015

Individual / Pax
Dewasa RM69
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) RM35


Pakej Ramadhan ( Untuk pelanggan yang membeli pada 1/4/2015 - 15/6/2015 )
* pakej ini dikenakan GST sebanyak 6% *
2 pax dewasa RM138 ( Percuma 1 pax kanak-kanak / warga emas )
5 pax dewasa RM345 ( Percuma 3 pax kanak-kanak / warga emas )
9 pax dewasa RM621 ( Percuma 1 pax dewasa )


Pakej Korporat

1 ) 10 tables RM6900 
Free 1 tables + 5 pax
Free 100 special gift Ramadhan
Kupon diskaun : 15% (5 pax ) for next purchase

2 ) 20 tables RM13800
Free 2 tables + 5 pax 
Free 2 VIP Setting Tables
Free 200 special gift Ramadhan
Free 2 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Kupon diskaun 15% ( 1 table ) for next purchase

3 ) 30 tables RM20700
Free 3 tables + 5 pax 
Free 3 VIP Setting Tables
Free 300 special gift Ramadhan
Free 3 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 3 table ) for next purchase

4 ) 40 tables RM27600
Free 4 tables + 5 pax 
Free 4 VIP Setting Tables
Free 400 special gift Ramadhan
Free 4 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 4 table ) for next purchase

5 ) 50 tables RM34500
Free 5 tables + 5 pax 
Free 5 VIP Setting Tables
Free 500 special gift Ramadhan
Free 5 Raya Hamper 
Free 2 bunting
Projector & PA System
Free 1 backdrop 10' x 10'
Kupon diskaun 15% ( 5 table ) for next purchase



Kalau nak booking boleh call no kat bawah ni :

019 452 0215 / 012 699 6634 / 013 435 7935 / 017 218 1875
012 253 3973 / 012 686 4515 / 011 1878 4681 / 03 5542 4200

Laman Kayangan
d/a Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Seksyen 7 , Shah Alam





My tummy was soooo happyyy !