Officially graduated! - emilinda

Thursday, October 16, 2014

Officially graduated!




Alhamdulillah . Hari Isnin lepas , 13 Oktober 2014 aku secara rasminya dah pun tamatkan pengajian degree aku . Rasa sedih pulak nak tinggalkan UTHM . Padahal aku ni dah kira freshgrad yang dah basi la jugak sebab kitorang habis belajar hujung tahun lepas , tapi graduation hujung tahun ni . Such a big gap . Dan - dan je time dalam hall tu rasa sebak kemain . Takkan berjaya seorang anak tanpa dorongan dan doa emak ayah . Takkan berjaya seorang adik tanpa bantuan dan semangat dari kakak - kakak dan abang - abang . Takkan berjaya seorang murid tanpa didikan dari para guru . Takkan berjaya aku tempuhi kehidupan kampus seorang diri tanpa ditemani rakan - rakan . Iskkkk . Takkan berjaya aku terima ijazah ni tanpa emak , ayah , adik - beradik , para lecturer dan rakan - rakan . Awal - awal ayah dah bagitahu yang ayah tak boleh nak attend konvokesyen tu . Aku faham , ayah dah tua tak larat nak jalan jauh . So yang lain semua datang kecuali ayah dan adik aku Eddy . 

Terima kasih tak terhingga emak , dan jugak ayah .

Terima kasih semua sanggup ambik cuti untuk datang .



Gambar snap dengan family memang tak banyak haritu . Biasa la , kalau dah ramai orang tu aku pun tak sedar camera ada dengan sape . Dah la panas terik . Ada budak - budak lagi la tak boleh berlama - lamaan . Takpe la , nasib baik ada jugak snap picture studio dengan family that day . Takde la ralat sangat .

Kat bawah ni pulak gambar dengan kawan - kawan time before masuk hall dan moment lepas keluar dari hall. Time tu je pun sempat nak bergambar bersama . Lepas tu masing - masing dah sibuk dengan family masing - masing . Most of the picture kat bawah ni credit dekat si Mamin , dia yg snap kan .








Lepas dah jumpa family , aku dah tak jumpa sangat kawan - kawan . Semua busy dgn family . Tetiba si Wong ni je yg datang tegur ajak bergambar . Dengan kawan - akwan lain tak sempat pun nak jumpa . Semua hilang di tengah orang ramai . Pulak tu , nak call pun takleh sebab fon habis battery .


Teaser . next entry will update gambar - gambar pre - convo . Sehari before konvo kitorang berempat sempat photoshoot sekitar universiti tu .



Happy Graduation , Emi .

3 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.