November 2014 - emilinda

Tuesday, November 25, 2014

15 CPUV on going

November 25, 2014 2
15 CPUV on going


Baiknya hati encik Nuffnang . Macam dah lama je tak dapat CPUV on going banyak - banyak camni . Heee . Ini menaikkan lagi semangat untuk blogging . Thank you Encik Nuffnang :)


Friday, November 21, 2014

Baby Ana Milik Siapa , BAMS

November 21, 2014 2
Baby Ana Milik Siapa , BAMS


Hai korang ! Tengok tak cerita Baby Ana Milik Siapa semalam ? Heee . Aku ni pukul 8 dah tercongok depan TV . Pastu by the time cerita tu patut main tetiba boleh pulak TV3 ni pi siar cerita kartun tajuk PUTERI . Aku dengan kakak aku dah macam "EH, ASAL PULAK NI " . Anak buah aku si Qaseh tekun je duk hadap cerita PUTERI tu . Tension pulak rasanya . Nasib baik 10 minit je cerita kartun PUTERI tu . Lepas tu baru start cerita Baby Ana Milik Siapa . My God , aku rasa aku dah in love gila dengan cerita ni . Marah pulak rasanya dah kenapa cerita ni macam kejap sangat ha tup tup dah habis . Dah la sekali seminggu je .


And of course paling aku suka watak baby ana tu . Omaigod comel gila budak kecik Jelita Murni Kako ni . She's very talented and cute walaupun ni first time dia berlakon , tapi suka sangat . Scene dia dengan Reza tu takleh blah , haha . Lawak gila .

Baby : Uncle , do you want some ? *makan kek*
Reza : It's okay uncle tak makan asam , nanti sakit perut
Baby : Whatever

Bila aku scroll timeline twitter aku , ya Allah ramai jugak rupanya yang layan cerita Baby Ana Milik Siapa ni . And berdasarkan apa yang aku baca kat timeline twitter aku tu , semua yang tengok cerita Baby Ana Milik Siapa ni memang suka dan puji storyline Baby Ana Milik Siapa ni . Trending kot drama Baby Ana Milik Siapa ni kat twitter . #BabyAnaMilikSiapa #BAMS



Bagi aku cerita camni best . Watak yang dibawa oleh Cristina Suzanna , Hairul Azreen dan Jelita Murni Kako ni memang menghidupkan jalan cerita drama ni . Oh ya , pelakon yang bawak watak Sarah tu aku suka sangat tengok muka dia . Cantik . Walaupun watak Sarah dalam cerita Baby Ana Milik Siapa ni memang agak kurang ajar gila dan agak sesat sikit dari landasan , tapi aku suka tengok perempuan yang bawak watak Sarah ni .Setelah aku google , nama pelakon yang bawak watak Sarah tu Ardell Ayana . Okay fine aku tak kenal . Maybe pelakon baru . Yang bawak watak Edry ( Hafidz Roshdi ) dan Sally ( Zika Ziandra ) pun aku tak kenal . Aku rasa dorang ni semua muka - muka baru kot dalam industri lakonan ni .


Comelnya la hai adik ni . Terus rasa rindu teramat dekat anak - anak buah aku .


Wednesday, November 19, 2014

Dilema Cita-cita dan pekerjaan.

November 19, 2014 2
Dilema Cita-cita dan pekerjaan.


2015 nanti umur menginjak satu angka . Umur sekarang ni kalau diikutkan sepatutnya aku dah tahu sangat apa pekerjaan yang aku mahu dan of course akan related dengan apa yang aku study masa dekat universiti . Tapi ntah la . Masa aku sekolah dulu , kalau orang tanya apa cita - cita aku , aku akan jawab secara random tanpa berfikir . " Nak jadi doktor "! Tapi next time orang tanya lagi , aku jawab " Nak jadi interior designer ! " . Minggu depan orang tanya lagi , " Nak jadi pilot ! Bestnya " . Lain kali ada yang tanya lagi , aku main hentam lagi jawab tanpa berfikir . Masa tu aku fikir , aku tak perlu nak peningkan kepala fikir cita - cita aku sebab course apa yang aku ambik dekat universiti tu nanti yang akan tentukan aku kerja apa . Dan kalau result SPM cantik pun belum tentu dapat course yang kita nak tu . So masa upper form , aku sangat bencikan subject yang related dengan sains which is Kimia , Fizik & Biologi . Tak ada langsung rasa gembira belajar 3 subjek ni . Rasa terpaksa belajar semua tu . Kalau Matematik Tambahan dan Seni Visual aku suka . Sesuai dengan kebencian aku terhadap 3 subjek tu , result SPM aku semua subjek dapat A kecuali 3 subject tu . Menyesal jugak la kenapa aku tak pupuk rasa minat terhadap subjek - subjek sains tu dari awal . Sebaliknya bila ada sikit rasa tak suka , aku cambahkan lagi rasa tak suka tu jadi bertambah tak suka . Tapi takde la teruk sangat pun result aku . Masih dalam kategori result bagus *konon* .



Mak aku dari dulu kalau boleh nak salah sorang anak dia jadi cikgu atau doktor . Biasalah aku perasan orang tua kita ni selalunya akan cukup teruja dengan pekerjaan cikgu atau doktor . Aku pun tak paham kenapa . Memandangkan aku memang tak suka subjek sains , aku memang tak consider langsung nak jadi doktor . Apatah lagi dengan result SPM aku untuk subjek - subjek sains adalah B , memang takkan dapat la nak ambik course perubatan . Mak aku ada cakap suruh apply course yang related dengan pendidikan so that boleh jadi cikgu . Aku pulak time tu memang tak minat nak jadi cikgu sebab aku fikir " Alah , aku sendiri pun kena baca , tenung buku tu berpuluh kali baru faham , ini kan pulak nak ajar orang . Rosak masa depan anak orang nanti " . Demi nak menjaga hati emak aku , aku apply pilihan pertama course pendidikan . Itu pun dengan tak relanya . Sebab tu kot aku tak dapat course pendidikan , haha . Time tu minat aku terhadap lukis - lukis ni sangat mendalam walaupun aku masih fail nak lukis potret orang . Lukis pemandangan semua tu okay la . Ah , rindu pulak zaman upper form belajar subjek Pendidikan Seni Visual dengan cikgu Nik Shaizuha *betol dah rasanya nama dia camtu* . Memang kalau boleh aku nak apply course yang related dengan  minat aku tu . Tapi family aku macam buat muka pelik je bila aku bagitahu , kahkah . Agak kecewa disitu . Aku nekad aku taknak apply course yang related dengan subjek sains dah . Mungkin time tu aku teruja tengok kakak aku yang ambik course related dengan IT field keje dia menghadap laptop je bila kat rumah , so aku apply course IT kat a few universiti . Padahal aku tak tahu , kakak menghadap laptop bukan berfoya - foya layan cerita korea , tapi duk hadap coding haaa . Dah namanya semester break memang la dia mengadap cerita je . Tapi dekat universiti aku tak tahu azabnya dia nak siapkan coding .


Bila result UPU keluar , aku dapat diploma IT kat UTM . Aku tak pergi sebab at the same time aku dapat tawaran Matrikulasi course Sains Fizik . Walaupun aku tak suka subjek sains , tapi memandangkan matrikulasi hanya setahun , terus aku setuju . Habis matrikulasi , aku apply UPU lagi sekali  untuk degree . Sama jugak , mostly yang aku apply langsung tak related dengan bidang sains . Mungkin dah jodoh dengan bidang IT , untuk degree pun aku dapat course IT jugak . Kali ni dekat UTHM .

Dan sepanjang aku study degree kat UTHM tu , tak habis - habis aku rasa menyesal ambik course IT . Hati ni memberontak " ini bukan seperti yang aku bayangkan ! " . Aku sangat noob pasal programming .  Masa tahun 2 , aku dah nampak jalan untuk selamatkan diri aku dari programming iaitu ambik elective Multimedia so that takde banyak coding sangat . Berjaya habiskan degree dengan jayanya berserta rasa minat yang membuak - buak terhadap bidang Multimedia . Now aku dah kerja dalam bidang mutimedia , dan aku rasa makin lama minat aku terhadap bidang ni makin pudar . Aku mula terasa nak muntah hadap kerja design design ni . Bekerja sebagai graphic designer , aku tak tahu pada siapa aku berkhidmat selain pada bos . Iskkkk .



Now aku mula minat pada kerjaya yang aku tak suka dulu iaitu Doktor , Cikgu dan seumpamanya . Pada mata aku sekarang , kerja - kerja sebegitu adalah kerjaya yang sangat murni . Berkhidmat pada masyarakat . Yess ! Aku nak kerjaya yang membolehkan aku berkhidmat pada masyarakat . Rasa puas bila dapat berkhidmat pada ramai orang , itu yang aku mahu rasa . Rasa lega dan gembira bila dapat selamatkan nyawa orang . Rasa gembira dan bangga bila dapat didik anak bangsa . Tapi terlambat dah . Nyesal pun tak guna . Takkan la aku nak kena start over dari awal , ambik course perubatan kot . Dah tua nanti baru dapat jadi doktor agaknya . 


Dan sekarang hati aku mula berbolak - balik . Aku tak tahu aku nak kerja apa . Tapi sejujurnya aku dah mula tak suka dengan kerjaya aku sekarang . Dalam masa sama tak tahu nak jadi apa . Rasa macam budak sekolah pulak , baru tercari - cari cita - cita sendiri . Apa masalah dengan diri aku ni sebenarnya ? Haihh . .

Monday, November 17, 2014

Popiah Rangup - SisterS Crispy Popiah

November 17, 2014 1
Popiah Rangup - SisterS Crispy Popiah



Last weekend aku ajak adik aku pergi Jalan TAR , cari barang sket . Tak lain tak bukan , cari tudung lettew . Dah namanya perempuan memang cenggitu la . Haha . Nasib baik adik aku ni ikutkan aje aku yang kejap masuk kedai sini , kejap masuk kedai sana . Pastu dah penat memilih , aku ajak adik aku singgah SOGO untuk makan . Kata pun nak makan , so aku buat - buat tak nampak je baju - baju yang tengah Sale . Huhu . Selalunya naik escalator sebab nak cuci mata tengok apa yang tengah sale . Tapi sebab dah banyak berhabis masa dekat Jalan TAR , so aku naik lif aje  ke food court SOGO . Takde la nanti hati ni tergoda tengok sale macam - macam .

Kalau korang perasan , kat food court SOGO ada satu kiosk ni nama SisterS Crispy Popiah . Aku ni dari dulu tiap kali datang SOGO aku perasan ramai gila orang beratur kat kiosk tu . Curious sangat , best sangat ke popiah dia sampai ramai yang beratur nak beli . Aku tak pernah try sebab tiap kali aku pi sana perut aku memang lapar tahap memanggil - manggil nasi , so aku akan makan Nasi Ayam Penyet la . Kiosk SisterS Crispy Popiah ni bersebelahan kiosk nasi ayam penyet . So kali ni perasaan curious aku ni tak dapat dibendung lagi . Terus aku nekad nak try SisterS Crispy Popiah tu . Adik aku makan nasi ayam penyet .

Aku beli satu roll crispy popiah yang ada chicken slice dengan keju . Satu roll RM5 *macam tak percaya pulak aku boleh terbeli popiah yang berharga 5 ringgit satu , isk *





Aku pun tak pasti apa bahan yang dia letak dalam tu . Tapi ada benda alah yang rapuh , krup krap krup krap haa . Alah , macam kalau kita beli pisang goreng , then dia punya lebihan tepung yang rangup tu ha . Tang rangup tu aku suka . Ramuan yang lain aku tak pasti apa , sebab ada rasa manis . Nampak macam bawang , tapi agak manis la bagi aku yang kurang gemar makanan manis .

Aku makan tak habis pun sebab maybe tak kena dengan tekak aku . Pastu aku rasa nyesal sebab RM5 yang aku dah bayar tu tak mampu kenyangkan aku . Kehkeh . Tapi lain orang lain seleranya kan ? Kalau kita tak cuba , mana la kita tahu kita suka tak benda alah tu . Try la . Mungkin korang akan suka , mana la tahu kan . Lagipun selalu aku tengok ramai je yang beli benda alah ni kat situ . So mesti la sedap bagi dorang , kan ? Oh atau maybe aku yang tersalah order menu ,. Mana la tahu kalau tambah topping ke apa ke jadi lagi sedap kan . Almaklum la , ini first time aku try .

Nak try korang boleh check kat website atau Facebook page dia , kat mana dia punya branch yang lain . 



Friday, November 14, 2014

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

November 14, 2014 1
Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa


Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan je la . Best ! Aku suka cerita ni sebab dia bukan pasal cinta semata - mata . Ada tema persahabatan , itu paling aku suka . Dan , ya Allah aku suka gila tengok budak yang berlakon watak anak Ana tu . Comel sangat - sangat weyh . Speaking omputih pulak tu . Memula kau tengok aku ingat adik Arissa Afrina yang selalu berlakon iklan tu . Alahh , yang iklan raya comel gila tu . Aku memang selalu stalk instagram adik Arissa Afrina ni sebab dia comel sangat ha . Rupanya yang berlakon cerita Baby Ana Milik Siapa ni orang lain . Dedua mata bulat pipi bulat . Heheh .

Yang ni Arissa Afrina



Terus aku google pasal budak yang berlakon cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Dan aku jumpa Instagram dia . Nama adik ni Jelita Murni Kako . Nama kemain lagi comel ha . Tapi bila aku google detail pasal adik Jelita ni , takde sangat . Rupa - rupanya ini first time dia berlakon . Tapi dia dengan adik - beradik dan sepupu - sepupu dia semua memang minat berlakon . Nama adik beradik dia semua nama cantik - cantik . Kakak dia nama Anggun , adik dia nama Indah . Jelita ni umur dia baru 5 tahun kalau tak silap . *umur 5 tahun speaking english keamin fluent , malu pulak kita yang dah besar panjang tapi cakap omputih tergagap - gagap ni hehe*

Yang ni Jelita Murni Kako , yang berlakon drama Baby Ana Milik Siapa



Comel gila tengok video ni.

Semalam tengok episod 2 Baby Ana Milik Siapa . Tapi disebabkan drama ni disiarkan sekali seminggu je , so agak stress jugak nak tunggu episod seterusnya . Huhu .

Thursday, November 13, 2014

Taman Botani, Putrajaya

November 13, 2014 4
Taman Botani, Putrajaya


Hai korang ! Eh , Assalamualaikum .

Last weekend lepas teman akak aku pergi potong rambut , kitorang jalan - jalan kat Alamanda kejap . Then lepas tu pergi Taman Botani , Putrajaya . Saja la bawak si kecik Qaseh berjalan - jalan melihat keindahan alam *gitteww haaa haha* . Ini second time aku pergi Taman Botani ni . First time pergi masa Treasure Hunt Ephyra dengan rakan - rakan blogger . Tapi time tu singgah kejap semata - mata nak siapkan task yang diberi . Tak sempat pun nak tengok apa ada kat sana . Selalunya pun lalu aje area sini , tapi tak pernah singgah .

Ini masa dekat bookstore dekat Alamanda . Kemain , macam reti je baca buku . Dia ambik buku kanak - kanak yang ada gambar cartoon , then duduk bersandar kat rak sambil belek - belek buku . Haha . Dah kakak - kakak sangat gayanya .


Time dekat Taman Botani , kemain lagi Qaseh ni suka dapat jalan - jalan situ . Tengok budak - budak main . Tengok kura - kura , ikan , bunga . Excited betul dia . Aku sendiri pun rasa excited bila tengok ramai yang berbasikal kat Taman Botani , Putrajaya . Riadah di petang hari katakan . Rupa - rupanya kat situ ada disediakan perkhidmatan sewa basikal . Tak pasti la kadar sewa camne , tapi best kot tengok orang lain berbasikal . Lama gila tak berbasikal . Maybe next time boleh pegi sana lagi dengan pakaian yang lebih sesuai untuk beriadah *haritu aku pakai skirt , memang tak sesuai langsung la nak berbasikal bagai . haha*

Layankan jela gambar - gambar ni .




Lincah ke sana sini berbekalkan roti boy kat tangan . Hahah . Makan tak luak pun , ralit sangat tengok ikan .

Mesti dia rasa macam aku ni menyibuk gila , asyik panggil nama dia suruh pandang aku sebab nak snap gambar . Haha 

Candid lah konon . Haha . Tengah tengok kura - kura time ni .

Qaseh with her mama , Mama Izz Zara

Gigih dia kejar papa dia , nak jalan sama - sama .






Kesayangan cikmie ni .



Next time kalau pergi lagi , nak try berbasikal la kat sana . Memang berzaman dah tak kayuh basikal . Kalau balik kampung pun , memang dah lama takde basikal kat rumah tu . Semua dah dewasa tak naik basikal dah . Ada basikal kanak - kanak je . Hihi . Oh btw seumur hidup aku , aku tak pernah ada basikal sendiri . Dari zaman sekolah rendah ke sekolah memang ayah hantar , mak ambik . Naik sekolah menengah start duduk hostel dah . Dulu selalu curi - curi naik basikal adik beradik aku je .


Monday, November 10, 2014

Gubahan Hantaran Perkahwinan - Pink Putih

November 10, 2014 5
Gubahan Hantaran Perkahwinan - Pink Putih


Salam ,

Peringatan awal . Entry ini adalah cerita yang dah teramatlah basi . Basi sangat - sangat dah . Haha . Tapi takpe aku keraskan hati aku , aku nak cerita jugak dekat blog ni ha . Cerita ni masa raya puasa 2014 . Dah berbulan - bulan la jugak .

Ini first time dalam hidup aku gubah barang - barang hantaran perkahwinan . Memang aku suka buat benda - benda macam ni . Tapi tak berpeluang . So haritu abang aku nak kawen , aku pepandai pi volunteer untuk gubah hantaran dia . Masa volunteer tu langsung tak fikir lagi nak gubah camne . Time tu aku memang excited gila . Dah la volunteer nak gubah hantaran , pastu pi volunteer pulak nak incharge pasal doorgift . Kemain kau ye , orang lain nak kawen kau yang excited terlebih . Haha . So nak dijadikan cerita , memandangkan aku ni bekerja , kekangan masa memang jadi problem sangat - sangat . Sebulan nak majlis , baru start buat doorgift . Doorgift pulak semuanya DIY . Dah tahu busy tapi nak jugak buat sendiri sebab excited terlampau . Lol . Lain entry aku cerita pasal doorgift . Doorgift tu agak banyak , so agak lambat siap . So yang gubahan hantaran tu memang langsung aku tak buat lagi . Agak cuak jugak bila abang aku asyik tanya pasal gubahan hantaran dia . Haha . Nak sedapkan hati aku cakap la yang gubahan tu nanti buat bila dah kat kampung sebab kalau buat siap - siap kat KL , takut rosak masa dalam kereta otw balik kampung . Hari last kat KL before balik kampung ,abang aku punya risau sampai tahap dia pi teman aku pegi cari bahan - bahan untuk gubahan .



Kat kampung baru aku start buat . Itu pun sehari before majlis akad nikah baru aku buat kalau tak silap . Sebab bila dah kat kampung , macam - macam pulak keje yang kena buat . Dengan ramai orang nya . * ah , alasan ! Kihkih * . Aku mula rasa cuak , abang aku lagi la cuak sebab hantaran tak siap lagi . Sekali lagi dia bawak aku pegi kedai cari bahan - bahan untuk gubahan kot - kot tak cukup . Makanya sehari sebelum majlis akad nikah sehinggalah hari majlis persandingan kat rumah pengantin perempuan , memang bersengkang mata la aku buat benda alah tu semua . Itu belum campur dugaan anak - anak buah aku datang kacau bawak lari riben la , bawak lari gunting la . Terus jadi singa makcik korang ni .

Bekas cincin . Bila abang aku tanya katne nak letak cincinnya ? Aku terus macam , "Eh , tak nampak macam tempat letak cincin ke yang bentuk love tu ? Buruk benau apa aku gubah ? "

Korang rasa kotak apa ni ? Haha . Kotak ni actually aku beli kat Sogo . Aku rasa macam menarik pulak kalau letak duit hantaran dalam kotak ni . Bosan pulak asyik letak duit hantaran dalam album . Kotak ni actually macam kotak untuk letak accessories gitu ha . Pastu bila aku tunjuk kat abang aku , dia cakap " Ni bukan kotak make up ke ? Takkan nak letak duit dalam ni ? *dalam nada risau bercampur nak gelak* " . Erk , krik krik *facepalm* . Hilang keyakinan diri kejap . Tapi bila balik kampung , one of my sister cakap okey je letak dalam ni . Cantik je . so aku teruskan jugak guna kotak ni .

Haaa camni la kat bahagian dalamnya . Ikat duit tu denagn ribbon , pastu letak dalam kotak ni . Kat bahagian bawah sebelum letak duit tu , aku letak benda alah yang color pink yang macam rambu - rambu tu . Aku agak , mesti kotak ni akak ipar aku dah buat jadi kotak letak accessories atau pun kotak buat simpan surat - surat cinta zaman sekolah dulu . Kekeke :D

Beg dan kasut . Aku rasa macam beg ni over pulak dia punya saiz . Besar sampai tahap bila aku letak dalam bakul ni , dia terbalik . Padahal aku yang beli bakul saiz kecik . Muahaha .

Skin care products .

Perfume .

Ini telekung kalau tak silap aku . Lupa dah . See ? Betapa lamanya gambar - gambar ni aku perap dalam hard disk . Sampai dah lupa . Haha

Ini jubah . Time tu aku dah tak tahu nak buat apa dengan jubah ni . Dalam keadaan tersengguk -sengguk nya  . Mak aku masuk bilik , suruh aku tido . Aku cakap ada yang tak setel lagi . Jubah ni tak tahu nak gubah camne . Then mak aku yang buatkan gubahan untuk jubah ni . Cantik pulak bila dah siap . Hehe . Tenkiu emak ..

Buah - buahan .

Ini bunga pahar eh orang panggil ? Aku pun tak sure . Yang ni bukan aku yang buat . Sape ntah yang buat . mak sedara aku ke orang kampung ntah yang buat .

Last but not least , coklat ni kakak aku yang buat .



Alhamdulillah , first time tau buat gubahan hantaran ni . Nasib baik jadi jugak walaupun orang lain buat lagi cantik . Hello , ni first time buat kot . Okay sangat la ni . Haha perasan . Btw aku yang gigih hasut abang aku suruh pilih color pink putih untuk gubahan hantaran . Tema wedding tu actually macam pink + turquoise tak silap aku . 





Penat jugak nak kawen rupanya ye . Banyak habis duit , banyak habis tenaga . Banyak benda kena fikir . Lepas je setel majlis abang aku tu , aku terfikir pulak pasal wedding aku nanti yang entah bila dan entah dengan sape . Wakaka . Rupanya nak kawen ni kena plan dari awal . Pelamin lagi , doorgift , hantaran , catering , candy buffet , photographer , photobooth , blablabla . Nak tentukan color tema lagi . Wedding aku nanti semua aku nak buat sendiri . Especially gubahan dan doorgift , photobooth , guest book . Masak je taknak buat sendiri . Lol . Setahun sebelum majlis dah kena mula buat semua tu so that tak kalut sangat . Tapi kan , camne kalau nanti aku kenal je bakal suami aku tu then terus setuju nak kawen dalam masa terdekat . Bila masa nya nak prepare semua benda alah yang aku duk angan - angankan ni ? *krik krik* . Dah , sila stop berangan stop pikir benda yang belum ajdi lagi .


K bai !









Thursday, November 6, 2014

Blogger Buat Duit Online

November 06, 2014 4
Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit secara online ? Macam mana tu ? Setakat duk taip entry panjang - panjang pastu publish , boleh ke dapat duit ? Haaa . . . ramai yang masih belum tahu bahawasanya blogger memang boleh jana duit secara online . Ada yang dapat jana sikit sahaja , tapi ramai jugak yang dah dapat income ribu - ribu sebulan hasil dari blogging . Dulu masa aku belum mula blogging , aku memang langsung tak terlintas bahawasanya kita boleh buat duit dengan blogging . Selalu jugak tertanya - tanya , dorang ni memang takde keje ke sampai kadang - kadang update 5 - 10 entry dalam masa sehari . Tak perlu pergi kerja ke dorang ni ? Then bila aku dah start berjinak - jinak dengan dunia blogging ni , baru aku tahu blogging ni bukan hanya menulis semata . Bahkan ada blogger yang menjadikan blogging sebagai kerjaya utama mereka .


Banyak sangat cara yang ada untuk kita jana duit secara online ni . Tinggal rajin dengan malas aje ha . Kalau rajin dan bersungguh - sungguh , inshaAllah boleh jana banyak duit . Tapi sebenarnya nak buat duit secara online ni bukan mudah . Hari ni buat blog , takdenya minggu depan terus dapat income ratus - ratus . Kena la sabar dan tahu teknik yang sebetulnya . Banyak cara yang boleh kita buat untuk jana duit secara online . Antaranya ialah :


1. Iklan dari syarikat Pengiklanan

Meletakkan banner iklan dari syarikat pengiklanan di blog merupakan antara cara yang selalu para blogger praktikkan dalam menjana wang secara online . Cara ini agak mudah tetapi juga memerlukan effort yang banyak dalam mempromosikan blog kita . Makin banyak traffic blog , makin banyak income yang kita boleh dapat daripada syarikat pengiklanan . Terdapat beberapa syarikat pengiklanan yang ada seperti Nuffnang , Komli , Geniee , AdSense , 8Share , ChurpChurp , dan banyak lagi . Setakat ini aku hanya pernah letak iklan Nuffnang , 8Share , dan ChurpChurp sahaja . Alhamdulillah , walaupun income yang aku dapat dari syarikat pengiklanan ni tak la sebanyak blogger - blogger otai , tapi tetap aku rasa syukur sangat .



2. Advertorial / Review / Entry Berbayar

Haaa . . yang ni kira untung la kalau blogger yang buat banyak advertorial / entry berbayar . Kira macam kita tolong promote business / event / product , then sebagai ganjaran setiap entry yang kita buat tu akan dibayar . Tapi biasanya untuk dapatkan advertorial atau entry berbayar ni , traffic sesebuah blog tu mestilah sentiasa tinggi . Kalau traffic rendah memang susah nak dapat . Kiranya untung la mana - mana blogger yang famous dan berpengaruh , memang akan lebih mudah dapat entry berbayar ni . Macam aku ni blogger suam - suam kuku je . Part time blogger kata kan . Nak update blog pun curi - curi masa terluang . Setakat ni aku baru je buat dua entry berbayar iaitu Conference Rashidun Caliph 2014 dengan Treasure Hunt Ephyra


3. Sewa tapak iklan 

Cara yang ni lebih kurang dengan iklan dari syarikat pengiklanan . Tapi banner iklan yang kita guna tu adalah banner iklan dari pihak yang nak menyewa tapak iklan dalam blog kita . Selalunya orang sewa tapak iklan ni sebab nak promosikan business atau blog masing - masing . Harga sewa tapak iklan ni selalunya bayaran dikenakan secara bulanan dan harga adalah bergantung kepada nilai blog itu sendiri . Kalau blog tu ramai follower , dan traffic memang tinggi maka pemilik blog tu mungkin kenakan harga lebih sikit berbanding blog lain . Aku pun ada ruangan sewa tapak iklan ni kat blog aku . Tapi EH , iklan aku sendiri je yang ada kat situ . Kihkih . Almaklum la , traffic blog aku bukan tinggi mana pun . Aku letak iklan pasal Ephyra , Zara Pretzel , dan Hand painted tote bag . Tapi alhamdulillah , walaupun traffic blog aku tak la havoc sangat , ada ramai jugak customer yang contact aku cakap nak beli Ephyra , nak tempah beg , nak tempah pretzel . Bila duk borak - borak dalam Whatsapp , dorang cakap dorang tahu pasal bisnes aku tu melalui iklan kat bahagian atas blog aku . Alhamdulillah .




4. Program Affiliate

Secara jujurnya aku sendiri kurang arif tentang program affiliate ni . Aku selalu jugak terbaca pasal program affiliate ni dari blog rakan - rakan blogger . Tapi aku sendiri tak pernah cuba . Program affiliate ni lebih kurang macam kita promote sesuatu barang / produk , and then apabila ada orang yang beli produk tersebut melalui link kita , kita akan dapat komisyen hasil dari jualan produk tersebut . Haaa . . bunyinya mudah kan ? Tapi kena tahu teknik penulisan yang betol jugak so that boleh menarik minat pembaca untuk membeli produk tersebut . 


5. Berniaga

Jangan tak tahu , blog jugak boleh dijadikan satu medium untuk mempromosikan perniagaan kita . Bagi aku , seorang individu yang berbisnes dan dalam masa sama juga merupakan seorang blogger adalah satu bonus . Mana tak nya , boleh la promote bisnes kat blog . Kalau follower blog kita ramai dan traffic memang tinggi , inshaAllah makin ramai la yang tahu pasal bisnes kita . Tak perlu susah - susah bayar blogger lain untuk promote bisnes kita . Tapi kalau nak blogger lain tolong promote jugak pun boleh . Macam aku sendiri , aku ada buat bisnes pretzel dan bisnes hand painted tote bag . Dalam masa sama aku jugak merupakan dealer Ephyra yang berdaftar . Selain post dekat entry , aku jugak letak banner bisnes aku ni kat side bar blog dan jugak dekat bahagian tapak iklan blog .


Kat bawah ni antara contoh entry yang aku buat untuk promosikan bisnes aku :


6. Join Contest / Giveaway

Rezeki bukan saja dalam bentuk wang ringgit , kan ? Hadiah yang kita terima bila menang contest jugak merupakan rezeki . Sesetengah contest menawarkan hadiah wang tunai , sesetengah pula menawarkan hadiah barangan / produk . Aku selalu jugak cuba nasib join contest / giveaway dekat blog dan pernah menang beberapa kali . Bukan dekat blog aje kita boleh join contest , tapi jugak boleh join melalui Instagram dan Facebook . Antara contest yang pernah aku menang :
Sekarang ni pun aku tengah dalam proses join satu contest anjuran Denaihati yang menawarkan hadiah iPhone dan jugak wang tunai iaitu Cabaran iPhone 5s  . Dah sampai peringkat terakhir dah pun . harap - harap boleh menang .


Konklusinya , memang banyak cara yang kita boleh gunakan untuk jana income secara online . Macam aku cakap tadi , tinggal rajin dengan malas je . Kalau usaha tu banyak , inshaAllah banyak la hasilnya jugak . Takde benda yang free kat dunia ni weyh . Even orang cakap nak kasi benda free kat kita pun , sure kena ada effort dari kita jugak untuk dapatkan benda yang dikatakan free tu . Sama la jugak konsepnya nak buat duit secara online . Kalau ada usaha , ada la hasilnya . 




Doakan moga aku menang contest Cabaran iPhone 5s ni . Ada 5 iPhone untuk dimenangi . Kalau tak jadi pemenang pertama , jadi pemenang ke 4 - 5 pun dah syukur yang amat . Iskkk . 

Penaja Utama :

Penaja Individu :
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://www.abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org
  24. Japan Budget Trip