Sunday, December 28, 2014

Bencana.



Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Sedih sangat dengan apa yang terjadi kat Kelantan sekarang ni . Walaupun kawasan rumah parents aku belum terjejas oleh banjir lagi [ harapnya takkan terjejas ] , but still hati ni rasa sebak sangat melihat kemusnahan yang terjadi di seluruh Kelantan . Pedih sangat rasanya melihat mangsa - mangsa banjir yang berhempas pulas untuk terus bernafas di bumi Tuhan ni . Kelantan , tempat aku dilahirkan , dibesarkan sampai sekarang . Luluh hati melihat gambar - gambar yang di share di Facebook . Hampir seluruh Kelantan tenggelam banjir kecuali Bachok dan Pasir Puteh so far . Baca rintihan rakan - rakan dan mangsa yang terlibat , hati ni meraung - raung . Ya Allah , Kau kasihanilah kami hamba-hambaMu yang lemah .

Aku ada je saudara mara yang tinggal di Kuala Krai . Kawan - kawan tak payah cerita la . Seluruh Kelantan pun ada kawan - kawan aku . Entah macam mana nasib dorang . Mak sedara kat Kuala Krai , entah apa khabarnya . Mak cakap dah try contact anak dia tapi tak dapat . Moga semuanya selamat dan baik - baik aje . Sedih hati ni bila baca perkhabaran yang disebarkan di laman sosial tentang bantuan makanan tidak sampai kepada mangsa . Tentang mangsa yang meninggal keracunan , kebuluran , lemas . Macam mana kalau ada pakcik makcik yang dah tua tak larat dan memerlukan makanan dan ubat ? Pasti ada , ramai . Dan bayi serta kanak - kanak yang menangis minta disusukan , minta disuapkan . Tak sanggup untuk dibayang . Tak sanggup juga aku nak tampal gambar - gambar tragedi ni di blog .


Esok inshaAllah aku balik Kelantan dengan kakak dan anak buah . Balik naik flight , itu pun jika keadaan mengizinkan . Aku tahu mungkin sedikit bahaya . Tapi hati ni tak tertahan untuk balik ke sana . Mudah - mudahan semuanya selamat dan lancar .


Thursday, December 11, 2014

The Big Bad Wolf Book Sale 2014 MIECC@The Mines


Korang dah pergi The Big Bad Wolf Book Sale 2014 tak ? Aku dah pergi weekend hari tu , hari Ahad . Bagi yang tak tahu , Big Bad Wolf Book Sale ni merupakan book fare yang dianjurkan beberapa kali setahun secara besar - besaran . Buku semua dijual dengan harga yang memang murah sangat - sangat . Boleh rambang mata menengoknya . Silap hari bulan boleh kempis wallet . Tahun lepas pun aku pergi jugak . Boleh rujuk Entry Hasil Tangkapan Di Big Bad Wolf 2013 MIECC . Oh ye , tahun ni pun dia buat kat MIECC jugak . Tahun lepas aku beli banyak sangat buku , belum terbaca pun lagi . So tahun ni aku jalan kat Big Bad Wolf tu sambil pejam mata je . Haha . Ada la beli beberapa buah buku .

The Worst Thing About My Sister. Buku ni aku dah baca la sesiket tapi belum habis . Lebih kepada novel remaja gitu ha . Remaja lagi ke aku ni  ? Haha

Why Mars And Venus Collide . Actually aku takde la niat nak pegi beli buku ni kat sana . Tapi once nampak buku ni je aku terus " Haa aku belum ada buku ni . Aku rasa buku ni mesti nak kena ada ni . " . Terus beli . Ntah bila la nak baca .

Macam bebudak sekolah pun ada beli diary siap ada mangga bagai . Haha . Saja la , buku ni nampak comel sangat haaa .

Then aku terfikir aku ni asyik beli buku yang fiction dan mengarut - ngarut aje . Cuba la cari buku ilmiah dan bermanfaat sikit . So aku beli buku ni , Creative Photography Idea Using Adobe Photoshop .

Ini buku activity mengarut meraban apa tah aku beli . Haha . Macam budak - budak .

Tak sempat sampai rumah lagi aku dah macam nyesal sikit . Balik rumah je aku terus bukak kotak tempat aku simpan buku - buku yang aku beli tahun lepas , YANG MANA SEMUANYA BELUM SEMPAT AKU BACA LAGI . Iskk , bila nak baca ni . Ini namanya lebih membeli dari guna .

Ini tahun lepas punya . Tak silap aku ini belum semua lagi ni . Ada lagi yang aku letak kat tempat lain sebab kotak ni dah tak muat . Huhu



The Big Bad Wolf 2014 ni berlangsung dari 5 - 16 Disember 2014 , 278 hours non - stop kauu . Haaa . Pegi la memalam buta pun asalkan korang happy . Selamat membeli buku tapi tak baca uolsss ! :P